Wednesday, July 06, 2005

Duit macam air...

Minggu lepas gaji. Duit dalam kocek ada berlebih. Ada le dalam 60 ke 70 ketul lepas tolak tu tolak ni. Tetiba minggu ni, nampak dalam seketul dua je. Mana pegi ketul-ketul yang lain agaknya. Jangan kata macam air, macam wap pun ada. Dari mana-mana aje dia boleh meresap.

Plastik sampah QiddasHmm.. semalam baru letak plastik kosong. Kejap je dia dah penuhkan. Memang kreatif betul. Sekelip mata tak de, sekelip mata lagi mesti dah ada. Cam biskut. Isshhhh yang aku pulak, asyik membebel ni mengape. Dah tak reti-reti buat kerja. Ha ha haa...

Tengah dok tekun buat-buat kerja (buat-buat, bukan betul-betul pun), tetiba aku terpandang sesuatu. Ni yang malas ni. Pantang betul kalau terpandang ape2. Fuuu kiri, fuuu kanan..

Sampah berharga..Siapalah punya kerja dok mengumpul botol-botol ni. Issshhhh.. Kaca dalam tong cokelatlah. Bukan disusun kat sini. Hmm.. Bagus ni kalau aku rembat. Boleh gak jual. Leh dapat duit. Agak-agaknya, sebotol boleh tak dapat dalam 2posen?

"Haa nak kembong perot, juallah," Tetiba kedengaran suara dia.

Rehat kejap....

Dari : "Makcik Jun, juli_jer@yahoo.com"
Tarikh : Selasa, 5 Julai 2005
Perkara : Re: [KS] hilang kereta, JHS 5004

Assalamualaikum semue,

Maaf la server internet kat sini dah tiga hari k.o,
hari ni baru o.k sikit, tu pun slow.
Syukur alhamdulillah, kete adik makcik tu dah jumpa dah.
Tak jauh pun, kat Jalan Tahana, Kawasan Perindustrian
Tampoi je. Polis jumpa kete tu tersadai tepi jalan
dengan tayar belakangnya pecah. Tayar spare dah
kena kebas, kotor sangat kereta tu masa polis tu jumpe.

Terime kasih la kat kengkawan sume, walaupun tak pernah
nampak muke tapi sudi gak tanye-tanye khabar.

Yang benar,
Makcik Jun

Syukurlah. Dapat gak kereta tu balik. Ada member aku tu, sampai la ni pun tak nampak bayang keretanya tu. Ape agaknya perasaan tukang curik tu ek. Adakah dia memang terdesak. Dah tak ada duit bebeno, tu pasal curik kereta. Pastu, jual kereta tu, ke jual bahagian2 kereta tu. Atau, dia curik saje-saje. Hobi agaknya. Atau dia mencuri pasal balas dendam? Hmm ada ke pencuri macam tu? Kalau ada, SMS aku.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home