Monday, July 04, 2005

Kewajipan, Ibadah dan Harta..


"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta
keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul
supaya kamu beroleh rahmat
".
Surah An-Nur (ayat 56)


Dari Firman ALLAH ini aku dapat membayangkan, 2 perkara ini sememangnya penting dalam kehidupan seharian sebagai HambaNYA. Perkara pertama, Sembahyang, yang wajib adalah 5 waktu sehari semalam. Iaitu, sekurang-kurangnya 5 kali aku mengadap DIA dan tunduk dan sujud kepada Yang Maha Pencipta. 5 kali itu juga, aku boleh memohon keampunan dariNYA. Mintak ampun di atas segala dosa-dosa yang telah aku lakukan terhadap perintah dan laranganNYA. 5 kali sehari semalam itu juga, sekurang-kurangnya aku menangis, mengadu dan meminta akan pertolongannya sedangkan sememangnya aku tidak layak untuk meminta disebabkan dosa-dosa aku... Tapi.. kadang-kadang, kewajiban ini terbabas.. terlanggar, atas kelalaian dan kealpaan. Yang Sunah, juga sepatotnya dilakukan bagi menampal segala kekosongan itu. Pun aku jarang buat...

Zakat.. setahu aku, aku hanya mengeluarkan Zakat Fitrah setahun sekali. Zakat-zakat lain, tidak pernah aku melaksanakannya. Kalau dulu, masa belajar Bab Zakat, aku memang tak termasuk golongan yang kena zakat. Tapi, sekarang ni, pendapatan pun dah kena zakat. Terasa berdosa plak aku rasa. Tak pernah aku menunaikannya. Berkah ke rezeki-rezeki aku ini. Bak kata Ustaz aku, melakukan zakat ini umpama membersihkan rezeki kita dari hak orang lain. Kira macam termakan harta orang lain. Dan faedah zakat ini pula umpama menyemai biji benih. Walau engkau memberikannya kepada orang lain, hasilnya nanti akan datang semula kepada engkau dari cabang-cabang yang berbeza. Itu rezeki TUHAN namanya.

Mulai hari ini, aku berjanji untuk cuba melaksanakan satu lagi kewajipan ini. Setelah aku mencari dari beberapa sumber, maklumat berkaitan zakat pendapatan boleh dihuraikan sebegini :

Syarat Wajib Zakat Pendapatan
1. Beragama Islam
2. Merdeka
3. Harta yang sempurna milik
4. Cukup nisab
5. Cukup haul bekerja

Kadar Nisab bagi Negeri Johor setelah menyemak di Halaman MAIJ, adalah RM4,464.61 (Nisab berasaskan harga semasa nilai 85gram emas).

Sekiranya pendapatan aku RM1500 sebulan, setahun pendapatan berjumlah RM18000.
Dari jumlah ini, perbelanjaan dibenarkan adalah, Sara diri(RM8000), Isteri (RM3000 seorang), Anak (RM1000 seorang), Mereka yang dibawah tanggungan (Tiada Had), Belanja Perubatan dan Belanja Pendidikan.
Pengiraan, 8000 + 3000 + 2000 + 250 + 150 + 0 = RM13400
Pendapatan yang dikena zakat = RM18000 - RM13400 = RM4600
Nilai ini lebih dari Kadar Nisab, maka nilai wajib dikeluarkan
adalah 2.5% darinya = RM4600 x 2.5% = RM115 sahaja.

Hmmm... RM115 setahun, sebulan dalam RM10 je.. sehari pulak tak sampai 4posen.
Murah tu... jom zakat....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home