Sunday, May 29, 2005

Rancangan berjaya..

Pepagi bangun tak macam biasa. Tidak bersarapan terus memulakan kerja-kerja memperbaiki atap rumah. Pada mulanya, dengan beberapa kekurangan dan kesilapan, seperti salah ukuran barangan yang dibeli, aku dengan seorang pak sedara aku (dialah yang bekerja kuat, aku hanya pembantu sahaja) dapat menghabiskan kerja-kerja itu sebelum matahari betul2 tegak di atas kepala.. kira berbaloilah gak berbelanja barangan atap tu dekat 2 ketul.

Makan tengahari hari ini disediakan oleh orang rumah. Menunya, Nasi Lemak Sambal Berbelacan. Hmmm... Kira boleh la. Cuma yang kurang hanyalah timun. Timun tak ada. Lain-lain seperti rasa dan kesedapannya, memang macam nasi lemak. Bila lah lagi nak puji orang rumah iye tak?

Aku rasa, aman sikit hari ini disebabkan hari cuti dan petang tadi hujan turun. Sejuk. Ada gak rakan datang menziarah kat rumah hari ini. Berempat beranak datang. Aku pulak, lagi seminggu dua akan jadi berempat beranak plak.. korang??

0 Comments:

Post a Comment

<< Home