Friday, June 10, 2005

Dapat ke tak.. dapat ke tak..

Kalau dapat..
Aku terpaksa memulakan suatu perjuangan baru tanpa batas untuk diriku dan semua insan di jagat raya ini. Dan bila dah dapat, aku kena pindah ke syarikat baru, dan bersiap sedia untuk berpindah ke rumah baru. Dan bila dapat juga, aku kena berubah seratus peratus dan bukan sikit-sikit. Silap-silap, apa yang aku suka, mungkin aku tak boleh suka lepas dapat...

Kalau tak dapat..
Aku terpaksa meneruskan perjuangan ini sehingga aku menemui sinar dan peluang yang lain. Dan bila tak dapat, aku kena bekerja lagi di syarikat ini, bekerja dan bekerja sehingga dapat rumah baru. Dan bila tak dapat langsung, aku harap, aku dapat berubah, dan sentiasa berubah kepada yang lebih baik. Dan aku harap, kalau aku tak dapat, orang masih nampak aku ini masih mampu menyapu dari tingkat atas sampai tingkat bawah...

2 Comments:

Blogger qiddas said...

berniaga, untung kena ada. tidak boleh tidak. kalau tak untung, itu namanye servis. kot ye pon, at least 20% lebih dari apa yang ko niagakan. 5% utk ditawar, 15% untuk ko. sebab, walau camana pon, ko kena sara family ko jugak. itu namanye bisnes. aku cadangkan, ko kena work on diri ko jadik lebih aggresif (yang berpatutan) terhadap pelanggan. stand your ground. kalau bukan untuk kau, untuk family kau. sebab segala bisnes yang ko buat tu, last last, bukan utk ko aje, utk family kau jugak, walaupon bawah nama kompeni ke, bisnes partner ke...

customer biasa ah, memang nak mintak kurang. yang penting ko jangan la cair cepat sangat. aku ni takde la hebat sangat bab bisness. tapi tau piskologi orang sikit sikit. hehe.

8:40 PM  
Blogger goJiRa said...

mekacih.. mekacih..
komen cam ni le yang aku minat..
har har har..

jom kite niaga jual cd cetak rompak :D
untung 100% tu wei...

har har har har

1:56 AM  

Post a Comment

<< Home