Sunday, July 03, 2005

Ahad, Hari Kerja...

Semua orang tahu, mulai bulan Julai ini, ramai kakitangan kerajaan dapat cuti 2 hari seminggu. Sabtu dan Ahad. Aku pulak, tetiba kena kerja Sabtu dan Ahad. Ini semua pasal lori sampah semalam. Sabo je le.

Dari tengahari semalam sampai pagi tadi, aku macam menunggu kelapa tak jatuh. Naik buhsan dibuatnya. Bila semua dah sedia, dan aku boleh mulakan kerja, cerah sikit muka ni. Dan bila semua kerja aku dah beres dengan tiada masalah. Fuuuu... lega. Betul betul punya lega. Macam orang baru keluar dari jamban. Lega selega leganya.

Landmark IT Mall, Johor BahruSampai petang, aku masih kat tempat kerja. Duk lama sikit, nak cukupkan jam bekerja. Lepas makan nanti, aku nak pergi Landmark. Nak cari benda yang sepatotnya aku nak cari dan beli benda yang boleh dibeli. Isshh issshhhh issshhhhh...


Kite rehat kejap ngan satu cerita menarik ni,
ada sorang tu datang ke pejabat ni. dia datang nak buat satu persembahan, tapi masalahnya dia terlupa bawa satu fail penting. dia pun suruh pembantu dia di pejabatnya hantar fail tu dengan menggunakan emel. dia pun suruh pembantunya tu hantar fail tersebut ke emel salah sorang pegawai kat sini. tunggu punya tunggu, tak tiba-tiba emel tu. dia pun suruh pembantunya hantar lagi sekali emel tu. tak sampai jugak. bengang gak orang tu. dia arah lagi pembantunya hantar berkali-kali. tak sampai jugak. bila diperiksa, alamat emel yang diberikan tu, salah. malu le jugak sekejap. orang tu dok tembak le kitorang. pas tu, bos kita pun suruh guna alamat emel utama. pembantu dia pun hantar le pulak ke emel utama. nak jadikan cerita, tak sampai jugak. melampau le bengang orang tu. siap nak membuat aduan sebagai tanda tak puas hati. belum sempat ape-ape berlaku, tetiba pembantunya kata pelayan emel kat pejabat dia ada masalah tadi. tu pasal emel tak sampai2. itu je cerita untuk hari ini........

pencerita : Cik Siti Norlelah , penjaga kaunter khidmat pelanggan

Banggang tul orang itu. Nasib baik aku ni tukang sapu je. Kalau tak, gerenti dah kena carut. Ingat pangkat tinggi, senang2 nak rendah-rendahkan orang. Eeeee eeeeeee

Dark Vader punya pedang siber pun kena tukar mentolKarang kalau aku dah pasang pedang siber aku ni, aaa baru le ko tahu langit tu tinggi ke rendah. Masa tu lah ko nak mintak ampun. Cakap belum kawin la. Anak tak ada orang nak jaga lah. Ayam belum bagi makan lah. Kambing dan lembut belum sempat halau ke padang rumput jiran sebelah rumahlah. Ko ingat aku ape?

"Heeeyyyyy.. Jebat... Lebih baik ko turun, kalau tidak..."

"C U T T T T!!"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home