Saturday, July 30, 2005

Belajar Lagi...

Sebenarnya, kita diseru untuk belajar setiap hari dan setiap masa. Belajar sentiasa. Belajar di mana-mana. Betul ke? Ke memang betul?

Budak-budak memang cepat belajar. Cepat tangkap. Pandai aje mereka mengikut sesuatu perbuatan yang kita lakukan di hadapan mereka. Kadang-kadang kita tidak sedar mereka memerhati kite. Dan akhirnya, mereka meniru aksi kite. Sikap ingin tahu yang tinggi membuatkan diri mereka tidak lekang untuk mencuba sesuatu. Jika belum berjaya, pelbagai cara dilakukan bagi mencubanya. Dan mereka juga kerap melakukan perkara yang mereka telah berjaya melakukannya berulang-ulang. Walau kita tegah, mereka masih ingin untuk melakukannya.

Kadang-kadang geram. Kadang-kadang kelakar. Kadang-kadang marah. Kadang-kadang suka. Mungkin ilmuku berkaitan anak belum mendalam. Masih cetek. Masih dengkil. Masih nipis. Kesabaran pun kadang-kadang boleh diketepikan. Walaupun ianya seperti penawar dan pendinding, tetapi kerap diabaikan. Kadang-kadang kita berilmu, tapi tewas dengan nafsu. Inilah barah rohani. Akal tanpa ilmu amat mudah untuk tertewas, seperti bersampan hanya berdayung. Akal dengan ilmu, bagaikan bersampan dan berdayung dengan berteman. Dan akal yang berilmu dan beriman, bagaikan Saudagar yang menaiki Bahtera peribadinya. Mudah bukan?

Seperti mesej yang sahabat aku kirimkan ini :
Ilmu adalah penting: ia penyuluh hidup kita, sebagai panduan untuk kita hidup di dunia ini. Ilmu dapat memberitahu kita mana yang Haq dan mana yang Batil supaya kita dapat berjalan lurus dan tak tersasar ke kanan atau ke kiri. ~ fauzanarj

Berkaitan dengan penulisan jawi pula, aku boleh katakan. Aku bukan pelopor. Aku hanya menimbulkan minat aku sendiri. Tetiba aku rasa iri hati. Kenapa orang Cina boleh menulis tulisan Cina dengan mudah. Kenapa banyak aplikasi yang memudahkan mereka menulis tulisan Cina. Dan banyak juga laman-laman web yang berbahasa Cina. Bahasa mereka bermacam2, ada Mandarin, ada Kantonis. Gaya tulisan pun bermacam-macam. Tapi amat senang mereka menulisnya. Aku rasalah :) . Kita ni, hanya ada bahasa Melayu. Dan ada tulisan Jawi, walau ianya diambil dari tulisan Arab. Tapi, sesungguhnya Bangsa Melayu ini bertulisan hanya selepas kedatangan Pak-pak Arab. Dan, untuk pengetahuan korang, aku pernah diberitahu, orang jawa memiliki tulisan sendiri. Tulisan Jawa Kuno. Sekarang ni pun aku rasa, ramai Jawa yang tak pernah nampak atau tahu tentang tulisan itu.

Sebenarnya, ramai lagi pecinta Jawi yang ada di Alam Siber ini. Contoh yang aku boleh paparkan untuk tatapan korang adalah dari Honeybiru ini.

سمالم إِيدا باوا اکو ماکن دفيزّا هوت سمفنا هاري جادي اکو يع ک25. مولا-مولا دي اجاک اکو ماکن دريستوران بياس تافي اکو تأ نق. "اکو نق فيزّا هوت! اکو نق فِزّا هوت! اکو نق فيزّا هوت جوگاق!" اکو جريت قوات-قوات.
http://www.honeybiru.org


Walaupun cara penulisannya berbeza dengan aku, akan tetapi dia juga merupakan pecinta Jawi. Cara aku menulis dan memaparkan kepada umum, agak payah sedikit. Aku menulis dengan Ms Word. Kemudian aku 'Print Screen'. Aku 'paste' ke dalam aplikasi grafik. Jadikan ia dalam bentuk gambar dan simpan sebagai JPEG Fail.

Kemudian aku letak fail itu kat laman Photobucket.com yang menyediakan perkhidmatan mencapai gambar-gambar tersebut secara percuma. Akhirnya ia terpapar dari mana-mana laman selepas aku salin alamat URL fail tulisan jawi tersebut. Cara aku ni, kadang-kadang menyusahkan. Susah untuk aku menyalin kemana-mana dan saiz failnya amat besar.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home