Friday, July 08, 2005

Kejapnya masa berlalu..

Kalendar Kuda Aku..Tup tap.. tup tap.. tup tap.. dah dua minggu aku tinggalkan orang umah, Irah dan Mamat kat Melaka. Ape kabo agaknya diorang tu. Dari sms dan khabar yang disampaikan oleh Ibu mereka, dua-dua dah makin nakal. Waaa.. susah le cam ni. Mana aku ada pengalaman, kena cari sikit-sikit ilmu pasal ni. Karang, jadi pulak kejutan budaya, ada lak orang terapung-apung plak. Kalau terapung sorang-sorang tak pe, kalau ramai2.. tak ke naya.

Hmm esok aku nak balik Melaka. Eeee seronoknya dapat jumpa diorang. Katanya, Mamat dah naik 600 gram. Hmm cepat tul bujang aku tu membesar. Irah pulak, katanya pun dah semakin berisi. He he he.. kuat makan gaknya. Ntah-ntah Ibunya pun dah naik berat badannya. Tak menjadilah gaknya penangan Teh Herba Peramping tu. Ke salah cara minumnya. Ntahlah..

Pokok Remaja..Sepohon pokok, tidak akan terus membesar. Dari sebesar anak benih, bertunas, sehinggalah ia memiliki banyak pelepah. Ia memerlukan pelbagai perkara untuk terus hidup dan bertahan. Hanya air dan cahaya matahari tidak dapat membuatkannya tahan untuk terus hidup pada zaman ini. Ia juga perlu dibaja dan disembur dengan racun serangga.

Walaupun dari mata kasar kita, pokok tidak bergerak. Tetapi keadaannya yang pegun itulah membuatkan hidupnya penuh mencabar di kala ini. Adakalanya, umur baru setahun jagung sudah dimusnahkan. Disebabkan kemajuan, ia perlu dihapuskan sama sekali. Tidak kira sama ada ia sudah hidup sedekad lamanya.

Pokok Matang yang terbiar..Pokok juga mempunyai nilai yang berbeza-beza. Walaupun jenisnya sama, tetapi sekiranya tumbuh tanpa dirancang, atau tumbuh bukan pada tempatnya, maka tak bernilailah dia. Tapi, apa fungsinya? Kenapa ia dibiarkan hidup? Adakah ia sememangnya perlu dibiarkan terbiar untuk hidup di situ? Kadang-kala, pokok itu selalu kita pandang dan lihat. Akan tetapi adanya ia seperti tiada sahaja lagaknya. Mungkin hanya untuk mengindahkan pandangan semata-mata walau tidak seindah mana. Tiada siapa pun akan kisahkannya.

Kesimpulannya, tanamlah sepohon pokok dan jagalah ia sampai bila-bila.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home