Monday, July 18, 2005

Keluarga Gojira

Pejam celik.. pejam celik.. hehehe.. memula duk bujang trang tang tang.. pas tu mula la gatal. Pi ngorat sana... Pi ngorat sini. Mula kena tinggal, kemudian pun kena tinggal. Masuk seterusnya, kena tinggal lagi. Nasib badan. Terpikir gak masa tu macam nak kena mandi bunga je. Tapi tak buat pun. Dengar khabar sekarang ni, aura 1001 jenis bunga pun orang dah jual, buat mandi. Sungguh canggih zaman ni. Zaman Sains dan Teknologi.

Tiba-tiba, rapat ngan seseorang. Rapat secara tak sengaja. Memula dengan zaman berperang dalam emel/surel(surat elektronik). Hari-hari anto surel. Kemudian, berborak dengan Yahoo!Messenger (YM). Lama-lama sangkut. Pastu tu tunang. Tup tup tup.. kahwin lah aku ngan dia. Jadilah aku suami dia, dia lak isteri aku. Tu dalam masa dua tahun.

Gambo disimpan oleh Photobucket.comDalam zaman berbulan-bulan madu tu, bulan 2 tahun 2003 mula bersama, walau mulanya tinggal berjauhan, kemudian bulan 1 tahun 2004 sudah bercahaya mata. Anak sulong, seorang puteri. Penyeri rumah kami. Itulah Seri Nadzirah dengan panggilan manjanya Irah. Sekarang ni, semakin nakal dan ligat. Umur baru masuk 1 tahun setengah. Kegemaran buat masa ni, suka bergaya dan mengemas. Kenalah tu, sifat semulajadi wanita. Jangan tak caya, dah ada kaca mata hitam sendiri. Bab mengemas pulak, kira semua tempat simpan kain baju, dia dah boleh kecah dan sepah-sepahkan. Jenuh le Ibunya dok menyusun semula.

Gambo disimpan oleh Photobucket.comLepas mempunyai anak pertama, hidup kami semakin meriah. Walau berpantang dan bertapis-tapis, namun, kuasa ALLAH. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. 10 bulan umur Irah, Ibunya disahkan positif. Hmmmm.. cam suka.. cam tak suka.. cam seronok.. Campur-campur rasa. Ape-ape pun, terima aje dan bersedia dengan tanggungjawab akan datang itu. Sekarang ni, dah sebulan dah umur si Mamat tu. Nama penuh, Tuah Muhammad. Moga tuah dari Nabi Junjungan Kita ada tempias dalam dirinya. Namun semua itu, datang dari didikan yang telah dan akan aku berikan. Betul tak? Buat masa ni, dia lebih suka berdiam diri, mendepa-depa tangan dan memancutkan Ibunya. Orangnya hitam manis dan belum suka senyum. Garang sikit Mamat sorang ni.

Mata IrahJumaat lepas, 15/07/2005 aku berangkat balik ke Melaka, dekat jam 9 malam. Perjalanan yang agak sempurna itu, tidak banyak halangan. Syukur aku atas Limpah Rahmat dan Keselamatan DariNYA. Pecut, pecut jugak. Walau jalan basah, aku kasi jugak 120km/j. Walau teringat orang tersayang, terpaksa. Kalau tak, mau aku terlelap masa memandu. Dah la keadaan hitam pekat, kalau bergerak perlahan boleh terlelap dibuatnya. Dekat jam 11 setengah, aku tiba di rumah Mertua.

Hari Sabtu, 16/07/2005. Perkara penting yang aku buat hari tu cuma membantu orang rumah membasuh baju dan mengemas. Tapi, sebenarnya aku banyak tidur dari kerja. He he he. Penat ooo memandu. Tapi yang meletihkan hari ni, dok melayan anak dara aku sorang tu. Si bujang tu pulak, asyik tidur. Memang tak de peluang le nak dengki dia. Tunggu le bila ko besar sikit. He he he...

Rancangan awal pada Hari Ahad 17/07/2005 adalah untuk balik ke Johor. Namun, disebabkan beberapa masalah teknikal dan tukang basuh kereta lambat sangat buat kerja, rancangan dibatalkan serta merta. Petang tu, Wan Mertua, Pak-pak dan Mak-mak Sedara dari Singapura berangkat pulang. Rapat ke bumi je kereta honda depa aku tengok. Macam-macam ada, dari buah mangga, hingga ke anak pokok mangga "Melaka Delight". Dari buah rambutan, sampai le ikan sembilang. Malam, kami sekeluarga dok berkemas sikit, (sebenarnya, yang banyak mengemas orang rumah) dan tidur awal.

Isnin 18/07/2005, dari pagi kami bersiap. Mengemas apa patut. Mengatur dan memuatkannya ke dalam kereta. Penuh jugak bonet Saga Magma Mertua aku tu dikerjakan. Hari tu hujan agak lebat. Nak dijadikan cerita, sedang elok tengah berkemas, sambil leka, rupa-rupanya tingkap pemandu tidak bertutup. Maka banjirlah separuh kereta itu. Dan, sampai pak mertua pun dok tolong, habis baju2 kerja lama dia digunakan bagi mengeringkan kereta tu. Alahaiii... Lencun dibuatnya.

Pemandu PertamaDalam jam 9:30 pagi, kami bertolak. Pukul 10 pagi kami keluar dari Tol Air Keroh, Melaka. Keadaan cuaca pada hari tu agak lembab. Hujan lebat. Irah awal-awal lagi sudah menikmatinya. Dia tidur, mana kala adiknya pun tidak banyak kerenah. Cuma sesekali minta minum. Perjalanan kami agak sempurna pada hari itu walaupun ada juga beberapa kemalangan yang dapat kami lihat. Dari kerosakkan kereta, kereta tergelincir dan kereta menyondol.

Pemandu KeduaBoleh aku katakan gak, keadaan lalu lintas agak lancar pada hari tu. Ini kerana, hari tu adalah hari berkerja dan bukan musim cuti sekolah. Dan paling nyata, kedai-kedai makan dan minum di R&R pun tidak banyak yang buka. Berkemungkinan hari ini merupakan hari cuti buat mereka. Bagi sesuatu perjalanan yang jauh, aku rasa sememangnya wajar pemanduan dibuat secara bergilir. Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan risiko dan mengelakkan kemalangan. Biasanya, jika bukan seperti keadaan ini, aku akan bergilir-gilir memandu dengan orang rumah. Oleh kerana dia masih bercuti lagi, terpaksalah aku lakukannya seorang diri. Ada masanya, memang mengantuk gile, pandang keliling, semua nya lena...

arrrgggghhhhhhhhhhhhhh aku pun nak tidur gak....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home