Sunday, July 31, 2005

Minyak naik lagi...

Hari ini harga minyak naik lagi. Petrol naik lagi seposen. Banyak-banyak hasil minyak, minyak petrol berplumbum inilah yang selalu aku guna. Alasan yang diorang guna, sama. Pendekatan yang diorang guna, masih sama. Langkah-langkah susulan, pun sama. Paling aku rasa kurang senang adalah, KERJA LEMBAB dari mereka-mereka ini. Kenapa lembab? Kerana ianya memerlukan belanjawan untuk membuat sesuatu langkah. Kenapa kena ada belanjawan? Kerana langkah-langkah tersebut masih baru dan tiada sesiapa yang pakar dan arif, pakar yang ada harus dibayar khidmat mereka.

Sila pergi ke EPU untuk mengetahui penjelasan lanjut berkenaan kenaikan harga minyak ini. http://www.epu.jpm.my

Tinggalkan kes ini terlebih dahulu. Lain kali aku kupas berkaitan penjelasan EPU ini. Rasa sakit hati je bila baca penjelasan mereka itu.


Lagi sakit hati, bila hari-hari tengok projek perumahan untuk rakyat (golongan berpendapatan rendah dan miskin), macam siput. Dah nak dekat setahun. Tiang rumah sahaja yang nampak. Masa perasmian, kompang keliling kampung. Bila tiba masa perlaksanaan, siput pun boleh menang. Bila kita menyebut, keluarlah kata-kata yang kita ni penyokong pembangkang, kita anti-kerajaan atau kita suka mengganggu urusan mereka. Bayangkanlah, masa yang diorang ambil itu menyebabkan kenaikan harga kos tertentu, kos buruh dan kos penyelenggaraan. Mula-mula masa projek hendak dicadangkan. Kata belanjawan telah ada. Bila kertas-kerja dan sebutharga dikeluarkan, semua cantik. Harga pun boleh 'ngam-ngam' dengan belanjawan. Atau, buat kertas-kerja dan menentukan harga sesuatu projek. Bila dah tahu harga projek, dapatkan belanjawan. Atau dapatkan sebutharga terlebih dahulu, baru dapatkan belanjawan.

Bila masuk tahap memulakan projek, awal-awal lagi pening kepala, mana nak cari kontraktor yang boleh buat kerja. Bagi ketua projek, mereka pening kepala sebab nak cari kontaktor yang mana boleh bagi mereka 'untung sikit'. Kadang-kadang lagi heran, projek dah bertukar 2 3 kontraktor yang berlainan. Alasannya kontraktor tak buat kerja dan lari (lari dengan duit biasanya). Lama-lama, duit belajawan semakin kering. Dan dengar kata, projek tertangguh disebabkan kontraktor lari dan belanjawan lari. Terpaksa tunggu dan pohon belanjawan baru. Mungkinkah ada projek2 rakyat yang sebegini? Atau lagi teruk? Siapa yang merana? Kerajaan atau rakyat (mungkin kedua-duanya). Siapa yang untung? Mereka yang tidak AMANAH.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home