Wednesday, July 13, 2005

PERANCANGAN

Aku memang tidak suka merancang. Kenapa, aku pun sendiri tak tahu. Jika ikut pada pengalaman orang tua aku, segala pencapaian mereka tidak mempunyai perancangan khusus. Tiada sangat penetapan tahap untuk mencapai sesuatu pada suatu jangkamasa. Tapi, dalam bab kewangan, belanjawan adalah penting. Pulak. Kira merancang jugak tu. Dalam bab merancang kewangan, aku boleh dikatakan kurang berjaya. Pada tahap merancang sahaja, memang boleh dibanggakan. Bila di tahap perlaksanaan pula, biasanya gagal. Itu yang selalu saja berlaku keadaan terlebih belanjawan pada akaun harianku. Dan arwah abah aku selalu tegur (pengaudit akaun harian aku), akaun perbelanjaan aku biasanya sama jumlahnya dengan akaun pendapatan, dan kadang2 terlebih. Seharusnya, yang perlu menjadi kebiasaan adalah akaun perbelanjaan perlu kurang dari akaun pendapatan, dan sesekali sahaja ianya sama. Itu baru dikira berjaya dalam bab hal-ehwal merancang kewangan.

Dari pengalaman kehidupan harian aku pula, aku dapati, golongan orang-orang yang berjaya semuanya mempunyai perancangan. Dalam hal ibadah dan kehidupan, para ulama' juga selalu menerapkan nilai merancang ini sebagai sesuatu yang perlu menjadi kemestian. Dalam ertikata lain, walaupun dia dari bangsa ape pun, perancangan perlu dibuat bagi menjamin sesuatu kejayaan. Sekiranya kita boleh berfikir, jika sesuatu perancangan yang dibuat gagal, semestinya terdapat kelemahan dalam perancangan itu. Dan, jika diperbaiki dan dirancangkan semula dengan teliti, perancangan itu pasti berjaya. Dan, walaupun perancangan yang dibuat berjaya pada pertama kalinya, ianya boleh diperbaiki lagi agar ianya menghasilkan kejayaan yang lebih berlipat kali ganda lagi. Inilah sikap yang harus aku terapkan mulai hari ini. Hidup kena merancang. Hidup kena direncana. Hidup perlu diatur, ini semua bagi memudahkan dan menyenangkan aku menjalankan pelbagai aktiviti harian.

Satu Penyapu, Menyapu SemuaSebagai contoh, aku seorang tukang sapu sampah. Aku perlu ada jadual harian bagi kawasan sapuan. Ini membolehkan aku sentiasa dapat menyapu kawasan dengan lebih teratur dan menjamin kawasan tersebut tidak bersampah dan kotor. Kawasan yang kerap bersampah harus disapu lebih berbanding kawasan yang kurang bersampah. Dari sini, pekerjaan aku menjadi lebih efektif dan produktif. Dan berkemungkinan, untuk aku naik gaji atau naik pangkat adalah lebih tinggi.

"Rancang Kehidupan, Kecapi Kejayaan."

0 Comments:

Post a Comment

<< Home