Monday, July 11, 2005

Puasnya hatiku..

He.. he.. he.. Fuuyooo Longkang..Hah.. baru teringat. Petang Jumaat lepas, memandangkan aku bekerja pada sebelah pagi, aku mengambil kesempatan pergi ke Gelanggang Bowling. Aku ke sana dengan ketua aku dan rakan sepasukan. Kami sebenarnya membuat sessi latihan bagi Pertandingan Bowling yang bakal diadakan oleh pihak syarikat. Latihan kami dibuat disebabkan inginkan kemenangan. Har har har. Pelaburan besar ini sememangnya perlu mendapat hasil yang lumayan.

Kami berlatih di Ampang Superbowl. Berhampiran dengan tempat kerja serta memudahkan semua rakan pasukan untuk pergi ke sana. Memandangkan kami hanya bermain-main dan cuba menimbulkan kembali bakat yang sudah bertahun karatnya, hasil latihan pada petang itu kurang membanggakan. Ini kerana kami masih tidak mendapat rentak permainan yang agak kukuh dan pastinya boleh dibawa ke pertandingan itu nanti. Dan yang pasti, kami perlu berlatih lagi.

Apa yang aku ingin tekankan di sini, pada pertandingan itu nanti Qiddas merupakan musuh bagi pasukanku. Pada petang itu, kami memperlawanya untuk berlatih bersama kami. Ianya juga sebagai langkah untuk melihat sejauh mana kekuatan sebenar pasukan lawan. Boleh dikatakan, dia merupakan peserta yang paling tegar di dalam pasukannya. Balingannya boleh membuatkan sesiapa yang memandang, pasti mengigit kuku. Berterabur semua PIN jika serangannya terkena pada sasaran.

Markah kitaorang..Acap kali, balingannya seperti gambar di atas. Itulah adat mengebowl, "kalau tak menyapu PIN, baik kita sapu longkang". Walau bagaimana pun, jika dilihat pada papan markah di sebelah, markah dia agak rendah. Bagi kami, dia masih berbisa dan sememangnya masih terdapat banyak lagi kuasa terpendam pada dirinya. Pada petang itu, kami sepasukan telah mengeluarkan semua 100% tenaga kami. Tidak bagi dirinya, hanya 10% tenaganya terkeluar akibat bersebab. Akhirnya, pada hari Sabtu, Qiddas terpaksa tidak hadir untuk berkerja kerana cuti sakit. Apakah muslihatnya? Apa yang telah terjadi? Kita nantikan sambungan cerita ini pada masa akan datang. Jumpa lagi...




PERHATIAN!!

Jangan lupa menonton TV3, jam 9.00 malam ini (11/07/2005).
Ingat, hulurkanlah bantuan selagi kita boleh membantu.
Klik Saya, Menderma ke Tabung Bersamamu-TV3

0 Comments:

Post a Comment

<< Home