Sunday, July 10, 2005

Sahihlah perkara itu..

Zul.. oh.. Zul..Memang sah. Dua tiga hari lepas, macam was-was. Tapi memang aku pasti wajah dia yang keluar bila promo rancangan tu keudara di kaca TV. Walaupun wajahnya hanya sekali dua terimbas, tapi gayanya yang tersendiri membuatkan aku pasti. Dan hari ini, lagi pasti dan sahih. Ini semua disebabkan oleh Kak Tina. Seawal pagi, agaknya selepas membaca akhbar, terus menghubungi aku. Ingatkan pasal ape. Perkara penting ke hahpe. Ghupenya pasal dia. Ha ha ha.. terus aku ke Pekan Lubuk Cina membeli akhbar tu.

Si Mamat Hitam Manis..Jeng jengg jennnggggg.. Akhirnya, pertama kali hero aku keluar di Internet. Wajah tak puas hati kerana aku mengambil gambarnya jelas terbayang.

"Lantak ko la mamat, janji abah dapat amek gambar ko."

Buat masa ni, boleh dikatakan, mamat semakin hitam manis, tak suka minum air tawar, suka mengeliat semasa baring dan tidur dalam keadaan agak ganas dan buas. Sememangnya itulah keturunan Gojira. Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.

Kak Long IrahIrah pulak, sejak bergelar Kak Long, wah wah wah.. sifatnya semakin cergas dan cerdas. Lutut bercalar dan tangan ada kesan melecur. Itulah bukti kecergasannya terserlah. Sekelip mata tangannya boleh mencapai ape sahaja. Dan ada sahaja perkara yang bakal dibuat. Memang cepat akalnya. Pengawasan seratus sepuluh peratus diperlukan semasa jaganya. Buat masa ini, perhatian akan diberikan lebih kepada Irah. Ia bertujuan agar Irah lebih menyayangi adiknya pada masa hadapan.

Selepas Irah dan Mamat tidur, baharulah Abah dan Ibu boleh berehat dan melakukan aktiviti-aktiviti lain.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home