Thursday, July 28, 2005

Surarumah Tangga

Korang pernah dengar tak tentang jawatan ini? Surarumah Tangga. Pernah tak ada kekosong jawatan ini di mana-mana? Korang berminat tak untuk memohon? Kelayakan yang biasa dinyatakan adalah seperti berikut :
1. mestilah seorang suami dan lelaki.
2. mesti mempunyai anak, anak yang ramai diberi keutamaan.
3. mesti memiliki isteri yang disayangi,
yang lebih dari satu isteri tidak layak memohon.

Kerjanya tidak susah mana pun. Kesukaran sememangnya ada di mana-mana. Banyak jugak rintangan, cabaran dan dugaan. Akan tetapi, semangat waja yang kental dan kesabaran, itulah perkara yang utama perlu ada pada diri. Bagi memastikan semuanya berjaya, kemahiran, kecekalan dan minat, perlu digalakan dan ditingkatkan. Sabar dengan kerenah anak-anak yang semakin nakal. Bersabar juga akan kehidupan ini yang penuh dengan cobaan dan dugaan.

Tertangkap semasa bersalah...Tengok je lah gambar Irah tu. Ada je perkara yang akan dilakukannya setiap masa. Bebudak macam ni, diorang masih belum ada sesuatu aktiviti yang sama seharian. Bukan pasal cepat bosan. Tapi hari-hari diorang nak buat perkara yang baru. Memerhati sahaja akan tindak-tanduk dan perbuatan kita. Meniru dan mencuba adalah cara mereka. Dan pada pendapat aku, kalau nak jadi ibu bapa pintar kepada anak-anak pintar, kita harus satu langkah di hadapan mereka. Salah satunya, menyediakan aktiviti yang berlainan setiap masa. Kita yang kena fikirkan untuk diorang. Terfikirkah kita? Upayakah kita?

Yakin boleh. Kita boleh.

Pakaian Baru hadiah dari Mak Lang..Waktu pagi, waktu untuk mengemas ruang tidur, memandikan anak-anak, menyediakan sarapan dan bersarapan seisi keluarga. Selepas itu, bermulalah aktiviti melayan karenah anak-anak sambil menyambung membuat kerja-kerja rumah lain seperti membasuh, menyidai dan melipat pakaian, menyapu sampah dan mengemas rumah. Dengan adanya anak-anak, kita terpaksa mengambil masa agak lama untuk mengemas. Dengan adanya mereka, benda-benda yang boleh dicapai oleh tangan mereka, perlu diminimakan seminima mungkin. Segala ceruk dan sudut rumah terpaksa diperhatikan bagi menjamin keselamatan mereka untuk bermain. Keadaan sesuatu rumah dan isinya adalah setara dengan peringkat umur anak-anak itu.

Apabila menjelang tengahari, penyediaan makan tengahari harus dilakukan. Cepat dan ringkas itulah diamalkan. Akan tetapi, aspek paling penting adalah, diet seimbang. Kesedapan masakan pula merupakan faktor tambahan dan bonus. Biasanya, bahan mentah untuk masakan dan keperluan dapur harus dibeli seawal mungkin sebelum tiba masa untuk digunakan. Jika tidak, hasilnya pasti haru biru atau tidak cukup sifat. Ikan, daging dan sayur-sayuran seharusnya dibeli dalam keadaan segar dan perlu dimasak dalam masa seminggu. Sesungguhnya, disebabkan kesibukan dan masa yang singkat, kesukaran untuk mendapatkan bahan yang segar amat dirasakan masa kini.

Mamat 42 hari..Selepas makan tengahari, anak-anak perlu diberikan rehat seketika. Kita juga harus berehat. Ini bagi mengekalkan tenaga untuk aktiviti pada sebelah petang. Bermain merupakan aktiviti paling digemari oleh anak-anak. Biasanya pada waktu petang, mereka suka untuk bermain di luar rumah. Mereka gemar berlari-lari dan mengejar kanak-kanak lain di halaman rumah. Sebelum matahari hilang dari pandangan, anak-anak harus mandi dan makan. Aktiviti malam mereka biasanya berlawanan dengan aktiviti siang mereka. Jika mereka aktif dan banyak bermain di siang hari, malam membuatkan mereka penat dan tidur awal. Kita juga akan keletihan dan turut tertidur dengan mereka.

Waktu tidur kanak-kanak bolehlah dicadangkan seperti berikut :
Jumlah jam tidur mengikut umur
Jadual ini diambil dari Laman Kesihatan. Laman tersebut juga ada menyatakan isu berkaitan tidur untuk anak-anak kita ini dengan lebih mendalam.

IKLAN

Semua mesin ATM di seluruh negara akan dibekukan buat sementara waktu berkuatkuasa serta-merta, ini semua disebabkan oleh bapa kepada Nombor PIN iaitu Ayah Pin telah melarikan diri.


Sekian, jumpa lagi.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home