Wednesday, August 31, 2005

48 Tahun Malaysia Merdeka

Berkibarlah Jalur Gemilang dengan Megah..
MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!
Laungan keramat itu berkali-kali kedengaran semalam. Ini menunjukkan rakyat Malaysia masih lagi dapat mengekalkan Kemerdekaan Negara dari dijajah oleh bangsa asing. Aku berharap moga kemerdekaan ini akan tetap terbela sepanjang masa agar generasiku seterusnya dapat hidup di dalam sebuah negara yang merdeka.

Walau bagaimana pun, seperti yang kita tahu, sesuatu yang baik untuk dikekalkan amat sukar. Ini kerana gangguan dan cabaran pada hari muka amat besar dan saban hari banyak pula dugaannya. Jika secara fizikal kita tidak dijajah, namun mungkin secara mental kita akan dijajah. Jika tidak sepenuhnya, cukuplah sekadar sebahagiannya. Oleh itu, bangkitlah ANAK-ANAK MALAYSIA untuk terus berdiri di atas kaki sendiri dan keluar dari jangkauan penjajahan fizikal dan mental oleh bangsa-bangsa asing itu.


Sekian, jumpa lagi...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home