Adik dan Akak

Sehingga kini, si adik belum pernah lagi menangis akibat usikan akaknya. Walau bagaimana pun, kelibat akak terhadap adiknya itu tidak akan dibiarkan tanpa pemerhatian. Hasil yang dapat dilihat dari usikan ini, biasanya si adik membuat riak muka tidak puas hati. Adakah si adik berdendam? Perlukah setiap usikan si akak dibalasnya?

Mereka akan diam sahaja dan kadang-kala terus tertidur sekiranya mereka sudah penat. Jika tidak, si adik akan berusaha untuk melepaskan diri sehingga berjaya. Manakala si akak, jika gagal untuk melepaskan diri, menangislah ia sekuat-kuat hatinya.
Terpaksalah difikirkan cara lain bagi meningkatkan langkah-langkah pencegahan serta ciri keselamatan untuk membendung perangai mereka berdua ini. Adakah sudah tercipta satu alat kawalan (seperti "Remote Control") bagi mengawal anak-anak aktif sebegini. Picit sahaja butang apa yang hendak kita lakukan pada mereka. DIAM atau GERAK merupakan butang penting yang perlu ada.
Nantikan aksi-aksi mereka lagi...
0 Comments:
Post a Comment
<< Home