Tuesday, August 23, 2005

Aku dan Streamyx

Dah lebih 24 jam aku menjadi pengguna Jalur Lebar Berbayar Streamyx. Nampak macam suatu kerugian pulak bila dah pasang. Ape-ape pun, aku telah menyediakan satu ruang catatan berkaitan dengannya di sini, http://jalurlebarku.blogspot.com. Aku harap, pada rungan tersebut, aku boleh berkongsi-kongsi serta bertukar-tukar pengalaman dengan pengguna Streamyx yang lain.

Iklan kejap ...

Surel dari : Cik Lela, Seorang Pegawai di Pusat Perniagaan Syarikat
Perkara : Sayang
Tarikh : 23 Ogos 2005, 13:07

Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar, di atas katil...... sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur. Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan ghairah pada malam itu....

Si isteri bersuara, "Dulu-dulu tu.... abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido." Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, pas tu mula mengantuk semula.

Beberapa ketika pas tu, si isteri bersuara lagi, "Kemudian tu....abang selalu cium saya." Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri. Pas tu sambung tido balik.

Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi, "Kemudian tu.... abang selalu gigit-gigit leher saya......." Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil tu.

Si isteri bertanya, "Abang nak gi maner tu?" Dengan marah suaminya menjawab, "Nak gi amik gigi lah ..."


Petang tadi aku kerja macam ape. Tetiba banyak sampah bersepah-sepah. Tak larat nak menggerjakannya. Sana ada, situ ada, sini ada, sinun pun ada. Kelam kelibut dibuatnya. Sampai sudah pun tak siap. Akhirnya aku balik dan mandor aku cadang agar aku masuk pagi-pagi esok.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home