Thursday, August 25, 2005

Aku nak cutiiii..

Takwim Masihi Aku...Yahuuu.. esok aku cuti. Esok cuti pertama aku ambil sebagai Cuti Tahunan. Jika tidak, walau dah setahun aku kerja kat sini, aku hanya boleh ambil Cuti Sakit, Cuti Gantian atau Cuti Tanpa Gaji sahaja. Ada satu bulan tu, aku kena tolak gaji dekat 50 ketul pasal cuti lama. Huuu.. nasib...

Kalau ikut rancangan, esok aku sekeluarga akan balik ke Melaka. Akan tetapi, bukan macam selalu. Dari JB terus ke MT. Tapi, kena singgah menyinggah. Banyak destinasi singgahan bagi menunaikan beberapa hasrat. Agaknya berapa jam ke diambil untuk perjalanan ini. Duit minyak dan tol pula, pastinya melebihi dari kadar biasa. Agaknya lah..

Hari ni jugak, si Nyot (puterisedih aka taska) ada hantar satu mesej dalam YM!, mesejnya adalah seperti berikut :
Sabtu 27 Ogos 2005 bersamaan 22 Rejab 1426 nih, Planet Marikh akan berada dekat dengan Bumi.. Be sure tengok langit pada jam 0030 am pada 27 Ogos !! Nampak Bumi macam ada dua bulan..!! Fenomena ni akan jadi sekali lagi pada tahun 2287... Share this with your friends as no one alive today will ever see it again !! Kalau bernasib baik nampak laa
Ada sesiapa yang berjaya nampak benda ni? Atau ramai yang dok lena bersama-sama mimpi-mimpi yang indah? Kalau ada sesiapa yang berjaya, boleh le kongsi dengan aku. Hantar le cerita tu kat aku. Pakai surel ke? Pakai SMS ke? Jangan pakai kod morse dah le.. hehehehe

Walau bagaiman pun, aku kena kerja jugak hari ini. Banyak perkara perlu dilangsaikan. Semalam menimbul sampah sarap yang dah berulat aku kerjakan. Nampaknya, ulat-ulat sampah sekarang sudah tak mengira bangsa sampah. Janji sampah, tak kira sampah pepejal atau cecair.. semua disapunya. Cepat betul dia berulat. Ntah mana datang telurnya, menetas, beranak-pinak dan berganda-ganda. Huuuiiiii... Penuh sekalian alam. Nasib baik hayat ulat-ulat ni tak lama, walau cepat betul mereka berganda. Saiznya pula, agak kecil berbanding saiz jari kita. Buatnya dia boleh membesar sebesar saiz tikus, cukuplah. Mau darurat negara ini tiba-tiba.

Tak kira, aku akan habiskan waktu bekerja pada hari ini macam biasa. Kemudian balik. Nak tidur cukup-cukup. Pasal esok aku nak cutiiiii....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home