Thursday, August 04, 2005

Telefon Bimbit 2

.. sambungan.
Nokia 3210Akhirnya aku kalah dengan pukulan teknologi terkini. Rembat le satu Nokia 3210. Bayar bulan-bulan. Dua belas purnama juga baru habis hutang beli telefon tu. Aku pakai telefon ni lagi lama dari telefon sebelumnya. Dari bujang, sehingga aku beristeri. Telefon ini gak aku gunakan semasa zaman bermadu kasih dengan tunangku. Hanya memakai talian prabayar sahaja. Takot lagi untuk menjadi pengguna telefon berdaftar. Talian pilihan adalah 019, CELCOM. Masa ni belum menjadi anak syarikat TM lagi. Tapi yang pasti, "Alah membeli, Menang memakai". Itulah peribahasa yang boleh aku bagi kat CELCOM ni. Walaupun bayaran perkhidmatannya agak mahal dari yang lain, tapi kepuasan menikmati perkhidmatan yang disediakan tetap ada. Sampai hujung tanjung pun kadang-kadang ada liputan.

Dan bagi sejarah telefon ini, ia menjadi satu-satunya telefon yang aku uji dengan memasang alat yang dapat menggunakan 2 Kad SIM. Walaupun alat tersebut mempunyai kebaikkannya, akan tetapi tidak mempunyai CAP Sirim, sekejap aje rosaknya. Akhirnya, aku terpaksa mematikan salah satu nombor prabayar yang aku miliki. Nombor baru sahaja yang digunakan hingga kini, dan telah diperturunkan kepada orang rumah. Akan tetapi, tidak bagi telefon ini. Ia tetiba mengalami kerosakkan. Sekarang, ia telah menjadi bahan mainan anak sulongku. Akan tetapi, bebudak ni lagi suka memegang telefon hidup dari telefon mati. Bijak bebudak sekarang ni.

Nokia 3310Sekarang ni, orang rumah aku memakai telefon yang dibelinya sendiri. Nokia 3310. Aku rasa dibelinya semasa masih bertugas di Pulau Pinang sewaktu bujang. Sehingga kini, telefon itu tidak mendatangkan sebarang masalah kecuali baterinya sudah hampir 4 kali bertukar. Sama ada masalah bateri ini ada kaitan dengan pengecasnya atau telefon itu sendiri. Dari pengalaman aku yang agak lama dalam hal menggunakan telefon bimbit ini, aku boleh katakan, jangka hayat sesebuah bateri telefon adalah dalam lingkungan 2 tahun.

Nokia 3530Bagi aku pula, sekarang aku hanya menggunakan telefon bimbit kepunyaan syarikat. Nokia 3530. Talian pula turut bertukar. Aku sekarang menggunakan talian 016 oleh DiGi. Penggunaan telefon ini agak terhad. Walaupun syarikat membayar bilnya, akan tetapi sekiranya panggilan dibuat melebihi had tertentu, aku pula terpaksa membayar lebihannya itu. Hampir 90% perkhidmatan yang selalu aku gunakan adalah SMS. Aku pun pelik, mengapa aku lebih suka menggunakan SMS ini. Pada hal, perkhidmatan SMS ini agak mahal sebenarnya berbanding membuat panggilan biasa.

Kesimpulan yang dapat aku nyatakan di sini, pada masa akan datang, aku hanya akan membeli telefon bimbit jenama NOKIA sahaja. Walau bagaimana pun, untuk mendapatkan model telefom bimbit yang tidak terlalu banyak fungsi bagi jenama ini semakin sukar. Dan bagi aku, model telefon yang mempunyai pelbagai fungsi ini kadang-kala bagaikan suatu pembaziran, kerana tidak digunakan sepenuhnya oleh pemiliknya.

T A M A T

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

heheh pakai tepon reti tapi tak tau model...kalo ada kat kedai tunjuk jer...haaa tepon tu la aku pakai...atau tepon tu la aku nak pakai...hehehehehe

5:14 PM  
Blogger goJiRa said...

selamat pengantin baru belated...
hehehe..
sori le sis mardau...
tak dapat le berhajat nak turun ke mantin...
kalau ku ada kuda terbang.. sudah ku pergi hari itu..

9:39 PM  

Post a Comment

<< Home