Wednesday, August 03, 2005

Telefon Bimbit

Lama betul aku tak bebel. Pejam celik, pejam celik.. dah bulan baru. Alih-alih je.. dah nak puasa. Dan nak ganti tahun baru.. Isshhh... banyaknye dosa...

Baiklah.. la ni, kite rehatkan minda kejap. Aku nak mengenang kisah lama. Kisah aku dan telefon bimbit. Korang pernah ke pakai telefon bimbit? Tak pernah? Kalau korang tak pernah pakai, mananya korang ni mesti tinggal kat kawasan yang nun jauh di pendalaman. Pendalaman mana aku tak tau lah.. Sejauh Belungkur ke.. atau setinggi puncak Gunung Tahan. Tapi yang aku pasti, ramai gak orang Asli dah pandai guna telefon bimbit sekarang ni.

Nokia 2140Sebenarnya, aku memang jenis tak suka nak pakai telefon bimbit ni. Pasal aku ni memang jenis yang tak mampu dan ianya bukan benda keperluan aku. Aku memula pakai telefon bimbit ni masa aku kerja kat Ulu Keramat. Masa tu, tahun 1996. Pakai kerana faktor kerja. Nokia 2140. Aku tak beli, syarikat kasi pakai. Senang nak cari aku kalau aku hilang. he he he. Ada gak rakan sepejabat yang dengki. Baru masuk, dah dapat jenis ni, dia punya jenis batu bata pulak tu. Mana tak dengki gile.

Zaman tu, aku tak minat bergayut. Cepat panas telinga. Aku lebih suka main SMS. Main sampai muntah. Akulah Raja SMS masa tu. Percuma, tak yah bayar. Tak masuk bil. Permainan paling seronok masa tu pulak, Perang SMS. Tak tau le zaman ni ada lagi ke tak. Kalau dapat 100 SMS seminit, ape agaknya korang rasa? Lepas tu, semua SMS sampah. Lepas tu, sentiasa ada SMS nak masuk walau peti SMS penuh. Lepas tu, telefon bimbit biol. Sekarang ni, aku pencen dah. Pasal kena bayar. Dari masa itulah aku terus jatuh cinta pada N O K I A. Aku cuba untuk tidak memiliki telefon bimbit jenis lain. Talian yang aku guna zaman tu, 017, ADAM (aku derita aku merana).

Nokia 2110Kemudian, aku berhenti kerja. Pulang ke Johor. Bekerja dengan keluarga sahabat. Ada duit sikit, cekau le satu Nokia. Jenis pujaan masa itu. Nokia 2110. Satu yang baiknya Nokia ni, senang nak guna. Dan rasa selesa. Dalam 40 ketul gak masa tu harga dia. Nasib baik ada orang dalam. Talian masih guna 017. Kenapa aku pakai 017? Kerana aku tau, perkhidmatannya masih murah berbanding talian lain. Keburukkannya, kalau aku balik kampung, telefon tu aku simpan dalam beg sahaja. Kalau seseorang menghubungi aku semasa itu, dia akan disambungkan terus ke telefon rumah kampung. Salah satu kemudahan murah yang 017 bagi. Zaman awal ADAM bertukar kepada TimeCel, kadarnya masih murah lagi. Paling aku tak tahan, masa tu ada sorang makcik marah-marah aku. Kenapa aku tak nak cakap dengan dia tapi letakkan telefon aku kat radio. Pada hal, dia dengar lagu kat Peti Pesanan Suara aku. Bak kata Arwah Abah aku, kalau dengar ada lagu je masa telefon aku, baik letak, nanti tak pasal-pasal kena bayar lebih.

Aku guna telefon ni lama jugak. Bateri dia ada le kena tukar 2 3 kali. Tapi kegemilangan dia sekejap je. Aku pernah kena perli ngan kawan aku, "Tak sangka ko bawak REMOTE CONTROL (Alat Kawalan Jauh) ke mana-mana ek. Boleh pinjam." Senyum je lah. Dan, sebenarnya aku sayang kat telefon tu. Tu pasal aku tak tukar lain sehingga aku kena senarai hitam oleh 017. He he he Barulah aku simpan elok-elok dia, walhal dah rosak pun. Setelah itu, zaman kegelapan berlaku. Aku dah tak pakai dah telefon bimbit ni. Buat-buat tak nampak je kalau aku nampak orang lain pakai. Takot oo.. senang tul buat hutang guna telefon bimbit. Dekat dua tahun gak aku melangsaikan hutang kat TimeCel tu.

bersambung..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home