Dinginnya pagi ni...
![Suasana kampung di waktu pagi yang dingin...](http://i15.photobucket.com/albums/a368/gojiraa/panorama/kedinginan.jpg)
Berita menarik 2 3 hari ni, kalau korang belum tahu lagi la.. MDC dah kembali. Seperti rumah yang dah lama kena tinggal. Tak pun, seperti rumah yang tetiba kena padam (delete), alih-alih timbul (undo) kembali. Pelik tak? Bila mana dia menghilang, macam2 perasaan timbul. Rindu.. Sedih.. Sebak.. dan kadang-kadang cam gila bayang pun ada. Rasa macam orang bercinta pulak.
Hari ini dah 1 Syaaban 1426, sebulan lagi kita berpuasa. Syukur ALHAMDULILLAH, masih ada lagi hayat kita untuk bersua kembali dengan Ramadhan. Apa keazaman Ramadhan anda pada tahun ni? Moga ianya akan menjadi kita lebih baik dari Ramadhan yang lepas. Tahun 2005 pula sudah tinggal 3 4 bulan sahaja lagi. Cepatnya masa berlalu. Dapatkah dikutip segalanya untuk dibawa ke tahun-tahun seterusnya? Mudah-mudahan...
Jumpa lagi..
0 Comments:
Post a Comment
<< Home