Friday, September 30, 2005

Polis Trafik mencari mangsa

Semalam, aku rasa merupakan hari Polis Trafik mencari mangsa. Apa tidaknya, duit dari kutipan saman (walau sudah diberi diskaun 50%) banyak telah terkumpul. Oleh itu, sebahagiannya digunakan semula sebagai modal untuk memulakan operasi pembenterasan samseng jalanan dan pelanggar-pelanggar undang-undang jalan raya.

Salah satu cara paling senang untuk mereka mendapatkan pendapatan dari saman ini adalah, menyaman kesalahan lampu isyarat. Sekarang ia adalah kesalahan madatori. RM300 kompaun maksimum tanpa bicara. Bawak ke mahkamah pun kalah, bagi sesiapa yang telah melanggar lampu merah ini. Kecuali bagi mereka-mereka yang berani langgar terus tiang lampu isyarat, aku rasa boleh dipertimbangkan lagi.

Usaha ini adalah sungguh murni dan dapat mengekang dan mengurangkan bilangan pemandu-pemandu yang ganas dan bagi mereka berani melanggar kesalahan undang-undang jalan raya. Kat sini aku nak nyatakan 2 kawasan yang menjadi medan operasi Pihak Polis Trafik semalam. Diharapkan ianya diteruskan dari semasa ke semasa hingga tiada lagi pemandu-pemandu degil dan ganas ini.

Kawasan pertama, Lampu Isyarat Simpang 3 Stulang Laut (Berhampiran Hotel Eden)
Simpang 3 Stulang Laut
Kedudukan anggota yang menjadi pengintip. Kadang-kadang berpakaian biasa dan duduk betul-betul di hadapan simpang 3 tersebut.
Kedudukan sepasukan anggota polis trafik membuat sekatan jalan raya bagi laluan dari arah Stulang Laut ke Permas Jaya/Taman Sentosa sahaja.

Kawasan kedua, Lampu Isyarat Simpang 3 Taman Iskandar (Berhampiran Kompleks Sukan Tiara)
Simpang 3 Taman Iskandar
Kedudukan anggota yang menjadi pengintip. Biasanya bersembunyi di dalam Kawasan Tempat Letak Kereta Kompleks Sukan Tiara.
Kedudukan sepasukan anggota polis trafik membuat sekatan jalan raya bagi laluan dari arah Taman Iskandar/Taman Sentosa ke Stulang Laut sahaja.

"MESRA, CEPAT & BETUL"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home