Saturday, October 22, 2005

Ramadhan - Hari ke 18

Lega.. lega.. lega..

Aku dah bayar Zakat Fitrah.. He he he.. takot le nak tunggu gaji. Aku korek duit tabung. Korek tabung sana. Korek tabung sini. Ada. Terus pi bayar. Huuuu... 3 tahun lepas, aku bayar untuk diri aku sahaja. Kemudian, aku bayar untuk diri aku dan diri isteri tercinta. Tahun sudah, campur lagi satu. Tahun ni, dah jadi empat.. Tahun depan? Empat le lagi agaknya.. he he he... (pandang kiri kanan, karang ada orang kejar aku ngan batang penyapu..)

Hari ini juga catatan paling hebat bagi keluarga aku. Baru kali kedua berbuka tanpa dapur berasap. He he he he.. hikmat tabung sakti tu.. har har har.. Pertama kali ari tu, berbuka kat rumah sahabat. Kira cam kawan, sahabat dan saudara lah.. Berjumpa le Irah ngan kawan dan adik kawannya.
Gambar-gambar Irah, Mamat dan rakan-rakanHari ini, pekena menu Moghul. Roti Nan. Power tak power, nampak cam kecik. Nak bantai 2 keping sorang. Tapi bila dah telan, huuu.. sekeping pun dah kenyang. He he he itu le namanya nafsu. Hmmmm.....Pastu, air istimewa hari ini, Rootbeer A&W. Kita orang beli 2 botol dengan rega tak sampai seketul pun. Nak bagi lagi mengancam, kitorang beli aiskrim Walls perisa Vanila. Uwwaaa laaaaahhh... (maap kak engku)

Hidup Biar Sedap..Bak kata Wall's pula, "Hidup Biar Sedap". Hmmm memang sedap. Tapi rasanya mungkin tak macam yang tulen kat A&W, kitaorang main belasah aje. Minum.. minum.. dan minum. Hasilnya, ada orang pengsan kepeningan selama sejam lebih. Nak buat cam ne, pukulan angin menolak dari dalam perut agaknya. Mungkin disebabkan eskrem yang dah agak cair tu. Kira kurang kat sejuk dia kot.

Korang berbuka ape?

Irah..Mamat..
Beberapa keping gambar aksi terkini Irah dan Mamat terdapat dalam Yahoo!Photo aku yang bertajuk, Irah dan Mamat.

Bagi peminat Setem pula, aku memiliki sedikit koleksi setem Malaysia terbaru untuk dikongsi bersama. Klik sini... Buku Setem GoJiRa.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home