Monday, November 14, 2005

Bank.. Bank.. dan Bank..

Pagi tadi, aku pergi ke beberapa bank.

Bank pertama : MAYBANK, Maybank Berhad (Maybank Group)
Urusannya cuma nak mengambil duit dan menyimpan semula ke akaun simpanan lain. Boleh tak terpikir nak buat secara dalam talian (online). Tapi ada bagusnya, leh kemaskinikan buku. Semua buku akaun simpanan semua dikemaskini. Mesin penyimpan tunai rosak. Agaknya disebabkan itulah urusan simpanan ini boleh dilakukan di kaunter. Tapi, kat maybank ni suasana cam meriah, agaknya disebabkan pelanggan tak seramai kakitangan, urusan semuanya laju semacam. Dan mungkin juga disebabkan hari masih pagi.

Bank kedua : RHB BANK, RHB Bank Berhad (RHB Capital Berhad)
Urusannya berkaitan penyimpanan (cek dan tunai), memohon kad ATM dan Perbankkan Internet. Memula urusan menyimpan. Memang kena pakai mesin. Akan tetapi, hanya mesin cek sahaja berfungsi dengan betul. Kena ambil nombor untuk menyimpan tunai. Kemudian, menunggu pula untuk urusan memohon kad ATM. Dekat setengah jam juga menunggu kat dalam bank tu. Selepas selesai, mencuba penggunaan ATM. Semua berfungsi seperti biasa. Antara ATM bank-bank lain, aku rasa RHB punya Skrin ATM nampak canggih dan berteknologi. Nak mohon perbankkan internet pun melalui ATM. Senang, mudah dan selamat. Pelanggan macam tak ramai, kakitangan pun cam biasa. Agak mesra pelanggan. Oh lupa, nak ambil nombor pun kakitangan yang tolong, bukan kena tekan sendiri atau pengawal keselamatan yang melakukannya...
Terima kasih Encik Shazlin...

Bank ketiga : BSN, Bank Simpanan Nasional (Kerajaan Malaysia)
Urusannya berkaitan membeli SSP dan mengambil kad ATM. Nampak seperti tidak ramai pelanggan. Tapi, kaunter yang buka hanya 2. Melahu le sekejap menunggu giliran. Mana pergi agaknya kakitangan lain? Tapi, selalunya kalau aku pergi mana-mana BSN Utama, walau kaunternya ada 10, paling ramai pun, 5 je yang beroperasi. Kenapa le agaknya ek.

Bank terakhir : BIMB, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB Holdings Berhad)
Urusannya hanya berkaitan penyimpanan. Masih menggunakan nombor giliran dan berurusan di kaunter. Agak lambat disebabkan sudah hampir tengahari dan pelanggan agak ramai. Bilangan kaunter yang boleh berurusan niaga adalah lebih dari 4.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home