Tuesday, December 13, 2005

Siapa kata susah...

Semalam aku terbaca berita ini di Bernama.com
http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=170827

Rumit Untuk Hubungkan ICT Di Sarawak, Kata Ketua Menteri

KUCHING, 13 Dis (Bernama) -- Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata agak rumit untuk menghubungkan sekolah-sekolah di negeri ini menerusi kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kerana Sarawak adalah sebuah negeri yang luas dengan penempatan penduduk yang berselerak dan rupa bumi yang bergunung-ganang.

Katanya walaupun jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar berjaya dirapatkan berikutan usaha gigih kerajaan membangunkan ICT tetapi peruntukan besar diperlukan untuk menyediakan sistem rangkaian, terutama penggunaan jalur lebar tanpa wayar di negeri itu.

"Kami berharap semua sekolah di negeri ini dapat dihubungkan dan tugas ini amat berat dipikul oleh kerajaan apabila sesetengah sekolah, khususnya di kawasan luar bandar, belum mendapat bekalan elektrik untuk membolehkan kerja-kerja pemasangan komputer," katanya ketika melancarkan Persidangan Teknologi Maklumat di Asia (Cita 'O5) di sini.

Kira-kira 150 peserta dari 17 negara termasuk Australia, New Zealand, United Kingdom, Jepun, India, Pakistan, Finland dan Austria menghadiri persidangan tiga hari anjuran Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) itu.

Abdul Taib berkata adalah penting untuk menghubungkan semua sekolah melalui kemudahan ICT agar generasi muda dapat mengembangkan ilmu dan bersedia melibatkan diri secara aktif dalam era ilmu pengetahuan ini.

Walaupun tidak sukar untuk mengajak sektor swasta dan agensi kerajaan terlibat dalam pembangunan ICT, beliau berkata kesediaan masyarakat untuk menerima dan menggunakan ICT untuk mempertingkatkan gaya hidup juga penting.

"Adalah menjadi satu keperluan untuk menghargai potensi alat-alat ICT yang boleh membawa kemajuan dan pembangunan. Pada masa yang sama, seseorang harus sentiasa menyedari implikasi mengasimilasi dan mengintegrasikan teknologi dalam kehidupan kita," tambah beliau.

-- BERNAMA


Pada aku tak susah. Menjadi susah bila sesuatu rangkaian hendak dibentuk menggunakan sumber dan peruntukan tersendiri. Maksud aku, pasarana ICT sekolah, tidak boleh dikongsi dengan pasarana ICT yang lain. Contohnya klinik dan rumah sakit, pejabat kerajaan daerah dan mukim, dan sebagainya. Aku bagi contoh, sebuah tempat yang mempunyai sekolah, mesti ada kemudahan lain di tempat (kampung tersebut), seperti balai raya atau seumpamanya. Kalau pasarana ini digabungkan dan disatukan, kos penyediaannya menjadi lagi murah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home