Monday, November 14, 2005

Bank.. Bank.. dan Bank..

Pagi tadi, aku pergi ke beberapa bank.

Bank pertama : MAYBANK, Maybank Berhad (Maybank Group)
Urusannya cuma nak mengambil duit dan menyimpan semula ke akaun simpanan lain. Boleh tak terpikir nak buat secara dalam talian (online). Tapi ada bagusnya, leh kemaskinikan buku. Semua buku akaun simpanan semua dikemaskini. Mesin penyimpan tunai rosak. Agaknya disebabkan itulah urusan simpanan ini boleh dilakukan di kaunter. Tapi, kat maybank ni suasana cam meriah, agaknya disebabkan pelanggan tak seramai kakitangan, urusan semuanya laju semacam. Dan mungkin juga disebabkan hari masih pagi.

Bank kedua : RHB BANK, RHB Bank Berhad (RHB Capital Berhad)
Urusannya berkaitan penyimpanan (cek dan tunai), memohon kad ATM dan Perbankkan Internet. Memula urusan menyimpan. Memang kena pakai mesin. Akan tetapi, hanya mesin cek sahaja berfungsi dengan betul. Kena ambil nombor untuk menyimpan tunai. Kemudian, menunggu pula untuk urusan memohon kad ATM. Dekat setengah jam juga menunggu kat dalam bank tu. Selepas selesai, mencuba penggunaan ATM. Semua berfungsi seperti biasa. Antara ATM bank-bank lain, aku rasa RHB punya Skrin ATM nampak canggih dan berteknologi. Nak mohon perbankkan internet pun melalui ATM. Senang, mudah dan selamat. Pelanggan macam tak ramai, kakitangan pun cam biasa. Agak mesra pelanggan. Oh lupa, nak ambil nombor pun kakitangan yang tolong, bukan kena tekan sendiri atau pengawal keselamatan yang melakukannya...
Terima kasih Encik Shazlin...

Bank ketiga : BSN, Bank Simpanan Nasional (Kerajaan Malaysia)
Urusannya berkaitan membeli SSP dan mengambil kad ATM. Nampak seperti tidak ramai pelanggan. Tapi, kaunter yang buka hanya 2. Melahu le sekejap menunggu giliran. Mana pergi agaknya kakitangan lain? Tapi, selalunya kalau aku pergi mana-mana BSN Utama, walau kaunternya ada 10, paling ramai pun, 5 je yang beroperasi. Kenapa le agaknya ek.

Bank terakhir : BIMB, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB Holdings Berhad)
Urusannya hanya berkaitan penyimpanan. Masih menggunakan nombor giliran dan berurusan di kaunter. Agak lambat disebabkan sudah hampir tengahari dan pelanggan agak ramai. Bilangan kaunter yang boleh berurusan niaga adalah lebih dari 4.

Wednesday, November 09, 2005

Rasuah dan Polis

Klik untuk saiz sebenar....Korang klik kat gambar atas ni, kemudian cetak. Peh tu, lekat le kat memana. Bagi hapal nombor-nombor tu. Nanti senang nak mengadu ape patot. Tapi berkaitan Rasuah dan Polis sahaja tau..

Selamat Bertugas buat abang-abang dan kakak-kakak polis sekalian....



Untuk maklumat-maklumat lain berkaitan PDRM, klik sini www.rmp.gov.my

Wednesday, November 02, 2005

Orang dah cuti, aku masih kerja...

e-Kad Raya Keluarga Gojira..Sebelum tu, aku nak bagi kad raya kat korang. He he he.. korang simpan dan cetak sendiri.. belanjawan raya aku tahun ini membuatkan aku tak berkemampuan untuk mencetak dan mengirim kepada semua sahabat dan saudara mara aku. Mungkin 5 tahun lagi baru boleh agaknya.

Oleh yang demikian, kami sekeluarga :

Gojira, Pure, Irah dan Mamat...
ingin mengucapkan

Selamat Hari Raya Aidul Fitri
Maaf Zahir dan Batin
buat korang semua...


Sebut pasal raya ni, korang dah beli ke belum sebarang keperluan Raya? Ha ha ha.. aku tahun ni, cam terlebih pulak membeli belahnya.. tang baju-bajuan.. rasa-rasanya dah dekat dua puluh tiga puluh ketul dibelanjakan.. tentang barang lain, cam air minuman dekat 5 ketul, daging je dekat 3 kilo.. termasuk daging kotak ngan daging baru.. issshhh.. nasib baik bukan beli untuk rumah sendiri.. hehehe.. Kalau beli untuk rumah sendiri, mesti dekat 4 atau 5 bulan nak habis benda-benda tu..

Duit raya.. hahahaha... macam tak ada pulak peruntukkannya.. walau aku dah sedia dekat dua puluh ketul.. nak dipecah-pecah jadi kerikil-kerikil.. aku harap ia tak terhabis, dan aku boleh habiskan sampai hujung bulan ni.. kalau tak.. makan kerikil la..

Kuih raya.. hahahahaha.. lagi haru.. semalam aku dok memicit tepung untuk menjadikan dia bentuk siput.. tapi yang jadi bentuk cengkerang yang banyak.. cuma cengkerang shell je yang tak terjadi.. hahahahaha.. dari jam 10 malam sampai 6 pagi untuk menghabiskan sekilo tepung... tahun depan.. aku nak BAN kuih siput dalam senarai kuih raya buatan sendiri... Lelain, kerepek Felda Bukit Permai mesti ada.. tahun ni tak buek hebahan disebabkan masalah dalaman... kalau tak dekat 20 kilo mesti ada orang tempah.. malas.. malas.. malas...

Dan seperti aku jangkakan.. kancil aku masih aku tak selenggarakan.. uwaaa.. ko jangan buat hal la ya RAM.. kelmarin, ko demam pasal air bateri ko kering pun aku tak mampu nak belikan panadol.. tolong la ya.. ko sihat sampai tahun depan yaa... boleh ya... boleh ek RAM..

Lelain.. balik cuti raya.. ada 5 hari.. dari kota tinggi ke masjid tanah.. nak kena pusing.. dan dengar kata mungkin akan ke batu pahat .. muar lum tentu.. waaa.. lari lariiiii sungguh perancangan kewangan nanti... tol.. minyak.. tol.. minyak... tol.. minyak.. tol.. minyak....

aduih.. kena henti kat sini.. kalau tak, bakal meletup kepala ni.. nanti naik dari bercuti raya aku jengah semula.. korang tu.. beraya nanti, jangan lupa aku.. makan je kuih.. ingat aku tau.. lebih-lebih lagi kuih TART.. kalau kuih siput.. tak payah..

AKU TAK SUKA KUIH SIPUTTTTTTTTTTTTTTTTT...
nak buat, 5 minit sebijik, makan tak sampai 0.5 saat... uwaaaaaaaaaa