Tuesday, May 31, 2005

Motorku rosak lagi...

He he he... kesian si qiddas.. walaupun kaki kebas-kebas, terpaksa gak dia berusaha bersungguh-sungguh menolak aku dan motorku sampai ke bengkel motor.. qiddas.. " sesungguhnya, lubang hidungmu, tetap menjadi pojaan hatiku.."

Sebenarnya, cerita ini bermula bergini,
Tengahari tu aku balik rumah, lepas makan tengahari aku terus balik semula ke tempat kerja. Sebaik sahaja aku melewati pintu gerbang, tiba-tiba, motor kesayangan aku tu tersedak-sedak. Aku terus teringat suatu peristiwa lama dahulu, hampir dekat 8 ketul jugak terbang.. Ohh tidak.. ohh jangan.. Tapi peliknya, kali ini enjinnya tidak mati. Cuma, hampir mati bila aku cuba menarik minyaknya. Oh sudah....

Petangnya tu, si qiddas le yang dok tlong aku menolak motor tu. Walaupun dia ada hal penting lain, tapi dia sudi nak tolong aku. Tu yang buat nak nangis tu.. uhukk uhukk... Dan aku plak, dekat tujuh posen gak le terbang pasal kena ganti koil api.. uhukk uhuukkk..


.. Sekian !!

Monday, May 30, 2005

Gemukkah aku?

Masa aku nak pergi ke tempat kerja, aku berselisihlah dengan satu makcik ni. Dia memang kenal aku. Dan dulu satu tempat kerja aku.

"Ko ni makin gemuk. Makcik sampai tak cam muka," kata makcik tu selamba.

Aku senyum je.

"Mana ada makcik," aku balas balik.

"Betul ke aku gemuk ni?" hatiku pula berdetik.

Uwwaaaaaaaaaaaaaaaa mana ada aku gemuk... mana ada...

Sunday, May 29, 2005

Rancangan berjaya..

Pepagi bangun tak macam biasa. Tidak bersarapan terus memulakan kerja-kerja memperbaiki atap rumah. Pada mulanya, dengan beberapa kekurangan dan kesilapan, seperti salah ukuran barangan yang dibeli, aku dengan seorang pak sedara aku (dialah yang bekerja kuat, aku hanya pembantu sahaja) dapat menghabiskan kerja-kerja itu sebelum matahari betul2 tegak di atas kepala.. kira berbaloilah gak berbelanja barangan atap tu dekat 2 ketul.

Makan tengahari hari ini disediakan oleh orang rumah. Menunya, Nasi Lemak Sambal Berbelacan. Hmmm... Kira boleh la. Cuma yang kurang hanyalah timun. Timun tak ada. Lain-lain seperti rasa dan kesedapannya, memang macam nasi lemak. Bila lah lagi nak puji orang rumah iye tak?

Aku rasa, aman sikit hari ini disebabkan hari cuti dan petang tadi hujan turun. Sejuk. Ada gak rakan datang menziarah kat rumah hari ini. Berempat beranak datang. Aku pulak, lagi seminggu dua akan jadi berempat beranak plak.. korang??

PENG-U.NET

Sila klik sini.... peng-u.net

Huu... bestnya.. akhirnya aku dapat hidupkan satu domain selepas ianya memiliki ruangan di hosting ini. Sebenarnya, aku pun tak tau, cam ne aku boleh terberkenalan ngan dak apis ni. Tapi, dia lah tokey. Dia lah yang meminta bayaran untuk ruangan yang aku ada kini. Kadar sewaan setahunnya, aku rasa agak murah gak. Kalau korang tak caya. Pergilah situ. Dan perkhidmatannya, sangat pantas. Itu yang aku suka.

Jam sudah pukul 2 pagi. Nampaknya aku makin suka tidur lambat. Esok mungkin kena selesaikan pasal atap rumah ni. Kalau tidak nanti, haru-biru...

Saturday, May 28, 2005

Lalai

lengah, asyik, lupa, leka, khayal, berangan, mimpi, tidur, lena, cuai, alpa, lepa, abai, termenung, bingung

... ikhsan dari Halaman Dewan Bahasa dan Pustaka

Salah satu sifat buruk yang aku ada. Makin menjadi-jadi. Makin meluak-luak. Makin berulang-ulang. Tapi aku macam semakin menyukainya. Ape nak jadi ni? Susah betul nak hilang atau padam sifat ni. Kadang-kadang disebabkan aku tekun akan sesuatu. Aku terlupa akan sesuatu. Dan paling heran pulak, tang makan aku tak pernah lalai. Mungkin disebabkan aku selalu bawak perut ke mana-mana gamaknya.

Pagi, aku dok beli barang-barang untuk kerja-kerja menukar atap rumah. Dekat 2 ketul gak langsai. Hmmm memang mahal barang sekarang ni. Nasib barang terpakai. Kalau barang baru, mau dekat 5 6 ketul gak habis ni. Mungkin kerja-kerja tu akan dilakukan esok secara gotong-royong. Dah lama aku tak buat kerja-kerja ni. Ada lagi ke sifat gotong-royong ni dalam masyarakat kita?

Tengahari masuk kije. Mulakan aksi-aksi menyapu sehingga 2 jam pertama. Kemudian, buat aktiviti bebas. Huuu.. bila lah nak naik gaji ni. Semalam baru je pulang borang soal-selidik tentang pencapaian pekerja. Hehehehe.. banyak yang tak puas hati. Nasib ko la labu. Di sana dah macam mengucapkan selamat tinggal untuk selamanya. Di sini ikutkan sahaja lah....

Friday, May 27, 2005

Melayu.com

w w w . m e l a y u . c o m

Lama bebeno aku tak gikos kat laman web ni. Dan dah lama gak
geng2 kat situ tak membuat xtbt yang mega dan menawan kalbu.
Apa dah jadi? Dengar kabo pencapaian laman tu makin kurang
memberangsangkan... arrrgggghhhhhhhhhhhhh tak boleh jadi ni.
Aku kena buat sesuatu... tapi cam ne?

"Guly... Pojie... Abe... Selemann.. mesej akuuuu..." memekik
dengan gaya memecah keheningan malam tahap ke nam blas...

Fuuuu... ari ini aku dapat upah.. upah buat satu kerja luar.
Kira cam kije sampingan. Dapat le jugak 2 3 ketul. Boleh la
aku menabung dan menukar atap rumah yang dah berlubang2 tu.
Karang, makin bising plak tuan rumah. Pandai duduk je kat
rumah tu. Atap berlubang pun tak berganti-ganti.

Anak aku hari ni, cam kurang kerenahnya yang tak sopan. Tapi
masih di tahap aktif lagi. Masih mampu gelak2. Dan paling
kesian, maknya hari ini buat sesuatu yang macam menakutkan
dia. Disuluhnya muka aku dengan lampu suluh kecik aku. Huuaaa
Menangis dengan gamaknya dia. Cememeh abis. Apsal tah ngan
muka aku ni. Memang tak leh kena cahaya kot. Lagi elok
gelap dari cerah... agaknya kot..

Tang kerja. Hahahahaha.. hari ni, jauh sikit aku menyapu.
Ada le dua tiga tempat yang tak selalu aku gi menyapu situ,
aku pi ari ni. Mak aik. Cam nak runtuh lantai dia kat
situ. Kira bergoyang-goyang gak badan masa menyapu kat situ.
Tapi paling hebat, ada gak manusia yang nak kerja kat
kawasan tu. Hebat sungguh. Bukan aku la. Orang yang buat
sampah kat situ le.. Apa raaaa...

Thursday, May 26, 2005

The Qiddas

http://www.theqiddas.com/sourmilk/

Nak je aku jitat budak ni. Tapi tak leh. Nasib baik hensem.
Har har har har... pujian tak ikhlas ni diq.. Ape-ape pun, pasal
dia le aku kena tanam minat nak ber-blog ni. Bukan ape saje je
nak melepaskan perasaan selepas seharian menyapu nyapu kat
tempat kerja ni. Karang kalau tak lepas ada le yang kena
penyapu gamaknya.

Orang rumah aku dah hantar kad jawapan menerima tawaran kursus
untuk melanjutkan pelajaran tu. Hmmm RM1.4k gak kena ada untuk
pendaftaran. Setiap semester kemudian, kena bayar RM1k plak.
Kenalah jimat.. kenalah menabung.. kenalah ikat perot..

Anak aku plak.. makin pandai.. makin keletah.. dan dah makin suka
mengacah serta buat gimik.. yang kesiannya, dia selalu kena ngan
aku balik. Dan tak eloknya, selalu gak suka menjatuhkan diri apa
bila tersilap panjat dan tersadung. Melalak le kerjanya.

Kerja... arrggghhhhh malas nak cite.. batang penyapu pun tak nak
ganti.. jangan cite pasal benda lain. Wat sakit hati iyo...

Memang mengantuk...

Ape yang aku cari, tak dapat..
Ape yang aku nak, tak jumpa..
Ape yang aku ingin, tak nampak bayang..

Isshh.. sambung esok je lah..

Wednesday, May 25, 2005

Suatu Permulaan..

Tu dia.. Cam ne nak mula? Aku pun tak tau. Daftar dengan tuan tanah dah lama. Tapi tak pernah nak buat rumah atau bertapak di sini. Hari ini mungkin aku terpaksa bertapak juga. Kenapa? Ntah...

Cerita menarik hari ini, aku masih kaku.. kaku dalam kenyataan.. kaku dalam kehidupan.. kaku dalam pergerakkan.. Kenapa? Ntah...

Orang rumah aku dapat surat tawaran untuk sambung belajar hari ini. Kursus peringkat Sarjana.. Wahhh.. aku apa ada? Sijil lapuk aje.. bila nak naik-taraf agaknya? Tak dapat naik-taraf sijil tak pe, janji aku dapat naik-taraf kehidupan ni.. tapi aku rasa.. susah bebeno nak naik-taraf ni. Issshhhhhh...

Tang kerja plak.. lagi la iisssshhhhh... semua nak murah, semua nak potong, tapi kena lah pikir dari A sampai Z. Kalau tang mula je murah, tang masa depan pun kena tengok gak. Ni semua penangan dari 'Open Source' Era sekarang. Si Bodoh.. makin bodoh.. Si Macam Pandai.. lagi le naik tocang nak tunjuk pandai.. Ntah lah...