48 Tahun Malaysia Merdeka
Sekian, jumpa lagi...
.. suatu kehidupan tukang sapu sampah

Yahuuu.. esok aku cuti. Esok cuti pertama aku ambil sebagai Cuti Tahunan. Jika tidak, walau dah setahun aku kerja kat sini, aku hanya boleh ambil Cuti Sakit, Cuti Gantian atau Cuti Tanpa Gaji sahaja. Ada satu bulan tu, aku kena tolak gaji dekat 50 ketul pasal cuti lama. Huuu.. nasib...Sabtu 27 Ogos 2005 bersamaan 22 Rejab 1426 nih, Planet Marikh akan berada dekat dengan Bumi.. Be sure tengok langit pada jam 0030 am pada 27 Ogos !! Nampak Bumi macam ada dua bulan..!! Fenomena ni akan jadi sekali lagi pada tahun 2287... Share this with your friends as no one alive today will ever see it again !! Kalau bernasib baik nampak laaAda sesiapa yang berjaya nampak benda ni? Atau ramai yang dok lena bersama-sama mimpi-mimpi yang indah? Kalau ada sesiapa yang berjaya, boleh le kongsi dengan aku. Hantar le cerita tu kat aku. Pakai surel ke? Pakai SMS ke? Jangan pakai kod morse dah le.. hehehehe
Tong Sampah. Kerjanya hanya menanti untuk diisi dengan sampah. Setelah penuh, pastinya dia tidak sabar untuk dikosongkan pula. Setiap hari, pelbagai jenis sampah dibuang ke dalamnya. Pelbagai rupa, pelbagai warna. Tapi yang pasti, baunya sahaja yang tidak mengenakkan jiwa.
Lihatlah manusia. Sekiranya kadar pembuangan sampah sehari sentiasa berkali dan berganda, tidak akan ada tanah lapang menghijau. Semuanya sampah-sarap belaka. Luas mata memandang. Beban hendak digalas pada siapa? Sampai bila?Surel dari : Cik Lela, Seorang Pegawai di Pusat Perniagaan Syarikat
Perkara : Sayang
Tarikh : 23 Ogos 2005, 13:07Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar, di atas katil...... sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur. Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan ghairah pada malam itu....
Si isteri bersuara, "Dulu-dulu tu.... abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido." Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, pas tu mula mengantuk semula.
Beberapa ketika pas tu, si isteri bersuara lagi, "Kemudian tu....abang selalu cium saya." Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri. Pas tu sambung tido balik.
Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi, "Kemudian tu.... abang selalu gigit-gigit leher saya......." Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil tu.
Si isteri bertanya, "Abang nak gi maner tu?" Dengan marah suaminya menjawab, "Nak gi amik gigi lah ..."
Beginilah biasanya keadaan Mamat dan Irah bila berada pada waktu rehat. Masing-masing dengan acara tersendiri. Akan tetapi, sekiranya si akak telah kembali aktif, perkara pertama yang akan menjadi sasaran adalah si adiknya. Mulanya dengan aksi mencium si adik, seperti tanda sayang. Kemudiannya si adik mungkin akan ditarik-tarik. Melihat adiknya yang menguit-nguit dengan tangan kecil itu, ia membuatkan si akak ghairah untuk mengusik si adik. Senyum dan helai tawa dari si akak menandakan dia puas setelah adiknya dikerjakan.
Akan tetapi apabila keadaan menjadi agak genting, suatu tindakan pantas harus diambil. Perkara mudah untuk menghalang si akak menjadi aktif, dia perlu dibedung. Dan bagi berlaku adil setelah akak dikenakan hukuman, si adik juga harus dibedung sekali.
Betapa sukanya dia bila diberi peluang untuk memegang stereng. Aku ingat, dia jenis penakut untuk menaiki benda tu. Tetapi, rupa-rupanya benda cam tu le paling dia suka...
Habis tiga kupang dia balun untuk menaiki benda tu. Aku bukan ape, segan gak ngan orang keliling. Karang, kalau tak letak duit, kena turun plak Si Irah tu. Nak tak nak, letak le duit. Kasi bergerak sikit. Tapi, tak kan nak letak sampai dia mau turun. Alamat, tutup kedai pun lom tentu dia nak turun.
Akhirnya, aku angkat je Si Irah tu dari benda tu. Meraung gak dia memula. Isshhhh.. Satu pasaraya dengar dia menangis. Tapi yang bagusnya.. kejap je... Bebudak ni.. kadang-kadang pandai auta..
Dekat jam 10 pagi, hadirin tidak sabar-sabar
Akhirnya, semua ahli rombongan
Pengantin perempuan diminta kebenaran untuk
Pengantin lelaki menerima nikah dari
Pengantin lelaki membaca Akad Lafaz Taklik..
Dulu sorang...
.. sekarang dah berdua.
Akhirnya aku kalah dengan pukulan teknologi terkini. Rembat le satu Nokia 3210. Bayar bulan-bulan. Dua belas purnama juga baru habis hutang beli telefon tu. Aku pakai telefon ni lagi lama dari telefon sebelumnya. Dari bujang, sehingga aku beristeri. Telefon ini gak aku gunakan semasa zaman bermadu kasih dengan tunangku. Hanya memakai talian prabayar sahaja. Takot lagi untuk menjadi pengguna telefon berdaftar. Talian pilihan adalah 019, CELCOM. Masa ni belum menjadi anak syarikat TM lagi. Tapi yang pasti, "Alah membeli, Menang memakai". Itulah peribahasa yang boleh aku bagi kat CELCOM ni. Walaupun bayaran perkhidmatannya agak mahal dari yang lain, tapi kepuasan menikmati perkhidmatan yang disediakan tetap ada. Sampai hujung tanjung pun kadang-kadang ada liputan.
Sekarang ni, orang rumah aku memakai telefon yang dibelinya sendiri. Nokia 3310. Aku rasa dibelinya semasa masih bertugas di Pulau Pinang sewaktu bujang. Sehingga kini, telefon itu tidak mendatangkan sebarang masalah kecuali baterinya sudah hampir 4 kali bertukar. Sama ada masalah bateri ini ada kaitan dengan pengecasnya atau telefon itu sendiri. Dari pengalaman aku yang agak lama dalam hal menggunakan telefon bimbit ini, aku boleh katakan, jangka hayat sesebuah bateri telefon adalah dalam lingkungan 2 tahun.
Bagi aku pula, sekarang aku hanya menggunakan telefon bimbit kepunyaan syarikat. Nokia 3530. Talian pula turut bertukar. Aku sekarang menggunakan talian 016 oleh DiGi. Penggunaan telefon ini agak terhad. Walaupun syarikat membayar bilnya, akan tetapi sekiranya panggilan dibuat melebihi had tertentu, aku pula terpaksa membayar lebihannya itu. Hampir 90% perkhidmatan yang selalu aku gunakan adalah SMS. Aku pun pelik, mengapa aku lebih suka menggunakan SMS ini. Pada hal, perkhidmatan SMS ini agak mahal sebenarnya berbanding membuat panggilan biasa.
Sebenarnya, aku memang jenis tak suka nak pakai telefon bimbit ni. Pasal aku ni memang jenis yang tak mampu dan ianya bukan benda keperluan aku. Aku memula pakai telefon bimbit ni masa aku kerja kat Ulu Keramat. Masa tu, tahun 1996. Pakai kerana faktor kerja. Nokia 2140. Aku tak beli, syarikat kasi pakai. Senang nak cari aku kalau aku hilang. he he he. Ada gak rakan sepejabat yang dengki. Baru masuk, dah dapat jenis ni, dia punya jenis batu bata pulak tu. Mana tak dengki gile.
Kemudian, aku berhenti kerja. Pulang ke Johor. Bekerja dengan keluarga sahabat. Ada duit sikit, cekau le satu Nokia. Jenis pujaan masa itu. Nokia 2110. Satu yang baiknya Nokia ni, senang nak guna. Dan rasa selesa. Dalam 40 ketul gak masa tu harga dia. Nasib baik ada orang dalam. Talian masih guna 017. Kenapa aku pakai 017? Kerana aku tau, perkhidmatannya masih murah berbanding talian lain. Keburukkannya, kalau aku balik kampung, telefon tu aku simpan dalam beg sahaja. Kalau seseorang menghubungi aku semasa itu, dia akan disambungkan terus ke telefon rumah kampung. Salah satu kemudahan murah yang 017 bagi. Zaman awal ADAM bertukar kepada TimeCel, kadarnya masih murah lagi. Paling aku tak tahan, masa tu ada sorang makcik marah-marah aku. Kenapa aku tak nak cakap dengan dia tapi letakkan telefon aku kat radio. Pada hal, dia dengar lagu kat Peti Pesanan Suara aku. Bak kata Arwah Abah aku, kalau dengar ada lagu je masa telefon aku, baik letak, nanti tak pasal-pasal kena bayar lebih.