Sunday, July 31, 2005

Pria Terhebat

Iklan kejap...

Geng LONGKANGMAN, pria bowling terhebat

p/s Pria maknanya lelaki. Bukan Paria, dan bukan buah peria yang sedap digoreng tu.

Minyak naik lagi...

Hari ini harga minyak naik lagi. Petrol naik lagi seposen. Banyak-banyak hasil minyak, minyak petrol berplumbum inilah yang selalu aku guna. Alasan yang diorang guna, sama. Pendekatan yang diorang guna, masih sama. Langkah-langkah susulan, pun sama. Paling aku rasa kurang senang adalah, KERJA LEMBAB dari mereka-mereka ini. Kenapa lembab? Kerana ianya memerlukan belanjawan untuk membuat sesuatu langkah. Kenapa kena ada belanjawan? Kerana langkah-langkah tersebut masih baru dan tiada sesiapa yang pakar dan arif, pakar yang ada harus dibayar khidmat mereka.

Sila pergi ke EPU untuk mengetahui penjelasan lanjut berkenaan kenaikan harga minyak ini. http://www.epu.jpm.my

Tinggalkan kes ini terlebih dahulu. Lain kali aku kupas berkaitan penjelasan EPU ini. Rasa sakit hati je bila baca penjelasan mereka itu.


Lagi sakit hati, bila hari-hari tengok projek perumahan untuk rakyat (golongan berpendapatan rendah dan miskin), macam siput. Dah nak dekat setahun. Tiang rumah sahaja yang nampak. Masa perasmian, kompang keliling kampung. Bila tiba masa perlaksanaan, siput pun boleh menang. Bila kita menyebut, keluarlah kata-kata yang kita ni penyokong pembangkang, kita anti-kerajaan atau kita suka mengganggu urusan mereka. Bayangkanlah, masa yang diorang ambil itu menyebabkan kenaikan harga kos tertentu, kos buruh dan kos penyelenggaraan. Mula-mula masa projek hendak dicadangkan. Kata belanjawan telah ada. Bila kertas-kerja dan sebutharga dikeluarkan, semua cantik. Harga pun boleh 'ngam-ngam' dengan belanjawan. Atau, buat kertas-kerja dan menentukan harga sesuatu projek. Bila dah tahu harga projek, dapatkan belanjawan. Atau dapatkan sebutharga terlebih dahulu, baru dapatkan belanjawan.

Bila masuk tahap memulakan projek, awal-awal lagi pening kepala, mana nak cari kontraktor yang boleh buat kerja. Bagi ketua projek, mereka pening kepala sebab nak cari kontaktor yang mana boleh bagi mereka 'untung sikit'. Kadang-kadang lagi heran, projek dah bertukar 2 3 kontraktor yang berlainan. Alasannya kontraktor tak buat kerja dan lari (lari dengan duit biasanya). Lama-lama, duit belajawan semakin kering. Dan dengar kata, projek tertangguh disebabkan kontraktor lari dan belanjawan lari. Terpaksa tunggu dan pohon belanjawan baru. Mungkinkah ada projek2 rakyat yang sebegini? Atau lagi teruk? Siapa yang merana? Kerajaan atau rakyat (mungkin kedua-duanya). Siapa yang untung? Mereka yang tidak AMANAH.

Saturday, July 30, 2005

Belajar Lagi...

Sebenarnya, kita diseru untuk belajar setiap hari dan setiap masa. Belajar sentiasa. Belajar di mana-mana. Betul ke? Ke memang betul?

Budak-budak memang cepat belajar. Cepat tangkap. Pandai aje mereka mengikut sesuatu perbuatan yang kita lakukan di hadapan mereka. Kadang-kadang kita tidak sedar mereka memerhati kite. Dan akhirnya, mereka meniru aksi kite. Sikap ingin tahu yang tinggi membuatkan diri mereka tidak lekang untuk mencuba sesuatu. Jika belum berjaya, pelbagai cara dilakukan bagi mencubanya. Dan mereka juga kerap melakukan perkara yang mereka telah berjaya melakukannya berulang-ulang. Walau kita tegah, mereka masih ingin untuk melakukannya.

Kadang-kadang geram. Kadang-kadang kelakar. Kadang-kadang marah. Kadang-kadang suka. Mungkin ilmuku berkaitan anak belum mendalam. Masih cetek. Masih dengkil. Masih nipis. Kesabaran pun kadang-kadang boleh diketepikan. Walaupun ianya seperti penawar dan pendinding, tetapi kerap diabaikan. Kadang-kadang kita berilmu, tapi tewas dengan nafsu. Inilah barah rohani. Akal tanpa ilmu amat mudah untuk tertewas, seperti bersampan hanya berdayung. Akal dengan ilmu, bagaikan bersampan dan berdayung dengan berteman. Dan akal yang berilmu dan beriman, bagaikan Saudagar yang menaiki Bahtera peribadinya. Mudah bukan?

Seperti mesej yang sahabat aku kirimkan ini :
Ilmu adalah penting: ia penyuluh hidup kita, sebagai panduan untuk kita hidup di dunia ini. Ilmu dapat memberitahu kita mana yang Haq dan mana yang Batil supaya kita dapat berjalan lurus dan tak tersasar ke kanan atau ke kiri. ~ fauzanarj

Berkaitan dengan penulisan jawi pula, aku boleh katakan. Aku bukan pelopor. Aku hanya menimbulkan minat aku sendiri. Tetiba aku rasa iri hati. Kenapa orang Cina boleh menulis tulisan Cina dengan mudah. Kenapa banyak aplikasi yang memudahkan mereka menulis tulisan Cina. Dan banyak juga laman-laman web yang berbahasa Cina. Bahasa mereka bermacam2, ada Mandarin, ada Kantonis. Gaya tulisan pun bermacam-macam. Tapi amat senang mereka menulisnya. Aku rasalah :) . Kita ni, hanya ada bahasa Melayu. Dan ada tulisan Jawi, walau ianya diambil dari tulisan Arab. Tapi, sesungguhnya Bangsa Melayu ini bertulisan hanya selepas kedatangan Pak-pak Arab. Dan, untuk pengetahuan korang, aku pernah diberitahu, orang jawa memiliki tulisan sendiri. Tulisan Jawa Kuno. Sekarang ni pun aku rasa, ramai Jawa yang tak pernah nampak atau tahu tentang tulisan itu.

Sebenarnya, ramai lagi pecinta Jawi yang ada di Alam Siber ini. Contoh yang aku boleh paparkan untuk tatapan korang adalah dari Honeybiru ini.

سمالم إِيدا باوا اکو ماکن دفيزّا هوت سمفنا هاري جادي اکو يع ک25. مولا-مولا دي اجاک اکو ماکن دريستوران بياس تافي اکو تأ نق. "اکو نق فيزّا هوت! اکو نق فِزّا هوت! اکو نق فيزّا هوت جوگاق!" اکو جريت قوات-قوات.
http://www.honeybiru.org


Walaupun cara penulisannya berbeza dengan aku, akan tetapi dia juga merupakan pecinta Jawi. Cara aku menulis dan memaparkan kepada umum, agak payah sedikit. Aku menulis dengan Ms Word. Kemudian aku 'Print Screen'. Aku 'paste' ke dalam aplikasi grafik. Jadikan ia dalam bentuk gambar dan simpan sebagai JPEG Fail.

Kemudian aku letak fail itu kat laman Photobucket.com yang menyediakan perkhidmatan mencapai gambar-gambar tersebut secara percuma. Akhirnya ia terpapar dari mana-mana laman selepas aku salin alamat URL fail tulisan jawi tersebut. Cara aku ni, kadang-kadang menyusahkan. Susah untuk aku menyalin kemana-mana dan saiz failnya amat besar.

Friday, July 29, 2005

Belajar Menggunakan Aplikasi Menulis Jawi Di Komputer

Hari ini aku diberitahu, ada juga kengkawan aku berminat untuk belajar menulis jawi dengan menggunakan komputer. Aku cuba untuk menolong mereka dalam hal ini. Sesiapa yang ingin mencuba, agar dapat membaca langkah2 seterusnya di bawah ini :

1. Memula, korang kenalah mendapatkan terlebih dahulu satu aplikasi ini. Ia dipanggil Multikey. Bagi memudahkan korang untuk memuatturun Multikey yang aku gunakan sekarang, aku ada letak di sini :
http://www.kelabselatan.com/penyimpan/jmsetup22.zip
Harap maaf dan bersabar hendaknya.
Kadar muatturun fail ini agak perlahan disebabkan aku guna pelayan cap SIPUT. Korang juga boleh mencuba beberapa tempat lain seperti yang dicadangkan oleh Penyembang MDC di Sembang2 ini. Tapi aku tak pasti, aplikasi Multikey itu sama jenisnya dengan yang digunakan oleh aku ini.

2. Selepas fail JMSETUP22.ZIP telah termuat dalam komputer korang, dengan menggunakan aplikasi Pemadat Fail, mengenyah padatkan fail JMSETUP22.EXE dan letak di mana-mana lokasi sementara di dalam cakera keras (C:\). Aplikasi Pemadat Fail yang agak popular adalah seperti WinZip, UltimateZip atau WinRAR. Dengan menggunakan Bahasa Inggeris, ia dikatakan sebagai 'uncompress process' atau 'unzip process'.

3. Kemudian, klik fail JMSETUP22.EXE itu menghidupkannya dan memulakan proses untuk menyediakan ('install') aplikasi Multikey ini di dalam komputer korang. Aplikasi Pemadat Fail terkini sebenarnya sudah membolehkan korang menghidupkan fail tersebut tanpa melakukan proses pengenyah padat.

Multikey.exe4. Selepas aplikasi Multikey ini tersedia, korang boleh nampak rupa ikon sebegini di 'Desktop' Komputer korang.

Bagi kebanyakkan Pengguna Windows XP, biasanya ikon tersebut boleh juga didapati di 'Taskbar'.

5. Bagi memulakan penulisan jawi ini, aplikasi Multikey ini harus diaktifkan terlebih dahulu. Caranya, dengan klik pada ikon Multikey tersebut. Sekali pada ikon di 'Taskbar' dan dua kali pada ikon di 'Desktop'.

Bagi mengetahui adakah aplikasi Multikey ini sudah diaktifkan atau belum, satu ikon 'Mode' Multikey akan muncul di dalam kotak jam di sebelah kanan 'Taskbar' seperti ini. Ianya bermaksud, aplikasi Multikey telah aktif, tetapi masih di dalam 'Mode' Normal. Iaitu 'Mode Latin', menulis secara normal dari kiri ke kanan. Bagi mengaktifkan 'Mode Jawi, menulis dari kanan ke kiri, sila tekan serentak kekunci 'CTRL' + 'ALT' + 'H'. Ikon 'Mode Jawi' akan bertukar seperti ini. Dan sekiranya ingin kembali ke 'Mode Latin', sila tekan serentak kekunci 'CTRL' + 'ALT' + 'X'.

6. Akhir sekali, memulakan penulisan jawi ini dengan menggunakan Microsoft Word. Versi paling lama dicuba adalah dengan menggunakan Ms Word 95. Pastikan selepas membuka lembaran fail baru dari Word ini atau sebelum mula menulis, 'Mode Jawi' hendaklah diaktifkan terlebih dahulu dan memilih Huruf Jawi. Huruf Jawi telah disediakan di dalam komputer korang semasa korang memuatkan aplikasi Multikey tadi. Walaupun korang memilih Huruf Jawi, tetapi andainya 'Mode Jawi' tidak aktif, korang akan dapat melihat perbezaan kaedah penulisannya berbanding bila 'Mode Jawi' teraktif.

Huruf Jawi

SELAMAT MENCUBA!!

Thursday, July 28, 2005

Surarumah Tangga

Korang pernah dengar tak tentang jawatan ini? Surarumah Tangga. Pernah tak ada kekosong jawatan ini di mana-mana? Korang berminat tak untuk memohon? Kelayakan yang biasa dinyatakan adalah seperti berikut :
1. mestilah seorang suami dan lelaki.
2. mesti mempunyai anak, anak yang ramai diberi keutamaan.
3. mesti memiliki isteri yang disayangi,
yang lebih dari satu isteri tidak layak memohon.

Kerjanya tidak susah mana pun. Kesukaran sememangnya ada di mana-mana. Banyak jugak rintangan, cabaran dan dugaan. Akan tetapi, semangat waja yang kental dan kesabaran, itulah perkara yang utama perlu ada pada diri. Bagi memastikan semuanya berjaya, kemahiran, kecekalan dan minat, perlu digalakan dan ditingkatkan. Sabar dengan kerenah anak-anak yang semakin nakal. Bersabar juga akan kehidupan ini yang penuh dengan cobaan dan dugaan.

Tertangkap semasa bersalah...Tengok je lah gambar Irah tu. Ada je perkara yang akan dilakukannya setiap masa. Bebudak macam ni, diorang masih belum ada sesuatu aktiviti yang sama seharian. Bukan pasal cepat bosan. Tapi hari-hari diorang nak buat perkara yang baru. Memerhati sahaja akan tindak-tanduk dan perbuatan kita. Meniru dan mencuba adalah cara mereka. Dan pada pendapat aku, kalau nak jadi ibu bapa pintar kepada anak-anak pintar, kita harus satu langkah di hadapan mereka. Salah satunya, menyediakan aktiviti yang berlainan setiap masa. Kita yang kena fikirkan untuk diorang. Terfikirkah kita? Upayakah kita?

Yakin boleh. Kita boleh.

Pakaian Baru hadiah dari Mak Lang..Waktu pagi, waktu untuk mengemas ruang tidur, memandikan anak-anak, menyediakan sarapan dan bersarapan seisi keluarga. Selepas itu, bermulalah aktiviti melayan karenah anak-anak sambil menyambung membuat kerja-kerja rumah lain seperti membasuh, menyidai dan melipat pakaian, menyapu sampah dan mengemas rumah. Dengan adanya anak-anak, kita terpaksa mengambil masa agak lama untuk mengemas. Dengan adanya mereka, benda-benda yang boleh dicapai oleh tangan mereka, perlu diminimakan seminima mungkin. Segala ceruk dan sudut rumah terpaksa diperhatikan bagi menjamin keselamatan mereka untuk bermain. Keadaan sesuatu rumah dan isinya adalah setara dengan peringkat umur anak-anak itu.

Apabila menjelang tengahari, penyediaan makan tengahari harus dilakukan. Cepat dan ringkas itulah diamalkan. Akan tetapi, aspek paling penting adalah, diet seimbang. Kesedapan masakan pula merupakan faktor tambahan dan bonus. Biasanya, bahan mentah untuk masakan dan keperluan dapur harus dibeli seawal mungkin sebelum tiba masa untuk digunakan. Jika tidak, hasilnya pasti haru biru atau tidak cukup sifat. Ikan, daging dan sayur-sayuran seharusnya dibeli dalam keadaan segar dan perlu dimasak dalam masa seminggu. Sesungguhnya, disebabkan kesibukan dan masa yang singkat, kesukaran untuk mendapatkan bahan yang segar amat dirasakan masa kini.

Mamat 42 hari..Selepas makan tengahari, anak-anak perlu diberikan rehat seketika. Kita juga harus berehat. Ini bagi mengekalkan tenaga untuk aktiviti pada sebelah petang. Bermain merupakan aktiviti paling digemari oleh anak-anak. Biasanya pada waktu petang, mereka suka untuk bermain di luar rumah. Mereka gemar berlari-lari dan mengejar kanak-kanak lain di halaman rumah. Sebelum matahari hilang dari pandangan, anak-anak harus mandi dan makan. Aktiviti malam mereka biasanya berlawanan dengan aktiviti siang mereka. Jika mereka aktif dan banyak bermain di siang hari, malam membuatkan mereka penat dan tidur awal. Kita juga akan keletihan dan turut tertidur dengan mereka.

Waktu tidur kanak-kanak bolehlah dicadangkan seperti berikut :
Jumlah jam tidur mengikut umur
Jadual ini diambil dari Laman Kesihatan. Laman tersebut juga ada menyatakan isu berkaitan tidur untuk anak-anak kita ini dengan lebih mendalam.

IKLAN

Semua mesin ATM di seluruh negara akan dibekukan buat sementara waktu berkuatkuasa serta-merta, ini semua disebabkan oleh bapa kepada Nombor PIN iaitu Ayah Pin telah melarikan diri.


Sekian, jumpa lagi.

Tuesday, July 26, 2005

Menulis



Nota :
Ada sesuatu yang menarik di sini :
PERTANDINGAN MENULIS ESEI.

Tuesday, July 19, 2005

Cara-cara memadam mesej di GMail.com

Klik untuk membesarkan gambar.1. Klik mana-mana mesej yang hendak dipadamkan.

Klik untuk membesarkan gambar.2. Di dalam mesej, klik pada kotak 'drag n drop' dan pilih 'Move to Trash'.

Klik untuk membesarkan gambar.3. Kemudian, klik 'Trash' pada ruangan kiri.
4. Pilih (Tick) mesej yang telah pasti untuk dipadamkan.
5. Akhirnya, tekan butang 'Delete Forever'. Mesej akan serta merta dipadamkan.


Klik untuk membesarkan gambar.Anda telah berjaya memadamkan mesej tersebut selama-lamanya setelah mesej ini terpapar.

Monday, July 18, 2005

Keluarga Gojira

Pejam celik.. pejam celik.. hehehe.. memula duk bujang trang tang tang.. pas tu mula la gatal. Pi ngorat sana... Pi ngorat sini. Mula kena tinggal, kemudian pun kena tinggal. Masuk seterusnya, kena tinggal lagi. Nasib badan. Terpikir gak masa tu macam nak kena mandi bunga je. Tapi tak buat pun. Dengar khabar sekarang ni, aura 1001 jenis bunga pun orang dah jual, buat mandi. Sungguh canggih zaman ni. Zaman Sains dan Teknologi.

Tiba-tiba, rapat ngan seseorang. Rapat secara tak sengaja. Memula dengan zaman berperang dalam emel/surel(surat elektronik). Hari-hari anto surel. Kemudian, berborak dengan Yahoo!Messenger (YM). Lama-lama sangkut. Pastu tu tunang. Tup tup tup.. kahwin lah aku ngan dia. Jadilah aku suami dia, dia lak isteri aku. Tu dalam masa dua tahun.

Gambo disimpan oleh Photobucket.comDalam zaman berbulan-bulan madu tu, bulan 2 tahun 2003 mula bersama, walau mulanya tinggal berjauhan, kemudian bulan 1 tahun 2004 sudah bercahaya mata. Anak sulong, seorang puteri. Penyeri rumah kami. Itulah Seri Nadzirah dengan panggilan manjanya Irah. Sekarang ni, semakin nakal dan ligat. Umur baru masuk 1 tahun setengah. Kegemaran buat masa ni, suka bergaya dan mengemas. Kenalah tu, sifat semulajadi wanita. Jangan tak caya, dah ada kaca mata hitam sendiri. Bab mengemas pulak, kira semua tempat simpan kain baju, dia dah boleh kecah dan sepah-sepahkan. Jenuh le Ibunya dok menyusun semula.

Gambo disimpan oleh Photobucket.comLepas mempunyai anak pertama, hidup kami semakin meriah. Walau berpantang dan bertapis-tapis, namun, kuasa ALLAH. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. 10 bulan umur Irah, Ibunya disahkan positif. Hmmmm.. cam suka.. cam tak suka.. cam seronok.. Campur-campur rasa. Ape-ape pun, terima aje dan bersedia dengan tanggungjawab akan datang itu. Sekarang ni, dah sebulan dah umur si Mamat tu. Nama penuh, Tuah Muhammad. Moga tuah dari Nabi Junjungan Kita ada tempias dalam dirinya. Namun semua itu, datang dari didikan yang telah dan akan aku berikan. Betul tak? Buat masa ni, dia lebih suka berdiam diri, mendepa-depa tangan dan memancutkan Ibunya. Orangnya hitam manis dan belum suka senyum. Garang sikit Mamat sorang ni.

Mata IrahJumaat lepas, 15/07/2005 aku berangkat balik ke Melaka, dekat jam 9 malam. Perjalanan yang agak sempurna itu, tidak banyak halangan. Syukur aku atas Limpah Rahmat dan Keselamatan DariNYA. Pecut, pecut jugak. Walau jalan basah, aku kasi jugak 120km/j. Walau teringat orang tersayang, terpaksa. Kalau tak, mau aku terlelap masa memandu. Dah la keadaan hitam pekat, kalau bergerak perlahan boleh terlelap dibuatnya. Dekat jam 11 setengah, aku tiba di rumah Mertua.

Hari Sabtu, 16/07/2005. Perkara penting yang aku buat hari tu cuma membantu orang rumah membasuh baju dan mengemas. Tapi, sebenarnya aku banyak tidur dari kerja. He he he. Penat ooo memandu. Tapi yang meletihkan hari ni, dok melayan anak dara aku sorang tu. Si bujang tu pulak, asyik tidur. Memang tak de peluang le nak dengki dia. Tunggu le bila ko besar sikit. He he he...

Rancangan awal pada Hari Ahad 17/07/2005 adalah untuk balik ke Johor. Namun, disebabkan beberapa masalah teknikal dan tukang basuh kereta lambat sangat buat kerja, rancangan dibatalkan serta merta. Petang tu, Wan Mertua, Pak-pak dan Mak-mak Sedara dari Singapura berangkat pulang. Rapat ke bumi je kereta honda depa aku tengok. Macam-macam ada, dari buah mangga, hingga ke anak pokok mangga "Melaka Delight". Dari buah rambutan, sampai le ikan sembilang. Malam, kami sekeluarga dok berkemas sikit, (sebenarnya, yang banyak mengemas orang rumah) dan tidur awal.

Isnin 18/07/2005, dari pagi kami bersiap. Mengemas apa patut. Mengatur dan memuatkannya ke dalam kereta. Penuh jugak bonet Saga Magma Mertua aku tu dikerjakan. Hari tu hujan agak lebat. Nak dijadikan cerita, sedang elok tengah berkemas, sambil leka, rupa-rupanya tingkap pemandu tidak bertutup. Maka banjirlah separuh kereta itu. Dan, sampai pak mertua pun dok tolong, habis baju2 kerja lama dia digunakan bagi mengeringkan kereta tu. Alahaiii... Lencun dibuatnya.

Pemandu PertamaDalam jam 9:30 pagi, kami bertolak. Pukul 10 pagi kami keluar dari Tol Air Keroh, Melaka. Keadaan cuaca pada hari tu agak lembab. Hujan lebat. Irah awal-awal lagi sudah menikmatinya. Dia tidur, mana kala adiknya pun tidak banyak kerenah. Cuma sesekali minta minum. Perjalanan kami agak sempurna pada hari itu walaupun ada juga beberapa kemalangan yang dapat kami lihat. Dari kerosakkan kereta, kereta tergelincir dan kereta menyondol.

Pemandu KeduaBoleh aku katakan gak, keadaan lalu lintas agak lancar pada hari tu. Ini kerana, hari tu adalah hari berkerja dan bukan musim cuti sekolah. Dan paling nyata, kedai-kedai makan dan minum di R&R pun tidak banyak yang buka. Berkemungkinan hari ini merupakan hari cuti buat mereka. Bagi sesuatu perjalanan yang jauh, aku rasa sememangnya wajar pemanduan dibuat secara bergilir. Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan risiko dan mengelakkan kemalangan. Biasanya, jika bukan seperti keadaan ini, aku akan bergilir-gilir memandu dengan orang rumah. Oleh kerana dia masih bercuti lagi, terpaksalah aku lakukannya seorang diri. Ada masanya, memang mengantuk gile, pandang keliling, semua nya lena...

arrrgggghhhhhhhhhhhhhh aku pun nak tidur gak....

Friday, July 15, 2005

Berubah

Kesan suatu perubahanHari ni, kurang sikit semangat nak bekerja. Ini disebabkan, separuh jiwa dah kat Melaka. He he he. Tak sabar-sabar aku nak bawak balik seluruh keluarga aku ke sini semula. Nasib le 3 jam, kalau 1 jam, hari ni gak aku balik Melaka..

Kat luar hujan. Aku kira, hari ini Johor Bahru boleh dikatakan dalam keadaan lembab dan sejuk. Proses yang berlaku di sekitarnya turut lembab dan sejuk. Perkara penting yang tidak boleh dibuat main pada diri aku sekarang ini adalah perut aku. Nampaknya, kejap2 mintak isi, kejap2 lapar, kejap2 berkeroncong. Isshhh...

Banyak juga benda nak kena buat bila balik rumah nanti. Sembur racun seranggan kat pokok-pokok bunga aku. Kemas rumah yang dah cam tongkang pecah tu, biasalah rumah bujangan. Basuh baju2 kerja aku. Sapu sampah sikit2. Dan juga buang sampah. Larat ke nak diselesaikan semuanya hari ini?

Waaa.. ari ini ada pasar malam. Beli tempe ngan tapai aaa. Boleh bawa balik Melaka. He he he... Nanti dari Melaka pulak, bawa bekal belacan balik Johor. Ada gak orang yang memesannya. Korang pernah makan belacan kepal ker? Belacan ni, belacan segar dan tak macam belacan kering tu. Bau dia pun lagi harum.

Thursday, July 14, 2005

Suatu Hikmat dan Nikmat

Pertarungan itu berlaku lagi. Pelbagai dugaan dan cabaran menghalang bagi membuktikan siapa yang layak bergelar Raja Bowling di antara kami berdua. Ha ha ha ha.. Nampaknya Si Qiddas tetap tidak mahu mengeluarkan kuasanya ke tahap lapan Hikmat Lontaran Kilat Alam Semesta. Bagi aku pula, walau berkali-kali mencuba, hasil Hikmat Tangan Emas Ayunan Halilintar tidak menjadi. Ada sahaja godaan. Ada sahaja halangan. "Susah-susah aje.."

Markah Latihan pada 13/07/2005Hasil malam ini tidak boleh aku banggakan. Tetapi, peningkatan aura dalaman Qiddas membuatkan aku lebih bersemangat untuk menguasai hikmat terbaru aku itu. Semoga hikmat aku itu nanti boleh menepis segala serangan dan akhirnya menyerang pertahanan hikmat dia. Walau pun begitu, aku masih lagi berharap, Qiddas dapat menunjukkan aksi yang lebih berbahaya. Bak kata orang tua-tua, "kita jangan sekali-kali merendah-rendahkan musuh".

Itu semua berlaku pada petang semalam. Pagi ni, aku kerja pagi. Mandor aku tetiba ada masalah dan terpaksa mengambil cuti kecemasan. Kalau dilihat pada keadaannya selepas bermain semalam, memang bermasalah. Kaki tangannya semua sakit2. Salah urat agaknya tu. Oleh kerana terbangun lambat, aku terus pergi kerja tanpa bersarapan. Adus, berkeroncong Mak Bedah Yo! gamaknya perot aku pagi tadi. Terpaksa le meminta simpati kat sorang mandor lagi. he he he.. mintak dia tapaukan nasi lemak. Nak dijadikan cerita, mandor bawak sebungkus nasi lemak. Hehehe percuma lagi tu.. mekasih aje lah..

Hari ini juga aku berusaha untuk menulis jawi. Bukan aku tak pandai menulis jawi. Cuma tulisan tangan aku huduh gile le kalau menulis tu. Jadi, aku terpaksalah berlajar untuk mencantikkan tulisan jawiku. Kalau korang dapat baca ape yang aku tulis di bawah ini, maknanya, korang seorang melayu sejati.
Pertama kali Gojira menulis jawi.

Wednesday, July 13, 2005

PERANCANGAN

Aku memang tidak suka merancang. Kenapa, aku pun sendiri tak tahu. Jika ikut pada pengalaman orang tua aku, segala pencapaian mereka tidak mempunyai perancangan khusus. Tiada sangat penetapan tahap untuk mencapai sesuatu pada suatu jangkamasa. Tapi, dalam bab kewangan, belanjawan adalah penting. Pulak. Kira merancang jugak tu. Dalam bab merancang kewangan, aku boleh dikatakan kurang berjaya. Pada tahap merancang sahaja, memang boleh dibanggakan. Bila di tahap perlaksanaan pula, biasanya gagal. Itu yang selalu saja berlaku keadaan terlebih belanjawan pada akaun harianku. Dan arwah abah aku selalu tegur (pengaudit akaun harian aku), akaun perbelanjaan aku biasanya sama jumlahnya dengan akaun pendapatan, dan kadang2 terlebih. Seharusnya, yang perlu menjadi kebiasaan adalah akaun perbelanjaan perlu kurang dari akaun pendapatan, dan sesekali sahaja ianya sama. Itu baru dikira berjaya dalam bab hal-ehwal merancang kewangan.

Dari pengalaman kehidupan harian aku pula, aku dapati, golongan orang-orang yang berjaya semuanya mempunyai perancangan. Dalam hal ibadah dan kehidupan, para ulama' juga selalu menerapkan nilai merancang ini sebagai sesuatu yang perlu menjadi kemestian. Dalam ertikata lain, walaupun dia dari bangsa ape pun, perancangan perlu dibuat bagi menjamin sesuatu kejayaan. Sekiranya kita boleh berfikir, jika sesuatu perancangan yang dibuat gagal, semestinya terdapat kelemahan dalam perancangan itu. Dan, jika diperbaiki dan dirancangkan semula dengan teliti, perancangan itu pasti berjaya. Dan, walaupun perancangan yang dibuat berjaya pada pertama kalinya, ianya boleh diperbaiki lagi agar ianya menghasilkan kejayaan yang lebih berlipat kali ganda lagi. Inilah sikap yang harus aku terapkan mulai hari ini. Hidup kena merancang. Hidup kena direncana. Hidup perlu diatur, ini semua bagi memudahkan dan menyenangkan aku menjalankan pelbagai aktiviti harian.

Satu Penyapu, Menyapu SemuaSebagai contoh, aku seorang tukang sapu sampah. Aku perlu ada jadual harian bagi kawasan sapuan. Ini membolehkan aku sentiasa dapat menyapu kawasan dengan lebih teratur dan menjamin kawasan tersebut tidak bersampah dan kotor. Kawasan yang kerap bersampah harus disapu lebih berbanding kawasan yang kurang bersampah. Dari sini, pekerjaan aku menjadi lebih efektif dan produktif. Dan berkemungkinan, untuk aku naik gaji atau naik pangkat adalah lebih tinggi.

"Rancang Kehidupan, Kecapi Kejayaan."

Tuesday, July 12, 2005

Ada, tak semestinya nampak

Jelir Si Mamat
Mamat.. Ooo mamat... Tadi petang aku pergi ke kedai gambar. Semalam aku ada menghantar segulung filem untuk dicuci. Adalah beberapa gambar terbaru mamat yang diambil menggunakan kamera berfilem. Belek punya belek, hanya gambar ini yang paling menarik untuk di'upload' ke internet.

Rehat kejap dengan kisah kali ini :

Daripada : Che Din
Kepada : Gojira Junior
Hantar : Selasa, Julai 12, 2005 10:30 PG
Perkara : Cikgu Tadika..

Ada seorang guru tadika yang tidak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana mahu 'brain wash' kanak2 di tadika tersebut supaya tidak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia pun mendapat satu akal...

Guru Tadika, GT : Anak2, nampak tak pen ni.
Anak2, A2 : Nampak cikgu.
GT : Pen ini ada tak?
A2 : Ada cikgu.

kemudian guru tadika tersebut memasukkan pen itu ke dalam sakunya, kemudian bertanya lagi..

GT : Anak2, ada nampak pen tak?
A2 : Tak nampak cikgu.
GT : Pen ade tak?
Anak2 : Tak der cikgu.

GT: Anak2 nampak tuhan tak?
A2 : Tak nampak cikgu.
GT : Tuhan ada tak?
A2 : Tak der cikgu.

Guru tadika tadi sangat gembira sebab tujuannya berjaya untuk 'brain wash' otak budak2 itu. Tetapi, ada seorang budak yang pintar mengangkat tangan..

Budak A, BA : Cikgu boleh saya cakap sesuatu.
GT : Boleh, mari ke depan.

BA : Kawan-kawan, nampak cikgu tak.
A2 : Nampak.
BA : Cikgu ada tak?
A2 : Ada.

BA : Kawan-kawan, nampak otak cikgu tak?
A2 : Tak nampak.
BA : Cikgu ada otak tak?
A2 : Tak ada.

Tauladan dari kisah di atas, bila tak nampak, tak semestinya tak ada. Sayangilah agama kita dengan 'amar ma'ruf dan nahi mungkar, kalau tidak kita, siapalah lagi...

Sekian, terima kasih, wassalam.

Che Din


Logam penanda pembahagi jalanBenda ni, sebenarnya belum seminggu diperbetulkan. Lawa, indah dan sememangnya baru. Akan tetapi, disebabkan oleh adanya manusia-manusia mabuk, berginilah jadinya. Sebab diperbaiki adalah kerana ada benda yang melanggarinya. Lepas diperbaiki pun masih ada yang mahu melanggarnya. Oleh kerana ianya lembut, aku mencadangkan biar benda ini dibuat keras. Agak malang le bagi sesiapa yang melanggarnya. Kalau tak mati, paling rugi pun, peroilah keretanya.

Sport RimSebut pasal kereta, ini ada cerita berkaitan dengan kereta. Agak-agaklah, kalau aku sambar sportrim kereta yang macam ni, berapa ketul aku perlu ada? Kalau 50 ketul cukup ker? Ke itu baru harga untuk sebiji sportrim je? Kalau empat biji, dekat 200 ketul. Mak aik.. cam boleh buat wang pendahuluan kereta proton sekarang je.. he he he

Monday, July 11, 2005

Kisah bergambar

Pada malam ini, aku merayau-rayau ke satu meja. Aku nampak gambar2 ini. Gambar anak-anak kecil.

"Anak tuan yang duduk di meja ini agaknya," bisikku.

Tiba-tiba dengan gatalnya aku merapati satu papan kekunci. Cantik papan kekunci ni. Putih, gebu dan bersih.

"Bila agaknya aku boleh dapat papan kekunci yang sebegini cantik?" fikiranku mula melayang.

Tangan ini gatal pula hendak menekan-nekan. Alah, alang-alang menaip, biar sampai beribu-ribu perkataan.

ketik ketak.. ketik ketik ketak.. ketik ketak ketik.. ketak.. ketak..

Lancar jari ini merobek kekunci menaip perkataan demi perkataan.

Tiba-tiba, satu objek keluar dari skrin komputer di hadapanku ini. Bergerak-gerak. Ke kiri, ke kanan. Nak kata bulat tak, nak kata segi pun tak.

"Bentuk ape tu?" tanyaku di dalam hati.

"Rupa sekali pandang cam bola. Hmmm.. dua kali pandang cam belon pulak. Eh.. ape tu? Mundar mandir, mundar mandir.. tapi tak timbul-timbul pulak tu. Lencun betul la.."

Lama kelamaan, objek itu semakin besar bentuknya. Kelihatan juga seakan-akan aura keluar daripadanya. Berkilat-kilat.

"Eeee.. geram tul lah. Lambat sangat munculnya." desakku keras kerana semakin gelisah menunggu lama.

"Eh.. macam aku kenal. Cermin mata tu pun macam selalu nampak ," aku kehairanan.

Aku mencari-cari sesuatu. Macam ada benda tu kat depan ni. Tapi masih tak jumpa.

"Mana dia, mana dia.. ko menyorok ek,"

Puas aku mencari. Tak jumpa pun. Sememangnya benda yang aku cari itu tidak kelihatan. Tapi bagaimana? Macam mana? Dan mengapa jadi bergini?

"Kenapa aku boleh nampak kelibat aku di skrin komputer ini?" tanyaku.

Sejak bila aku jadi kojek? Rambutku gondol? Ha ha ha.. Gondol telah kembali. Haa, mana rakanku GonDoL, dah lama tak nampak dia. Masih adakah dia lagi di negeri ini? Atau dia telah merantau jauh? Agaknya pergi jauh membawa diri.

S E K I A N

Puasnya hatiku..

He.. he.. he.. Fuuyooo Longkang..Hah.. baru teringat. Petang Jumaat lepas, memandangkan aku bekerja pada sebelah pagi, aku mengambil kesempatan pergi ke Gelanggang Bowling. Aku ke sana dengan ketua aku dan rakan sepasukan. Kami sebenarnya membuat sessi latihan bagi Pertandingan Bowling yang bakal diadakan oleh pihak syarikat. Latihan kami dibuat disebabkan inginkan kemenangan. Har har har. Pelaburan besar ini sememangnya perlu mendapat hasil yang lumayan.

Kami berlatih di Ampang Superbowl. Berhampiran dengan tempat kerja serta memudahkan semua rakan pasukan untuk pergi ke sana. Memandangkan kami hanya bermain-main dan cuba menimbulkan kembali bakat yang sudah bertahun karatnya, hasil latihan pada petang itu kurang membanggakan. Ini kerana kami masih tidak mendapat rentak permainan yang agak kukuh dan pastinya boleh dibawa ke pertandingan itu nanti. Dan yang pasti, kami perlu berlatih lagi.

Apa yang aku ingin tekankan di sini, pada pertandingan itu nanti Qiddas merupakan musuh bagi pasukanku. Pada petang itu, kami memperlawanya untuk berlatih bersama kami. Ianya juga sebagai langkah untuk melihat sejauh mana kekuatan sebenar pasukan lawan. Boleh dikatakan, dia merupakan peserta yang paling tegar di dalam pasukannya. Balingannya boleh membuatkan sesiapa yang memandang, pasti mengigit kuku. Berterabur semua PIN jika serangannya terkena pada sasaran.

Markah kitaorang..Acap kali, balingannya seperti gambar di atas. Itulah adat mengebowl, "kalau tak menyapu PIN, baik kita sapu longkang". Walau bagaimana pun, jika dilihat pada papan markah di sebelah, markah dia agak rendah. Bagi kami, dia masih berbisa dan sememangnya masih terdapat banyak lagi kuasa terpendam pada dirinya. Pada petang itu, kami sepasukan telah mengeluarkan semua 100% tenaga kami. Tidak bagi dirinya, hanya 10% tenaganya terkeluar akibat bersebab. Akhirnya, pada hari Sabtu, Qiddas terpaksa tidak hadir untuk berkerja kerana cuti sakit. Apakah muslihatnya? Apa yang telah terjadi? Kita nantikan sambungan cerita ini pada masa akan datang. Jumpa lagi...




PERHATIAN!!

Jangan lupa menonton TV3, jam 9.00 malam ini (11/07/2005).
Ingat, hulurkanlah bantuan selagi kita boleh membantu.
Klik Saya, Menderma ke Tabung Bersamamu-TV3

Sunday, July 10, 2005

Sahihlah perkara itu..

Zul.. oh.. Zul..Memang sah. Dua tiga hari lepas, macam was-was. Tapi memang aku pasti wajah dia yang keluar bila promo rancangan tu keudara di kaca TV. Walaupun wajahnya hanya sekali dua terimbas, tapi gayanya yang tersendiri membuatkan aku pasti. Dan hari ini, lagi pasti dan sahih. Ini semua disebabkan oleh Kak Tina. Seawal pagi, agaknya selepas membaca akhbar, terus menghubungi aku. Ingatkan pasal ape. Perkara penting ke hahpe. Ghupenya pasal dia. Ha ha ha.. terus aku ke Pekan Lubuk Cina membeli akhbar tu.

Si Mamat Hitam Manis..Jeng jengg jennnggggg.. Akhirnya, pertama kali hero aku keluar di Internet. Wajah tak puas hati kerana aku mengambil gambarnya jelas terbayang.

"Lantak ko la mamat, janji abah dapat amek gambar ko."

Buat masa ni, boleh dikatakan, mamat semakin hitam manis, tak suka minum air tawar, suka mengeliat semasa baring dan tidur dalam keadaan agak ganas dan buas. Sememangnya itulah keturunan Gojira. Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.

Kak Long IrahIrah pulak, sejak bergelar Kak Long, wah wah wah.. sifatnya semakin cergas dan cerdas. Lutut bercalar dan tangan ada kesan melecur. Itulah bukti kecergasannya terserlah. Sekelip mata tangannya boleh mencapai ape sahaja. Dan ada sahaja perkara yang bakal dibuat. Memang cepat akalnya. Pengawasan seratus sepuluh peratus diperlukan semasa jaganya. Buat masa ini, perhatian akan diberikan lebih kepada Irah. Ia bertujuan agar Irah lebih menyayangi adiknya pada masa hadapan.

Selepas Irah dan Mamat tidur, baharulah Abah dan Ibu boleh berehat dan melakukan aktiviti-aktiviti lain.

Saturday, July 09, 2005

Bodohkah aku..

Besi KahwinHari ni Qiddas Cuti Sakit (MC). Tak ada seteru, tak leh le aku berperang hari ini. Tak pe, aku simpan sampai dia naik bekerja nanti. Biasanya, peluru kalau diperam, mesti lagi kuat kuasanya. Har har har.. "Woi Qiddas, jangan lupa makan obat".

Tiga hari lepas, dia bawak satu benda. Dua bentuk besi yang sama bentuk dan seakan-akan tidak boleh dipisahkan. Dia bagi kat aku besi tu, dan menguji aku sama ada aku boleh memisahkan kedua-duanya. Aku adalah orang yang terakhir diujinya. Aku mencuba, tapi tak sampai 15 minit aku berjaya memisahkannya. Akan tetapi, dengan cara tak sengaja. Kemudian, aku pun berjaya menyatukannya kembali. Pun secara tidak sengaja. Perkara ini berlaku 2 hingga 3 kali. Aku menjadi tidak puas hati. Berusaha lagi untuk mencari cara memisahkan dan menyatukan besi tersebut dan bukan dalam keadaan ketidak sengajaan. Tapi, akhirnya aku gagal. Macam putus asa gak. Kenapa? Bodohkah aku..

Petang ni aku akan berangkat ke Kampung Paya Lebar. Kampung Ayah Bonda orang rumah. Matlamatnya, ingin berjumpa dengan anak-anak dan isteri tercinta. Kira-kira sudah 2 minggu terpisah buat sementara. Aku mungkin pergi ke sana bersama Tok Su. Jadi peneman dan sambil tu, sengaja aku bawak jalan2 orang tua tu ke kampung orang.

"Ubah angin kejap apa salahnya, ya tok."

Selamat tinggal bantal. Selamat tinggal alat kawalan jauh kesayanganku. Korang jagalah umah ni bebaik. Aku pergi tak lama. Dua hari satu malam sahaja ya. Cuti tahun tak ada lagi. Kenalah sekat-sekatlah dari bercuti-cuti lama ni.

"Apa yang aku kena bawak ek? Arrggghhhh.. Sentol betollah."

Jambatan Sungai Johor

Gambaran Jambatan Sungai JohorCerita ini sudah lama, tapi kini ia muncul lagi. Cerita pasal cadangan membina Jambatan Sungai Johor yang menghubungkan daerah Johor Bahru dan Kota Tinggi. Ianya adalah sebahagian dari Projek Lebuhraya Senai-Desaru. Panjang jambatan itu hampir 1.1 kilometer. Manakala panjang lebuhraya pula hampir 80 kilometer. Panjang jugak tu. Mau telan dekat 2ketul duit tolnya pergi dan balik.

Nama syarikat yang bakal membina dan menyelia lebuh raya ini adalah Senai-Desaru Expressway Sdn. Bhd. Dari desas-desus yang boleh didengar, ia terdiri dari gabungan anak syarikat Ranhill Berhad dan anak syarikat Kumpulan Pasarana Rakyat Johor (KPRJ). Dan ada orang kata, Syarikat Buckland & Taylor Ltd telah dilantik sebagai penyelia kejuruteraan pembinaan Jambatan Sungai Johor ini.

Walau cerita-cerita berkaitan lebuhraya ini telah dibisik sejak lebih 5 tahun lalu, aku berharap ianya menjadi kenyataan dalam masa 5 tahun ini. Dan dengar-dengar khabar lagi, banyak dah tanah-tanah orang kita dan bertukar milik dan bertuankan bukan tanah orang kita. Huuu.. apa nak jadi ngan orang kita ni. Karang kata bodoh, melenting, karang kata haprak, mengamuk satu kampung.

Motor kesayanganku..Ini pulak cerita lain, cerita pasal "pandai minum tapi tak pandai buang". Mentang-mentanglah aku berkerjaya sebagai penyapu sampah, tak kan lah motor aku jadi tong sampah beb. Dan lah mabuk atas motor aku agaknya. Minum tak habis, lepas tu, tin air haram ni ko letak dalam bakul motor aku. Menyirap tol darah macam ni. Hangin satu badan. Nasib baik aku ni bukan jenis suka cari gadoh. Kalau tak, minggu ni ada yang meletop perot terburai aku kerjakan.

Hahpe punya manusia macam ni..

Friday, July 08, 2005

Kejapnya masa berlalu..

Kalendar Kuda Aku..Tup tap.. tup tap.. tup tap.. dah dua minggu aku tinggalkan orang umah, Irah dan Mamat kat Melaka. Ape kabo agaknya diorang tu. Dari sms dan khabar yang disampaikan oleh Ibu mereka, dua-dua dah makin nakal. Waaa.. susah le cam ni. Mana aku ada pengalaman, kena cari sikit-sikit ilmu pasal ni. Karang, jadi pulak kejutan budaya, ada lak orang terapung-apung plak. Kalau terapung sorang-sorang tak pe, kalau ramai2.. tak ke naya.

Hmm esok aku nak balik Melaka. Eeee seronoknya dapat jumpa diorang. Katanya, Mamat dah naik 600 gram. Hmm cepat tul bujang aku tu membesar. Irah pulak, katanya pun dah semakin berisi. He he he.. kuat makan gaknya. Ntah-ntah Ibunya pun dah naik berat badannya. Tak menjadilah gaknya penangan Teh Herba Peramping tu. Ke salah cara minumnya. Ntahlah..

Pokok Remaja..Sepohon pokok, tidak akan terus membesar. Dari sebesar anak benih, bertunas, sehinggalah ia memiliki banyak pelepah. Ia memerlukan pelbagai perkara untuk terus hidup dan bertahan. Hanya air dan cahaya matahari tidak dapat membuatkannya tahan untuk terus hidup pada zaman ini. Ia juga perlu dibaja dan disembur dengan racun serangga.

Walaupun dari mata kasar kita, pokok tidak bergerak. Tetapi keadaannya yang pegun itulah membuatkan hidupnya penuh mencabar di kala ini. Adakalanya, umur baru setahun jagung sudah dimusnahkan. Disebabkan kemajuan, ia perlu dihapuskan sama sekali. Tidak kira sama ada ia sudah hidup sedekad lamanya.

Pokok Matang yang terbiar..Pokok juga mempunyai nilai yang berbeza-beza. Walaupun jenisnya sama, tetapi sekiranya tumbuh tanpa dirancang, atau tumbuh bukan pada tempatnya, maka tak bernilailah dia. Tapi, apa fungsinya? Kenapa ia dibiarkan hidup? Adakah ia sememangnya perlu dibiarkan terbiar untuk hidup di situ? Kadang-kala, pokok itu selalu kita pandang dan lihat. Akan tetapi adanya ia seperti tiada sahaja lagaknya. Mungkin hanya untuk mengindahkan pandangan semata-mata walau tidak seindah mana. Tiada siapa pun akan kisahkannya.

Kesimpulannya, tanamlah sepohon pokok dan jagalah ia sampai bila-bila.