Tuesday, December 27, 2005

Aksi Pria Pujaan





kontrol hensem...


aksi macho...


syabas mister sahab...

Monday, December 26, 2005

Sepagi di Zoo Johor

Bagi menghabiskan masa lapang, aku dan keluarga pergi melawat Zoo Johor pada pagi tadi. Hari ini merupakan hari cuti umum. Tidak semua binatang dapat diambil gambar mereka, terutamanya Manja, Singa Remaja yang menjadi Bintang kepada Zoo Johor tersebut. Berbaloi dengan dua ringgit yang dikeluarkan.

haiwan7
Photo blogging made easy - Fotopages.com
haiwan22
Photo blogging made easy - Fotopages.com
haiwan12
Photo blogging made easy - Fotopages.com


Untuk melihat sebahagian gambar-gambar haiwan yang ada di Zoo Johor, klik sini ... http://gojira.fotopages.com

Friday, December 16, 2005

Gambar terbaru anak-anak...

Gaya seorang nelayan laut dalam... Gaya seorang nelayan laut dalam...
Gaya Pria Idaman Sejati... Gaya Pria Idaman Sejati...

Thursday, December 15, 2005

Aku yang sentiasa mengemis pada Mu....

aku adalah hamba
hamba yang mengemis pada DIA
setiap hari meminta
setiap hari mendomba

antara aku dan DIA
aku bukan hamba mulia
walau aku ikut kataNYA
kadang-kadang aku lalai
dengan arahanNYA

leka dengan dunia
alpa dengan buana
tak mahu pikat
tak mahu jaga
akan Nur KasihNYA

Ya ALLAH, setiap hari aku mengemis
walau ku tahu aku masih berdosa
walau ku tahu aku akan berdosa
aku tetap akan mengemis pada MU

Tuesday, December 13, 2005

Siapa kata susah...

Semalam aku terbaca berita ini di Bernama.com
http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=170827

Rumit Untuk Hubungkan ICT Di Sarawak, Kata Ketua Menteri

KUCHING, 13 Dis (Bernama) -- Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata agak rumit untuk menghubungkan sekolah-sekolah di negeri ini menerusi kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kerana Sarawak adalah sebuah negeri yang luas dengan penempatan penduduk yang berselerak dan rupa bumi yang bergunung-ganang.

Katanya walaupun jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar berjaya dirapatkan berikutan usaha gigih kerajaan membangunkan ICT tetapi peruntukan besar diperlukan untuk menyediakan sistem rangkaian, terutama penggunaan jalur lebar tanpa wayar di negeri itu.

"Kami berharap semua sekolah di negeri ini dapat dihubungkan dan tugas ini amat berat dipikul oleh kerajaan apabila sesetengah sekolah, khususnya di kawasan luar bandar, belum mendapat bekalan elektrik untuk membolehkan kerja-kerja pemasangan komputer," katanya ketika melancarkan Persidangan Teknologi Maklumat di Asia (Cita 'O5) di sini.

Kira-kira 150 peserta dari 17 negara termasuk Australia, New Zealand, United Kingdom, Jepun, India, Pakistan, Finland dan Austria menghadiri persidangan tiga hari anjuran Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) itu.

Abdul Taib berkata adalah penting untuk menghubungkan semua sekolah melalui kemudahan ICT agar generasi muda dapat mengembangkan ilmu dan bersedia melibatkan diri secara aktif dalam era ilmu pengetahuan ini.

Walaupun tidak sukar untuk mengajak sektor swasta dan agensi kerajaan terlibat dalam pembangunan ICT, beliau berkata kesediaan masyarakat untuk menerima dan menggunakan ICT untuk mempertingkatkan gaya hidup juga penting.

"Adalah menjadi satu keperluan untuk menghargai potensi alat-alat ICT yang boleh membawa kemajuan dan pembangunan. Pada masa yang sama, seseorang harus sentiasa menyedari implikasi mengasimilasi dan mengintegrasikan teknologi dalam kehidupan kita," tambah beliau.

-- BERNAMA


Pada aku tak susah. Menjadi susah bila sesuatu rangkaian hendak dibentuk menggunakan sumber dan peruntukan tersendiri. Maksud aku, pasarana ICT sekolah, tidak boleh dikongsi dengan pasarana ICT yang lain. Contohnya klinik dan rumah sakit, pejabat kerajaan daerah dan mukim, dan sebagainya. Aku bagi contoh, sebuah tempat yang mempunyai sekolah, mesti ada kemudahan lain di tempat (kampung tersebut), seperti balai raya atau seumpamanya. Kalau pasarana ini digabungkan dan disatukan, kos penyediaannya menjadi lagi murah.

Monday, December 05, 2005

Pokok Gondol

Pokok-pokok Gondol... ~ Lokasi Kejadian : R&R MACHAP (Laluan Selatan) KM 73

Senang bebetul manusia ni. Aku tak tau le, ape perasaan diorang ni kalau diorang ni jadi pokok itu. Aku rasa banyak faedahnya pokok-pokok itu hidup merimbun di situ. Hari ini aku singgah kat situ, alih-alih dah gondol. Mungkin berpenyakit agaknya pokok-pokok tersebut. Tapi, bergitukah jalan penyelesaiannya? Gondolkan sahaja pokok tu. Sebulan nanti, mungkin akan tumbuh tunas baru yang tidak berpenyakit. Agaknya lah kot.

Dari Melaka jam 8 setengah pagi, aku sampai kat Johor Bahru jam 11. Rasa cam laju. Tapi tidak jugak. Dan ada gak sekali ingin tersasar ke pembahagi lebuh raya. 3 saat je cam terlelap. Nasib belum lagi terlambat. Kalau tak, mesti aksi lagak ngeri berlaku. Mintak jauh....

Sunday, December 04, 2005

Penat macam kerja...

He he he... dah lama aku tak dengar ayat ni...

"Penat macam kerja..."

Ayat ni merupakan ayat biasa bebudak kedai Restoran Emie Permas Jaya tahun 2001-2002. Sekarang ni tinggal kenangan sahaja. Biasanya diucap tiap kali bila dah lepak buat kerja. Walhal banyak ular dan naga dari buat kerja bebetul. he he he

Hari ni dapat arahan dari Pak Mertua, kena mengecat. Dua bahagian dinding untuk diselesaikan. Ingat cam senang. Bila dah buek, baru tu senang ke idak. Merasa gak le mandi cat. He he he.. lepas tu kena mandikan pulak. Mekacih yangggg...

Petang, lepas dapat selelap, pi beraya. Har har har... beraya masa dah habis raya. Lantak. Janji raya. Aku pi umah mak cik aku kek Tangga Batu, Kampung Bukit Gedong. Lepas melantak, balik umah. Bersedia ngan CSI kat AXN. Tapi tak sampai ke penghujung. Akhirnya terlena di tengah jalan.

Saturday, December 03, 2005

Balik Melaka

Lepas kerja, kul 1 lebih sikit, aku terus balik rumah. Sepatutnya, bersiap-siap dan terus balik kampung. Tapi, tangguh. Sahabat kenalan MDC (iss), singgah ghumah. Dia dari Batu Pahat. Tengah belajar semasa cuti persekolahan. Dia nak makan angin kat Johor Bahru. Lepas makan, bawak dia ke The Zon. Lepas orang umah aku beli cokelat, iss dan kawannya berpisah. Kami ikut haluan memasing. Dia bershoping moping. Kitorang nak balik kampung.

Tapi kitorang tak terus balik kampung. Singgah ke Felda Bukit Permai untuk membeli 12kg Kerepek Ubi. Memula tu, mabuk gak sekejap cari jalan masuk Felda Bukit Permai ni dari Kulai. Tapi akhirnya, dengan bantuan orang kampung Felda Bukit Permai sendiri, dapatlah kerepek 12kg tu. Penuh. Lain kali memang kena angkut pakai lori. Kang ada lagi orang bebel-bebel pasal tak dapat duduk selesa.

Akhirnya, selepas mencelok-celok dan membuat pecutan yang kurang merbahaya, kitorang sampai dengan selamatnya ke Kampung Paya Lebar dekat jam 8 malam.

Friday, December 02, 2005

Aku rabun tiba-tiba...

Dr. M

Aku tak tahu macam mana boleh jadi macam ni. Tetiba aku rabun. Aku tak buta. Tapi aku macam nak buta. Aku bukan buta huruf. Tapi aku dah macam lupa aturan dan seni susunan huruf. Aku dah kurang membaca. Aku dah tak minat baca. Aku dah makin malas membaca. Kenapa? Kenapa aku perlu membaca?

"Tiada agama yang meletakkan kepentingan ilmu dan kemahiran begitu tinggi berbanding agama kita. Ajaran pertama yang diterima Nabi Muhammad S.A.W. ialah baca. Bagaimanapun hari ini kita masih tidak mematuhi suruhan pertama Islam, supaya membaca dan menimba ilmu. Kita malahan tidak tahu bagaimana untuk menimba kekayaan yang ALLAH limpahkan terhadap kita. Sebaliknya kita hanya duduk dan menikmati kekayaan yang dihasilkan orang lain untuk kita."
- Tun Dr Mahathir Bin Mohamad (Tripoli, Libya : 29 Syawal 1426)

Thursday, December 01, 2005

5 minit sehari

Azam.. Tekat.. Wawasan... di hujung Syawal

Aku inginkan sekurang-kurangnya 5 minit sehari dari hidup aku untuk menulis sesuatu di sini. Boleh kah? Waktu mana yang hendak aku curi? Ha ha ha.. waktu tidur sahaja yang boleh dicuri. Sanggupkah aku? Tolong.. tolong... ada tak sesiapa yang boleh membantu...

Dalam sehari aku ada 24 jam sahaja
bersamaan dengan 1440 minit

Secara matematikal, aku mengambil
sekurang-kurangnya 0.35% masa hidupku
sehari untuk menulis di sini.

Dalam setahun aku hanya memerlukan
sekurang-kurangnya 1 hari, 6 jam,
43 minit dan 12 saat sahaja untuk
menulis di sini.