Thursday, June 30, 2005

PENTING : Kancil Putih JHS 5004

Dapat maklumat dari Makcik Jun, dia kata plat kereta tu silap
yang sebenarnya JHS 5004, Kancil berwarna Putih.
Sekiranya anda nampak kereta ini di mana-mana jua, sila hubungi
Polis atau call rumah keluarganya 07-2359652 (Alpian) atau
Makcik sendiri di 012-7667201

Wednesday, June 29, 2005

Hidup membujang..

Memang macam orang bujang. Irah Mengemas
Tapi biasanya, orang ramai beranggapan kalau seseorang yang isterinya berpantang ke kampung dan mengatakan, "Aku bujang sekarang ni", mereka akan menganggap lelaki jenis ini telah curang. Tetapi jika dikaji, ianya tidak. Tak ramai dari mereka yang berfoya-foya, mengedik atau mengurat 'awek'. Ramai di antara para suami itu terpaksa bangun sendirian, bersarapan sendirian, mengemas rumah, kena gosok baju, kena basuh baju dan aktiviti seharian seolah-olah mereka bujang. Semuanya kena buat sendiri.

Jap.. kite tengok nota penting ni dulu..
Dari : "Makcik Jun, juli_jer@yahoo.com"
Tarikh : Selasa, 28 Jun 2005
Perkara : [KS] hilang kereta, JGS 5004

Asalamualaikum semua,
makcik dah lama tak muncul coz sibuk n makcik
pun bukan ada kat JB. Makcik kat Kuantan skrg ni.

Adik makcik hilang kereta kat Plaza Angsana
malam semalam. (27hb. Jun 2005) Lebih kurang
pkl 11.00 mlm. Coz adik makcik dapat tengok
kat CCTV Angsana, dia suruh orang tu pasang
semula CCTV. Report Polis dah buat dah.
Kancil putih, JGS 5004.
Mana la tau kalau2 ada yg ternampak ke...
bagitau la makcik.
Or... ada idea lain untuk cari kereta tu ke...

Yang benar,
Makcik Jun

Dah dua orang kawan aku yang kehilangan kereta. Tempat-tempat yang hilang tu, merupakan tempat yang aku selalu pergi. Dan suka pergi. Kenapa ada manusia-manusia yang macam ini. Geram gak aku dengar benda-benda cam ni. Tapi satu je lah nasihat aku, walau pun kete korang tu buruk atau tak de nilai, tapi jangan sekali-kali meninggalkan dan mempamerkan benda2 yang menarik perhatian pencuri-pencuri ini. Lebih-lebih lagi semasa meletakkan di tempat-tempat awam.

Tuesday, June 28, 2005

Moga Berbahagia Selalu...

ghoststalker dan isteri, Dasmayanti
GHOSTSTALKER

Sape yang tak dengan nama ini. Dialah satu-satunya hero dan pahlawan dari Geng K3P berani mati. Melawan musuh2. Sanggup berkorban untuk rakan-rakan lain. Kalau dulu dia solo, sekarang dia sudah berpunya. Paling bagus, dia pandai menembak. Tak kurang menebar jala. Tapi, sopan santun. Tu pasal tak ganas walau nama ganas. Ape-ape pun, ko kira senior gak kat MDC tu.

Ghost, maaflah, pasal tak dapat bersama-sama meraihkan hari bahagia kau menjadi raja sehari. Aku harap ko ingatkan aku di sini. Hehehe... Dan, aku harap gak ko ingat lagi saat-saat kita tidur bersama dahulu. Huahahaha.. Kedinginan malam di pantai itu, tidak terasa disebabkan kau di sisi ku.. har har har har..

"Moga berbahagia ke anak cucu... Wahai Stalker's Last Stand, ko dah Double Fighter tu"

Botakkan kepala...

Botak Mata Nombor Satu
Dah lama aku tak botakkan kepala. Cam makin rimas je sekarang. Ingat lagi aku. Memula cuba botakkan kepala. Ingatkan senang. Hehehe.. Susah ghupenya kalau nak buat sendiri. Mak aku le yang jadi tukang botakkan kepala aku. Sambil tangannya mencukur rambut aku, sambil tu gak mulutnya dok bebel-bebel pasal faedah yang aku dapat dari botak kepala. Benda yang banyak keluar dari mulutnya, cuma menunjukkan dia tak suka aku botak. Hehehehe.. tapi akhirnya, aku dibotakkannya. Lantak lah.. Terima kasih mak.

Pagi ni, bangun2 je dah agak siang. Sape plak yang tutup jam loceng aku ni. Pepandai je. Dah aturkan cecantik untuk bangun awal. Tapi terlepas gak. Nasib badan. Lepas bersarapan, dok pikir-pikir, pekebenda nak dibuat. Basuh baju sikit. Siram pokok bunga sikit. Kemas rumah sikit-sikit. Hehehe.. jadi le dari tak buat ape-ape. Lepas ni nak pi Bank kejap. Nak korek duit mana-mana ada. Hehehehe.. belanjawan lari ooo..

Monday, June 27, 2005

Kerja.. ooo kerja..

Ini Sampah Sarap
Langkah je kaki kat tempat kerja, semua orang ucap tahniah. Kembang gak. Tapi cam tak sedap atie. Kalau orang dedulu, kalau kita beranak, siap wat kenduri. Sedekah itu ini. Walau bubur putih bubur merah. Hmm nanti lah..

Sampai je kat tempat kerja, tak tau nak mula kerja yang mana satu. Banyak tul nak kena buat. Cam tak terampu rasa badan. Aku tengok, makin berlambak-lambak. Ngan kerja aku yang tertangguh, ngan kerja sedia ada dan kerja kerja lain. Baru seminggu tak sapu, kalau sebulan, mau berkulat. Berlonggok-longgok sampah.

Balik ni nak ke dataran jap. Depan lido tu. Nak amek barang. Ada kerja sikit. He he he.. Qiddas tau le. Nak buat barang cetak rompak. Heee.. takotnya. Harap semua berjalan lancar. Boleh gak tambah duit kopi. Errr.. halal ke qiddas?? Harap kite leh buat modal untuk kerja-kerja akan datang, iye tak?

Tuah Muhammad

Pagi tadi aku pi JPN. Daftar anak ke dua. Cam takot je nak daftar nama anak guna nama tu. Tapi, tak de ape-ape berlaku. Boleh je. Diorang tak tanya ape-ape. Lantak lah. Sedap tak? Kalau tak sedap, hehehe gamaknya aku lah yang kena tukar nama. Ha ha ha ha

Lepak kat Sepital, jumpa kengkawan sat. Tapi tak de berita yang mengembirakan. Hari nak ujan, aku balik. Sampai umah, tak tau nak buat ape. Cari 'Notebook' lama. Cucuk kat wayar talipon. Hehehehe. Nasib baik leh masuk internet. Hilang boring jap. Aku rasa hari ini nak masuk kerja awal sikit. Leh makan dulu. Hehehehe.. boleh le berjimat sikit. Poket pun dah makin kering dan gersang je ni.

Ape kabo anak-anak aku ngan orang umah kat Melaka tu. Dari SMS orang umah, ibu dia okay-okay je. Irah plak, masih nak berdokong aje. Dan si adik, hehehe kitorang gelarkan dia Mamat, pun okay gak. Bagus lah tu. Ape-ape pun, abah korang ni, akan cuba kerja kuat untuk korang semua. Abah doakan korang semua sihat sejahtera hendaknya. Amiiinnnnnnn

Rumahku Surgaku

Tepat jam 11:00 malam tadi aku sampai kat umah. Selamat Alhamdullillah. Laju tak laju, dari jam 9:00 malam, dekat 3 jam jugak. Sampai je kat umah, buat ape patot. Lepas tu tido. Esok pepagi nak pi daftar anak kat JPN. Takot je kalau-kalau ada maklumat tak lengkap. Tu yang maleh tu.

Aku mintak maaf le kat sape2 yang dok jengah buku catatan aku ni, tapi tak de ape-ape berita baru. Maaf lahir dan batin.

Rangkuman Peristiwa Seminggu :

19/Jun/Ahad
Hari Kedua Adik Irah dilahirkan. Pagi ni bangun awal. Banyak nak kena siap. Hari ini jugak kena hantar Ibu, Irah dan Adik ke Melaka. Ibu nak berpantang kek sana. Paling menarik, Tok Irah (Kota) ada gak, buat sarapan Lempeng Kembong (bagi Geng Kay Ess, dikenali sebagai Lempeng Batak). Makan ramai-ramai. Seronok. Lepas Dzuhur, gerak. Sampai Melaka dalam jam 6. Tu pun, pelan-pelan kayuh. Karang ada orang panas punggung.

20/Jun/Isnin
Hari Ketiga buat Adik Irah. Kek Melako pulak. Rancangan hari ini sepatutnya Abah balik Johor. Tapi, ape kan daya. Takdir dariNYA mengatasi segalanya. Pagi kena bawa Irah pi klinik. Wan Irah teman. Kompom, demam Irah tak bebaik lagi. Siap Tuan Doktor kata, ada lelah. Gisau dibueknye. Balik dari klinik, ape lagi, operasi memaksa Irah makan obat. Berpeluh gak nak suh dia telan obat2 tu.
Petang lak. Misi (JM - Jururawat Masyarakat) datang. Memeriksa keadaan Adik Irah. Erk, ada kuning. Dia nasihat suh pi Klinik petang tu gak. Bawalah Adik, Abah dokong, MokDer dok memandu. Amek darah, uji, keputusan keluar. 13. Jumpa doktor. Kena balon Abah dia. Esok pagi kena buat ujian darah semula. Kena datang lagi.

21/Jun/Selasa
Hari Keempat buat Adik Irah. Pepagi Atok Janggut dah sedia nak hantar Adik Irah. Cam semalam. Tugas Abah mendokong adik. Pi ngan Atok Janggut. Orang lain tak ada. Sampai klinik, nampak cam ramai orang. Amek darah, uji, keputusan keluar. 15. Aaaaa.. naya. Jumpa doktor. Satu jam jugak menunggu. Doktor nasihat suh masuk Sepital dengan kadar segera. Adik.. Adik.., ko memang nak suh Abah coti panjang ya.
Sebelum pi klinik, Misi datang lagi. Periksa adik. Demam tak de, tapi kuning makin jelas. Memang dia nasihatkan pi Sepital. Pi le Sepital petang tu, Adik, Ibu dan Abah. Irah tinggal. Cian dia, pertama kali kena tinggal. Basah gak Ibu dia. Sampai Sepital, ingat leh terus masuk je, kena pi jabatan kecemasan dulu. Susah gak Sepital ISO ni. Dah daftar, dapat kad kuning, pi masuk bilik doktor, periksa ape patot, baru le disuruh masuk wad.
Dapat masuk wad, kena tunggu doktor pulak. Diorang tengah sibuk buat rodaan. Isshhh.. ape punya Sepital ISO ni. Lepas kena temuduga oleh doktor (Dr Carol), Adik kena amek darah. Kena bukak segala kecuali cawat dia. Dan paling tak sangka, Ibu tak dapat nak tunggu dia kat wad. Alasan, katil untuk Ibu tak cukup. Lagi le hampeh Sepital ISO ni. Jadi, Adik kena le dok Sepital sorang2. Lagi le meraung Ibu dia.

22/Jun/Rabu
Hari Kelima. Lepas sarapan, bersiap. Nak pi jengah Adik. Irah dok meragamlah bila Abah dan Ibu siap, dia tak siap lagi. Kena le tinggal lagi dia. Wan ngan Atok dia jaga. Tak dapat buat ape. Adik kena mandi Lampu Ultra Ungu. Ultra Lembayung orang kata. Hehehehe... tak tahan Abah tengok dia. Pening pala bila perhati lampu2 tu.
Ibu dapat menyusukan Adik aje. Lain tak leh. Tak leh lelama keluarkan Adik dari katil berlampu dia tu. Ingatkan leh keluar hari ini. Tak leh, kuning dia makin naik. Katanya. Pasrah je lah. Mungkin esok boleh kot. Ape lagi, lepas waktu makan petang, Abah dan Ibu terus pulang dari Sepital.

23/Jun/Khamis
Hari Keenam. Abah, Irah dan Ibu tidur luar bilik. Bila bangun pagi, dan bersiap, Irah tak sedar. Abah dan Ibu keluar awal ke Sepital. Nak kejarkan waktu menyusu pagi untuk Adik. Dengar kata, lepas Irah bangun, pueh gak dia mencari Ibu dan Abah.
Sampai Sepital, tak dapat gak waktu menyusu tu. Dikatakan pepagi tu ujian darah Adik diambil lagi. Ibu kata, tangan Adik dah banyak kesan tusukan jarum. Isshhh.. Ibu pun tak sampai atie nak tinggalkan Adik lagi. Dia suruh tukar Sepital lain. Abah tak setuju. Keputusan darah keluar, Adik tak boleh balik. Abah dan Ibu pulang dengan hampa dan masih berharap Adik cepat baik.

24/Jun/Jumaat
Hari Ketujuh. Hari Besar. Pepagi kena pujuk Irah lagi. Harap dia tak meragam bila Abah dan Ibu pi Sepital menjengok adik. Hari ini awal lagi dari semalam. Tetapi Ibu masih tak dapat nak menyusu Adik awal pagi. Dapat pandang dari jauh. Harapan untuk Adik keluar hari ini macam ada. Tapi doktor kata keputusan keluar petang. Sampai petang, betapa hampanya bila diberitahu keputusan pagi tadi gagal dibuat. Darah tak cukup. %@#&$# Abis pahala Abah hari ini.
Darah adik diambil semula. Tapi ingat boleh diketahui segera. Tunggu punya tunggu, macam buah tak gugur-gugur. Ibu pun dah putus asa. Balik je lah. Sampai Dr Carol dok janji, pagi-pagi esok, dia pastikan adik boleh keluar. Abah dan Ibu balik, tapi macam tak berharap Adik keluar esok.

25/Jun/Sabtu
Hari Kelapan. Matahari belum keluar, Ibu dan Abah dah bergerak ke Sepital. Irah sedar. Nasib baik ada Alang dia dok jaga. Sampai Sepital, tetiba harapan tinggi mengharap Adik keluar hari ini. Ibu pun dapat menyusu adik pada pagi tu. Selepas menunggu dan menunggu. Jam 2 petang, Dr Carol bagi berita gembira. Adik boleh keluar. Dan proses untuk Adik keluar dari Sepital bermula. Hmm.. makan 3 jam jugak nak selesai. Sepital ISO. Apa tidaknya, yang betul2 bertugas kat wad tu, ada sorang Misi je. Tengok keadaan dia dan gaya dia kerja pun, Abah tak leh nak cakap banyak. Kang Abah plak masuk wad. Tepat jam 5, Abah, Ibu dan Adik, keluar dari Sepital tu.
Syukur Alhamdullillah....

26/Jun/Ahad
Hari Rehat. Ibu tak bergerak ke mana. Merajuk je. Pasal abahnya lambat layan. Menyambung le berpantang kat umah mak dia. Tapi, petang tu terpaksa gak ke klinik untuk ambil obat batok dan sakit tekak. He he he.. abah pun ikut sekali. Tapi obat abah lagi banyak dari ibu.
Irah pulak masih kurang sihat. Deman panasnya, dah cam kurang. Tapi batok dan kahak tu, ada lagi. Cian tengok. Asyik muntah je. Kena paksa lagi makan obat. Perangai Irah macam pelik sikit ari ni. Tetiba nak berdukung je kalau nampak abah dia. Dan kalau geram, gamaknya kena le kokang. Abis bahu abah dia kena kokang.
Si adik pulak, macam sihat, tapi tak leh nak lepa. Badan dia nampak ada sikit panas. Masa malam, cam kurang sikit. Pesan kat ibu suh sentiasa perhatikan adik.

Saturday, June 18, 2005

Gojira Junior

Huarrrgggghhhhhhhhhhh

Ingatkan pendiam.. sonyap iyo.. kono bang pun sonyap..
Sekali melalang.. waaaa.. 14dB .. kuat gak...

Itu lah wira aku.. sudah lahir pada tanggal 18hb Jun.
Jam kelahiran pada 8:30 pagi dengan berat bersih
3.3kg sahaja. Keadaan wira aku itu dan ibunya, semua
stabil dah sihat sejahtera. Jumlah keseluruhan rawatan,
wad sehari, ujian makmal dan pemeriksaan doktor, dekat
lima poloh sen aje.. Murah.. walau layanan tak berapa
best. Buat Cikgu Taska ada pun pada perkara layanan
ni sebenarnya berhubungkait kepada 'Shift' seseorang
Jururawat yang bertugas. Itu sahaja, tapi susah gak
nak dapat Jururawat yang bagus bebeno...

Ringkasan perkara penting :
Jam 8:30 pagi - sarapan, siapkan Irah dan bersiap untuk diri sendiri.
Jam 9:00 pagi - sampai kat Pusat Bersalin, hubungi jururawat bertugas, Ibu Irah masih di Bilik Bersalin.
Jam 9:30 pagi - masuk wad Ibu Irah, jumpa Adik Irah.. errkkk.. Adik Lelaki Irah.. Bagi Azan dan Fatihah dulu.
Jam 10:00 pagi - balik umah dulu, bawak Irah balik ngan Nenek Irah.
Jam 10:30 pagi - Wan Irah dari Melaka tiba, mula 'operasi' main air.
Jam 12:00 tengahari - Selesai semuanya. Bersiap pergi menjenguk Ibu Irah semula.
Jam 2:00 petang - balik umah semula, berehat.
Jam 5:00 petang - pergi balik Pusat Bersalin, bawak pulang Ibu Irah dan Adik Lelaki Irah.
Jam 5:30 petang - kami semua selamat tiba di rumah.

T A M A T

Meragam

Pukul 5:00 pagi.

Terjaga dari tido. Cam dapat rasa orang umah macam dah kena masuk bilik bersalin. Tapi malas nak telefon Pusat Bersalin HSA untuk kepastian. Kalau tahu pun, si Irah nak letak mana. Dia cam lena je tido tu. Dah 2 malam tak dapat tido lena cam tu. Maafkan kite ayang. Bukan tak kesian kat awak, tapi.. tapi..

Imbasan peristiwa tengah malam tadi
Jam 11:30 malam.
Irah meragam sikit, Ibu Irah kejutkan Abah Irah untuk bangun buat susu. Abah Irah pun bangun dengan kelatnya. Buat le susu Irah sambil campur ubat demam dalam susunya. Sua ke mulut Irah. Laju je Irah telan air susu bercampur ubat demam tu. Pastu, habis je susu Irah senyap dan sambung tidur. Ibu Irah plak meragam. Bila Abah Irah tanya, dia kata, tak de ape-ape. Cuma tak selesa aje. Abah Irah ape lagi, terus sambung tidur kat sebelah Irah.

Jam 12:30 pagi.
Abah Irah tersedar dengan panggilan Ibu Irah. Ibu Irah kata, dia dah tak boleh nak baring. Rasa berat bila baring. Abah Irah pun kata, elok gi Sepital terus. Ibu Irah berbelah bagi, antara nak pergi atau tidak. Abah Irah pujuk sikit. Hehehehe paksa yang banyak.. Pastu semua bersiap. Ambil le apa yang patot.

Jam 1:00 pagi.
Abah Irah masukkan beg Ibu Irah ke dalam kereta. Dan panaskan enjin kereta terlebih dahulu. Tok Sedara Irah kat depan umah bangun, dia cam nak ikut pi hantar ke Sepital. Abah Irah kata, okay kot...

Jam 1:30 pagi.
Sampai kat Bilik Saringan Pusat Bersalin. Bangunan baru L&D HSA. Ibu Irah masuk jumpa doktor. Abah Irah tunggu di luar, lama gak. Rasa cam tak sedap je, turun bawah nak jengok Irah ngan Tok Sedaranya. Betul, Irah tengah menangis. Dia tak selesa kot. Pi tukar lampin dia.

Jam 2:00 pagi.
Ibu Irah kena tahan wad. Daftarkan Ibu Irah. Hantar Ibu Irah ke Pusat Bersalin. Dapat katil nombor 25. Cam lain je layanan kakitangan Pusat Bersalin kali ini. Makin tak bagus. Cam nak hangin gak. Sabar je lah.

Jam 2:30 pagi.
Rasa selesai tugas yang penting. Irah cam tak nak tido je dalam kereta. Tok Sedara Irah temankan dia sejak tiba kat Sepital tu. Suaminya dah pulang dahulu, esok dia kerja. Abah Irah rasa baik balik rumah. Nanti lain pulak jadi Irah tu. Demam baru je nak baik.

Jam 2:45 pagi.
Sampai rumah. Masak air panas. Kemas ape patot. Lepas air panas didih, buat susu Irah. Campur lagi ubat demam dia. Abah Irah rasa badan Irah macam nak panas balik. Dedor dia ada lagi, orang kata. Sambil menyusu, sambil meragam gak. Ingat Ibu Irah kot. Lama-lama dia cam biasa. Tidur. Cam lena. Abah dia pun ikut sekali tido.

.... Tamat imbasan

Jam 6 tadi, bagi Irah susu lagi. Tak campur ape-ape. Sekejap je Irah minum. Bagi sikit je. Sampai la ni masih tido lena. Apa khabar Ibu Irah agaknya ya. Yang, maafkan kite tau...

Sape tak sayang bini oooiiii
erk.. ke takot bini? har har har har

Friday, June 17, 2005

Ponteng

Sejak dari petang semalam. Panas badannya makin naik. Irah tak kebah lagi dari demam. Dah masuk ubat dari bawah pun tak kurang-kurang panasnya. Tido pun tak lena. Asyik meragam. Abah Irah cam tak tau nak buat ape. Kadang-kadang cam geram, kadang-kadang cam marah, kadang-kadang cam kesian.. nasib le Ibu Irah ada. Kalau tak, cam nak kena tangan je si Irah ni... (ramalan sahaja)

Kira malam semalam, Ibu Irah banyak terjaga dan menjaga Irah. Abah dia bantu sikit-sikit je. Cam tak larat. Penat ke, tertekan ke, tak tau lah. Walau cam ne pun, hari ini terpaksa balas balik jasa Ibu Irah tu. 'Jasamu tetap dikenang'. Terima kasih Ayang.

Hari ini aku ponteng. hehehehe.. Aku SMS mandor, cakap anak tak sihat. Bini dah tak larat gak. Lagi pun tengah tunggu jam je. Jadi memang aku kena ponteng hari ini. Mandor tak kata banyak, dia anto SMS gak, kata nanti mohon cuti gak. Hehehe.. cuti le dulu, baru mohon.

Seharian tengok gelagat dan perangai Irah. Lain dari biasa. Memang le, tak sihat. Tapi, yang leh dibanggakan sikit, jam 5 petang tadi, layan gak dia tengok Rancangan Hi-5 kat TV.

Alahai.. Irah.. Irah..

Thursday, June 16, 2005

Irah demam

Ciannya.. Irah, Ibu Irah dan Abah Irah baru je pulang dari klinik. Bawak Irah jumpa doktor. Dan, jadi rekod buat kami sekeluarga, sejak dari hari Isnin, kami pergi klinik setiap hari. Klinik yang berbeza dan dengan tujuan yang berbeza.

Lepas Irah buat pemeriksaan, doktor bagi 4 jenis ubat. Demam, Tahan Muntah, Batuk dan Antibodi. Kenalah 28sen. Itulah klinik swasta. Boleh tahan bayaran, berbaloi gak layanan dan ubatan.

Masa kami nak pergi ke klinik tadi petang, jalan sesak. Terkedek, kedek. Kalau berjalan kaki pun dah tiba ke klinik tu. Nak buat cam ne, Irah punya pasal. Tempoh lah jugak. Sambil pada tu, meragam gak Si Irah. Dok beria-ia dia nak pegang setereng kereta. Sambil meronta-ronta. Ibu Irah le yang dok menahan. Cian kat Ibu Irah gak.

Masa balik, walau kami dah pusing-pusing dan ronda-ronda jalan lain. Sampai Ibu Irah pening, (dapat le roti sikit ngan jagung cawan) sangkut juga masa nak sampai umah. Ada ape agaknya yang berlaku kat jambatan ke Permas Jaya tu ek..

Wednesday, June 15, 2005

Tokey dan aku..

Hari ni, masuk masuk kije je, dapat memo. Kena buat tu, buat ni, kemaskini tu, kemaskini ni. Waaa... diorang ni.. hari ni suruh... hari ni nak.. ingat ape? Hari-hari nak layan orang je ke? Sampah-sampah ni tak yah layan? Aik, aku sapu sampah pun kena jaga hati orang. Pulak tu orang tu kuat buat sampah. Dah tu, tak reti-reti plak nak letak sampah kat tempat sepatutnya. Hangin tul satu badan.

Dah le pagi tadi aku hangin. Hangin sungguh, ingatkan kerja tu memang aku dapat. Rupa-rupanya tak. Pulak tu, kena tunggu kata putus dari banyak orang pulak tu. Arrgghhhhh dah le hari tu mintak bukan2. Kata harga murah, nak tambah-tambah. Kan ke dah jadi mahal. Dah le jadi mahal, pulak tu, bukan dia yang buat keputusan untuk jayakan kerja kerja tu. hampeh.. hangin... cis cis ciissss...

Cam terkena pulak.. dah le aku malu nak cakap ngan pembekal barang.. barang dah pesan.. cam dah pasti nak buat kerja tu.. uwaaaaaa... apsal ada orang canggini..
cakap belit belit. Ape, dia ada gak udang disebalik mee ke?

Tuesday, June 14, 2005

Syoknye tidooo

Aku kena kije pagi hari ni. Mandor aku cuti. Kecemasan. Cam lipas kudung plak bila tak de mandor. Dah le aku sorang kuli kat situ. Mengangkut penyapu dari atas ke bawah, dari timur ke barat. Pulak tu, tetiba plak hari ni, cam hari sampah sedunia. Berbakul bakul muncul. Dan berbakul bakul gak benda yang bukan bukan keluar dari mulut aku.

Geram pun ada, hangin pun ada.. birat birat tul badan..

Balik umah petang, kena buat tu, buat ni.. lepas makan, tetiba enjin perlahan je gerakannya. Ape lagi, sayu je lah biji mata. Isshhh... Bantal.. ooo bantal.. Aku pun tak sedar, jam berapa anak aku tido, jam berapa aku masuk tido, dari jam berapa gak bini aku jadi jaga tunggu aku pindah masuk bilik tido. Hehehehehe.. Sape suh jaga.. lain kali angkat terus le masuk bilik.. :D

Monday, June 13, 2005

Isnin yang biru

Datang kerja awal sikit. Dengan harapan nak ganti jam yang terkurang pada hari-hari belakang. Hari-hari mendatang tak tahu lagi. Tapi memang macam nak tuang jam juga. Sampai kat tempat kerja, batang penyapu ke mana, penyodok sampah ke mana, tong sampah ke mana. Macam tongkang pecah tapi bukan kat gelang patah.

Bila baru je nak mulakan tugas, macam2 hal plak berlaku. Tertinggal barang la. Duit belanja tak cukup lah. Baju ganti lupa bawak pulak. Isshhhh... Banyak sangatkah dosa aku sampai jadi lagu ni.

Berita lain, tunggu permintaan kerja luar. Satu kerja kecik aku boleh dapat. Tapi satu kerja besar, belum tentu. Apasal tak dapat sekali aaaa. Kan ke senang.

Bila perut sudah kenyang...
Mata pun mula mengantuk...
Bila hati tak tenang..
Jiwa semput terbatuk-batuk..

Kepala berfikir macam macam ..
Perasaan gusar mencorak muram..
Mata berat senang nak pejam..
Curi tulang kerjanya haram...


cak pung.. cak pung...

Sunday, June 12, 2005

Tanggungjawab Seorang Ayah...

Tak sangka. Memang aku tak sangka. Tapi siapa sangka. Tak terpikir pun aku yang hari ini adalah Hari Bapa. Ini semua gara-gara aku layan cerita "Anakku Sazali", lakonan oleh P. Ramlee dan P. Ramlee. :D Pastu, tersentuh plak ngan kata-kata Si Bapak, "Hari ini, barulah aku berjaya menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang bapa."

Jeng jengg jennnggggg... {bunyi muzik latarbelakang bila cerita mula nak masuk babak kagum gile untuk ditonton}

Petang tadi, ajak le Irah dan Ibunya jeng jalan kek pasaraya kek Stulang Laut tu. Lepas Maghrib kami pun balik. Penat jeng jalan je. Balik-balik, idupkan tv. Rancangan mencari bakat penyanyi terhangat TV3, Mentor tengah ke udara. Cam bohong je rancangan tu ek.. Ntah le, tengok aje lah. Lepas tu, layan plak cerita pasal orang mati mintak tolong kat orang idup. "True Calling". Dalam syok-syok tengok cite tu, tetiba ada gangguan rancangan plak. Skrin yang bintik2 tu kuo kat muka tv. Pastu, gambar datang semula. Tapi suara, hampeh. Pasal sikit minat kat rancangan tu, layan gak la. Nasib baik ada sarikata kat bawah tu. Leh gak la layan. Cam tengok rancangan untuk orang-orang pekak plak.

Lepas cite bisu pertama tu habis, masuk cite bisu kedua plak. Cite pasal orang-orang nak jadi kaya cam Donald Trumph. Pertama kali lah aku layan "The Apprentice" ni bisu. Layan le gak. Dan akhirnya, walau ada beberapa kali rancangan tergendala lagi, suara datang secara tiba-tiba masa kumpulan "Net Worth Corp" dah nak masuk "Board Room". Akhirnya, si Tara kena pecat. Nasib ko le. Tak reti nak pikir antara kreativiti ngan sensitiviti.

Pastu, alat kawalan jauh jadi bahan ujian. Klik pun klik, terklik "Anakku Sazali". Kat TV2. Layan. Ha ha ha ha.. kepala samseng lari kena kejar polis, tapi balik semula kek rumah bapak dia. Ape punya samseng da.. Nasib baik le Si Hassan, bapak Sazali tu, tak macam kebanyakkan bapak anak-anak orang kite. Dipanggilnya polis untuk datang umah, tangkap anak dia. Berapa ramai agaknya, kalau seseorang tu kaya, ada pengaruh, dan tau anak dia samseng ke, kaki todi ke, kaki pompuan ke atau kaki ganja, dok mungkin berbuat sesuatu seumpama itu untuk membetulkan anaknya? Atau, lagi ramai yang buat-buat tak nampak.

Akhir kata, "SELAMAT HARI BAPA" kepada semua bapak-bapak, ayah-ayah, abah-abah yang ada kat dunia ini lagi,
dengan peringatan :
"Hello Polis. Anak saya isap dadah, datang le ke rumah saya untuk menangkapnya."

p/s Saddiq, ko bila lagi nak jadi bapak?

Saturday, June 11, 2005

Tertinggal kunci kereta dalam kereta

Berapa ramai yang pernah mengalami benda ni? Berapa kali dah terkena? Dan sape yang tau cam ne nak selesaikannya? Dah ada perkakas penting untuk itu.. Hehehehe

Waa, panjang ceritanya. {Ulang tayang..}

3 hari lepas, pakcik aku dok mintak tolong aku. Dia kata, kunci keretanya tertinggal dalam kereta. Dok disebabkan oleh perbuatan anak-anaknya. Aku pun tak berlengah lagi. Dengan berbekalkan dengan sebatang pembaris, bersedia untuk menolong. Dan, selepas berjaya, aku telah ditanya dengan pelbagai soalan. Salah satunya, "Waa.. macam pandai je curi kereta.", "hehehee.. tak de lah, biasa bukak kereta sendiri je. Banyak kali kunci tertinggal dalam." jawabku selamba.

Petang tadi aku pi kerja. Aku lalu kek sebelah stesen minyak. Aku dok nampak sekumpulan lelaki dok usha keliling satu kereta. Ada sorang lelaki, dok terbongkok-bongkok kek tepi cermin kereta, cam menunjukkan bahawa, masalah kunci kereta tertinggal dalam kereta. He he he.. aku geleng kepala je lah. Kadang-kadang, cam ne le ek, kita ni boleh terlupa. Lalai agaknya. Atau, banyak sangat fikir, membuatkan tak teringat perkara lain. Hmmm.. ape yang kite fikir? Banyak sangat fikir, agaknya boleh gile tak?

Haa.. bercakap pasal orang gile plak, hati2 le kalau korang bawak kereta atau jeng jalan kat kawasan Taman Pelangi. Aku ada ternampak, tapi memang sah orang gile, walau muka dia tak cam orang gile, tapi dia tak reti nak pakai seluar. Hari itu, aku ternampak dia dok mencangkung tepi jalan. Rosak gak kejap urat otak aku pasal terpandang. Arrrrggghhhh

Kerja bertangguh, tidak menjadi

Ramai agaknya yang mengetahui ungkapan ini. Atau mungkin ramai selalu diberitahu akan ungkapan ini. Tapi mungkinkah ramai yang tak tahu? Dan betapa ramai pula yang tahu tapi tak mahu ambik tahu akan intipati ungkapan ini. Apa yang ingin diberitahu akan pengucap atau pencipta ungkapan ini?

Banyaknya kerja.. banyak nye.. banyak nye.. tapi pasal ape tak terbuat-buat ni..

Kat opis, banyak kawasan tak bersapu lagi. Sampah makin menimbun. Lori sampah pun sampai lebih muatan. Lepas ni mesti masuk lebih 2 kali sehari. Dan semua kawasan nampaknya kena sapu lebih dari biasa.. letih letih letih..

Kat rumah, pun banyak kerja. Tangguhnya jangan cerita. Ada kertas yang dah dua tiga tahun dok dalam kotak tak diuruskan lagi. Arrrggghhhhhh tidak. Sebelum kahwin, tunggu lepas kawin. Dah kawin, tunggu lepas dapat anak. Lepas dapat anak, dah nak masuk anak nombor dua. "Nasib.. nasib.... engkau wahai kertas..."

Friday, June 10, 2005

Dapat ke tak.. dapat ke tak..

Kalau dapat..
Aku terpaksa memulakan suatu perjuangan baru tanpa batas untuk diriku dan semua insan di jagat raya ini. Dan bila dah dapat, aku kena pindah ke syarikat baru, dan bersiap sedia untuk berpindah ke rumah baru. Dan bila dapat juga, aku kena berubah seratus peratus dan bukan sikit-sikit. Silap-silap, apa yang aku suka, mungkin aku tak boleh suka lepas dapat...

Kalau tak dapat..
Aku terpaksa meneruskan perjuangan ini sehingga aku menemui sinar dan peluang yang lain. Dan bila tak dapat, aku kena bekerja lagi di syarikat ini, bekerja dan bekerja sehingga dapat rumah baru. Dan bila tak dapat langsung, aku harap, aku dapat berubah, dan sentiasa berubah kepada yang lebih baik. Dan aku harap, kalau aku tak dapat, orang masih nampak aku ini masih mampu menyapu dari tingkat atas sampai tingkat bawah...

Thursday, June 09, 2005

Berniaga

Aku suka berniaga. Aku suka menjual barang. Aku suka memberi perkhidmatan kepada pelanggan. Aku juga suka sekiranya pelanggan puas dengan barangan aku. Dan aku paling suka bila pelanggan juga puas dengan perkhidmatan aku. Tapi, kadang kala aku tak suka pada dua tiga benda dalam bab berniaga ni.

Pertama, aku tak suka nak letak harga barang. Dan kadang-kala tak reti langsung. Pasal, katakan aku beli barang itu dengan harga dua puluh ketul, aku akan jual tak lebih dua puluh lima ketul. Dan kadang-kadang, takot harga terlebih dari harga pasaran, aku kurang lagi. Dan kadang-kadang dengan karenah pelangan nak mintak kurang, walau dia memang tau aku tak untung besar, dan harga barang tu memang murah, maka cairlah aku, akhirnya, kena kurang juga harga tu. Kesudahannya, terjual dalam dua puluh satu ketul. Untung seketul je. Gelak tak? Gelak le pelanggan aku....

Keduanya, aku tak suka nak kenakan bayaran perkhidmatan tetap kan pelanggan. Ikut suka aku. Paling tidak, dapat duit minyak. Duit peluh, duit penat, duit kepala otak berfikir, duit pengalaman dan pengetahuan dan duit upah, kadang-kadang tak mintak. Kesian. Nak buat macam mana? Bukan tak nak untung, tapi memang tak reti nak untung. Ntahlah labu...

Ketiganya, hutang. Hehehehe.. aku tak suka hutang orang. Dan aku tak suka orang hutang aku. Tapi.. biasanya pelanggan akan tanya jugak, boleh hutang tak? Arrrggghhh.. Dan aku pun terpaksa le mintak kadar hutang jugak dengan pembekal aku. Tak leh nak wat cam ne.. Itulah kehidupan. Kalau tunai sepuluh ketul, hutang punya pasal jadi lima belas ketul... nak buat cam ne.. hutang je lah...

Tapi hakikatnya.. aku nak berniaga. Aku nak berniaga sungguh-sungguh. Aku nak ramai orang bekerja dan berniaga sama-sama ngan aku. Aku nak perniagaan aku ada kaitan dengan segala kehidupan ini. Aku nak jadi kaya. Dan aku juga nak kayakan masyarakat aku.. kaum aku.. umat aku.. dan rakyat negaraku.. bukan kayakan negara ... pada hal.. negara sememangnya sudah kaya dari dulu, sekarang ni.. tinggal sikit je kekayaan itu. Telah digondolkan dan dihabiskan oleh mereka-mereka yang tamak dan haloba.

Wednesday, June 08, 2005

Aku cam bangang..

Ntah, tak tau, ape ke benda, opo eke...

Cam bodoh je nak wat ape-ape kat pejabat ari ni. Ke sana cam tak kena. Ke sini cam tak kena. Ke situ ngan ke sanun lagi la. Tapi kehidupan mesti diteruskan. Walau macam mana pun kena terus menyedut udara dan menikmati kehidupan sementara ini. Jangan lalai. Jangan leka. Kelak, tersadung kaki. Patah gigi.

Pueh juga aku dok perah otak. Ape yang berlaku hari ini. Ape yang aku dah dan akan buat. Tapi, semua cam samar-samar je. Apasal ntah. Gaji dah dapat. Baki tolak-tolak utang, ada le tinggal sikit lagi. Fikir punya fikir, masih tiada jawapan.

.. hmm tak jadi nak wat ape-ape. Jom lepak kat Komuniti Sembang MDC jap.

Tuesday, June 07, 2005

Aku nak balik...

Hehehe.. dah dekat jam 10 rupanya. Eeee.. nak balik.. nak balik.. tapi aku tak siap lagi tukar 'tape backup'. Isshhh....

{Berhenti menaip kejap.. Pi buat kerja..}

Alamak.. alamaakk.. alamaaaakkkkkkkkk.. baru teringat, kena beli roti karang.. isshh isshhh isssshhhhhhhh..

Perkara yang agak bagus hari ini.. hehehe tentu le pasal makan. Aku dapat makan tempe goreng. Dah dekat 2 3 hari gak tak dapat tempe goreng garing cam tu.. Mmmmm syoknyee...

Perkara lain, anak aku yang sorang tu dah pandai merajuk. Tak dapat keluar bilik, pasal kena kunci pun dah pandai tarik muka. Bukan main jelingnya kat orang dengan aksi dan gaya membantah. Sambil merengek sesikit lagi. Bila pintu terbuka sahaja. Wah wah wah.. siap gelak jahat lagi. Waaa.. cam ne agaknya bila dia dah ada adik nanti. Dan, dua tiga hari lepas, aku ternampak satu gigi geraham susu dia dah muncul. Peh.. patot le 2 minggu kebelakangan ni perangainya lain sikit. Asyik-asyik menangis je kerjanya. Malam dan masa tidur pun sama.

Bil.. bil.. bil.. wah banyak gak yang tertunggak...

Dan kerja-kerja rumah aku masih banyak lagi tak dikemas-kini. Dah le kerja kat tempat ni tak pernah habis. Sapu sana, sini sampah. Sapu sini, sana sampah. Sapu sana sini, situ pulak bersampah. Ahh.. ahh.. ahhhh...

Nasib baik gak dua tiga hari ini hujan agak kerap mencurah bumi. Tapi bila cerah, bahang dan terik matahari amat terasa sekali kepanasannya. Banyaknye dosa aku ni...

"Ya Allah Ya Tuhanku.. Ampunilah dosaku serta saudara-saudara seIslamku..."

Monday, June 06, 2005

Letihnya...

He he he

Hari ini aku letih. Mungkin tidur lambat. Mungkin pasal panas. Mungkin jugak akibat dok menjadi pengawal peribadi si Irah masa meneman ibunya pi jumpa doktor hari ini. Fuuu.. Penuh lantai poliklinik tu ngan tapak-tapak si Irah. Nasib baik tidak berbekas. Kalau tidak, jenuh gak orang nak mengelapnya. :)

Sudah penat, ditimpa hujan.

Lepas makan, aku gi kije. Lambat sikit, tak berapa sihat. Arrggghhh.. Ingatkan sikit je. Rupa-rupanya lebat gak. Tapi, sampai kat opis, jalan masih lagi kering. Loh, cam ne nak bagi alasan lambat masuk kije pasal hujan ni? du du du...

Baru jam 6, tapi mata dah letih dan ngantuk cam jam 11 malam. Isshh issshh issshhh...
Zz zz z z z z z z z

Sunday, June 05, 2005

Legaran Segget

Sape pernah dengar? Sape tau kat mana tempat ni? Dekat ke ngan Sungai Segget? Kat Bandar Johor Bahru ke?

Hari ini, merupakan hari pelancaran dan perasmian Legaran Segget ni. Siap ada Karnival Jalanan Johor 2005 lagi. Cam ne agaknya keadaan karnival itu malam tadi. Dan dari makluman aku perolehi, bermula jam 6 petang tadi, beberapa jalan utama di Bandaraya Johor ditutup sehingga pukul 1 pagi nanti. Kalau sesape yang pergi ke karnival itu, cerita le sikit kat aku. Leh kongsi sesama.

Dari pemerhatian aku petang tadi, dalam jam 4 petang, kerja-kerja terakhir sedang dilakukan. Mengemas pokok-pokok bunga. Mengindah khemah, menyusun kerusi2 VVIP dan pentas. Mengemas itu ini. Huu.. agak2 tukang sapu sampah malam ni, tido pukul berapa agaknya. Harap-harap tidak pukul 6 pagi. Luas gak kawasan hendak dibersihkan tu. Kalau aku, gerenti kejang lutut jadinya.

Saturday, June 04, 2005

Operasi Cabut dan Indah...

Petanda.. itu memang satu petanda. Kalau dah tuan rumah dok mencabut rumput-rumput kat kawasan depan rumah, alamatnya hanya ada dua pilihan :
1. Jangan bagi rumput-rumput tumbuh subur, atau
2. Cari le rumah lain......

Pilihan ke 2 memang aku tak mampu buat. Jadi, aku memilih pilihan pertama. Pepagi lagi aku dah mulakan kerja-kerja mencabut rumput. Aku mukakan dengan kawasan belakang rumah. Kira dah nak masuk tahap 'Jurasic Park' le jugak. Habis bersih. Longkang yang agak tersumbat pun aku langsaikan. Air mengalir dengan tenang.

Kemudian, aku sambung dengan halaman rumah sedikit. Tetapi, oleh kerana tenaga tuaku ini amat terbatas. Maka aku hanya dapat membersihkan hampir 20% hingga 30% kawasan hadapan sahaja. Dan terpaksalah aku mengangguhkan kerja-kerja pembersihan itu pada suatu masa yang lain. Kira-kira cam.. bersambung adalah kisahnya.

Friday, June 03, 2005

Kebun Bunga

Malu.. malu.. malu..

Hari ini aku bekerja awal pagi. Tengahari aku balik ke rumah sekejap. Bersiap untuk ke masjid, Solat Jumaat. Tiba je di hadapan rumah, aku tersenyum. Rajin gak orang rumah aku pagi ni. Hehehehe.. Banyak gak rumput-rumput yang tumbuh subur di kawasan halaman rumah telah dicabutnya.

"Yang.. wahh.. upah tukang kebun ke?" tanyaku umpama menyindir.
"Nape?" jawapnya pendek.
"Tuuu..." memuncungkan mulutku ke arah kawasan rumput yang telah dicabut.

Orang rumahku hanya terdiam. Dan seribu pertanyaan tersembul di hadapan mukanya. Aku pun kebingungan. Siapa pulak yang dok mencabut rumput-rumput tu? Issshhh.... Tanpa berlenggah lagi, aku pun mencari jawapannya. Aku bertanya kepada makcik ku yang tinggal di sebelah rumah. Ohhh tidak...

Memalukan. Apa tidaknya, jawapan darinya itu membuatkan aku hanya boleh tersipu-sipu malu.

.. " Tuan Rumah "

Thursday, June 02, 2005

Angsana.. oh angsana..

Pagi ni, sekonyong-konyong waktu pintu-pintu kedai kat dalam komplek beli-belah ni baru nak bukak. Aku sekeluarga sudah berada kat situ. Tujuannya cuma satu, nak cari sikit barang untuk komputer. Jalan punya jalan, ronda punya ronda.. eh tak ada pun. Semua bukan barangan komputer yang diorang pamerkan. Kata ada 'Computer Fair' kat sini. Aik.. betul ke tak maklumat aku ni.

"Wak, betul ke kat sini ?"
"Ko wak, jangan main-main la..."
"Ngan anak bini aku bawak sekali ni tau,
ape wak? tempat lain pulak..
"

Sah, tempat lain ghupenya.. Grrr.. grrrrr... grrrrrrrr....

Wednesday, June 01, 2005

Sibuknya...

Hari ini merupakan hari pertama dalam bulan Jun. Bagi orang kebanyakkan, hari ini saku masih lagi penuh dengan duit gaji. Bagi sesetengah orang pula, hari ini adalah hari paling sibuk untuk menutup segala akaun dan kunci kira-kira bulan lepas. Arrgghhhh.. Banyaknya sampah nak kena sapu ni...

Hari ini jugak, sebelum pi kerja, sempat gak masak. Sup Daging. La ni, aku hanya boleh ingat bahan-bahan penumisnya sahaja iaitu 2 biji bawang putih, 3 biji bawang merah, seinci halia sebesar jari, kemudian ditumbuk rata, 1 ketul bunga lawang, sekerat kayu manis, 4 biji bunga cengkih dan.. dan.. dan.... aku lupa juga akhirnya... Arrrggghhhhh...