Friday, September 30, 2005

Polis Trafik mencari mangsa

Semalam, aku rasa merupakan hari Polis Trafik mencari mangsa. Apa tidaknya, duit dari kutipan saman (walau sudah diberi diskaun 50%) banyak telah terkumpul. Oleh itu, sebahagiannya digunakan semula sebagai modal untuk memulakan operasi pembenterasan samseng jalanan dan pelanggar-pelanggar undang-undang jalan raya.

Salah satu cara paling senang untuk mereka mendapatkan pendapatan dari saman ini adalah, menyaman kesalahan lampu isyarat. Sekarang ia adalah kesalahan madatori. RM300 kompaun maksimum tanpa bicara. Bawak ke mahkamah pun kalah, bagi sesiapa yang telah melanggar lampu merah ini. Kecuali bagi mereka-mereka yang berani langgar terus tiang lampu isyarat, aku rasa boleh dipertimbangkan lagi.

Usaha ini adalah sungguh murni dan dapat mengekang dan mengurangkan bilangan pemandu-pemandu yang ganas dan bagi mereka berani melanggar kesalahan undang-undang jalan raya. Kat sini aku nak nyatakan 2 kawasan yang menjadi medan operasi Pihak Polis Trafik semalam. Diharapkan ianya diteruskan dari semasa ke semasa hingga tiada lagi pemandu-pemandu degil dan ganas ini.

Kawasan pertama, Lampu Isyarat Simpang 3 Stulang Laut (Berhampiran Hotel Eden)
Simpang 3 Stulang Laut
Kedudukan anggota yang menjadi pengintip. Kadang-kadang berpakaian biasa dan duduk betul-betul di hadapan simpang 3 tersebut.
Kedudukan sepasukan anggota polis trafik membuat sekatan jalan raya bagi laluan dari arah Stulang Laut ke Permas Jaya/Taman Sentosa sahaja.

Kawasan kedua, Lampu Isyarat Simpang 3 Taman Iskandar (Berhampiran Kompleks Sukan Tiara)
Simpang 3 Taman Iskandar
Kedudukan anggota yang menjadi pengintip. Biasanya bersembunyi di dalam Kawasan Tempat Letak Kereta Kompleks Sukan Tiara.
Kedudukan sepasukan anggota polis trafik membuat sekatan jalan raya bagi laluan dari arah Taman Iskandar/Taman Sentosa ke Stulang Laut sahaja.

"MESRA, CEPAT & BETUL"

Alahai Kampungku.. sambungan

Papan Tanda Utama Kampungku...Bagi yang tak puas melihat gambar kampung aku, aku ada mengapungkan sebahagian lagi gambar-gambar terbaru di Fotopages.com.

Monday, September 26, 2005

Alahai Kampungku..

Pintu Gerbang kampungkuJahatkah aku? Petualangkah aku? Derhakakah aku? Aku pun sendiri tidak mengetahuinya. Ini kena tanya semua penduduk kampung aku. Kalau 100% mereka sekata mengatakannya, baru aku terima gelaran itu.

Agak kecewa jika kau pulang ke kampung. Mungkin orang lain selain aku, sekiranya pulang ke kampung, mereka bahagia dan gembira. Tapi, tidak bagi aku. Kecewa, sedih dan sakit hati. Kenapa aku boleh jadi bergini? Kerana inikah aku menjadi semakin malas pulang ke kampung? Dan mungkin disebabkan ini agaknya aku tidak mahu mengetahui akan berita yang datang dari kampung?

Ntahlah.. korang tatap le dulu secebis gambar yang telah aku letak di Fotopages.com aku itu.

Wednesday, September 21, 2005

Bumbung rumah aku

Korang nak tau kedudukan sarang gojira sekeluarga?
Cuba korang tengok gambar-gambar ikhsan dari Google Earth ini.

Malaysiaku tercinta..
Inilah Malaysia, atau Tanah Melayu.


Johor Indah dan Permai..
Hujung tanah, nama lama bagi Negeri Johor Darul Takzim.


Johor Bahru Maju..
Kawasan Bandaraya Johor Bahru, Ibu Negeri Johor.


'Burning Stone'
Inilah kedudukan Kampung Bakar Batu, minima RM500 sekaki persegi.


Kedudukan Terperinci Sarang Gojira
Ini dia, Rumahku.. Syurgaku.. Jemputlah singgah...


p/s terima kasih buat Qiddas kerana mengkhabarkan perkara ini 3 hari lepas. Kadang-kadang, aku tersesat kat dalam Google Earth tu. Selamat mencuba pada semua. Gambar2 yang kedapatan adalah berusia sekitar 2 hingga 3 tahun. Harap maklum.

Tuesday, September 20, 2005

Surel buat bebudak X-SMA 1991

Diceduk dari http://groups.yahoo.com/group/xsma91/
bergini bunyinya :

Dari : Gojira
Tarikh : Selasa, September 20, 2005 7:42 pm
Perkara : BALAS: [xsma91] Apa Khabar?

wei.. lord.. aku ko tak nak ucap tahniah gak
ker? hehehehehe

kisah bebudak kite terkini :
salleh - last kisah yang aku tau, kije kilang lagi
supervisor kot.. kat batu berendam... dengan
amek partime jual prepaid kad.. merata2 tempat berjaya
dia jelajah.. menjual pastu.. diam je.. aku ingat
dah sibuk gile kot.. Dengar nak kena tukau JOHOR...
(wei.. ape cite permintaan aku?)

Din - sekarang kerja jaga koko.. dekat dalam port
alaa kat PTP tu.. duduk kat area Senai kot..
aku pun dah lupa.. hehehe.. dia beranak dulu (pompuan
lagi kot) ke aku yang beranak dulu.. hehehe
so sekarang ni aku dah sepasang.. jom celen..
tapi bross ko dah empat ker?

Jeff - lama aku tak jumpa sopak sorang ni..
lord, taman munshi mana? KL ke? hehehe aku baru
bercadang berumah kat area Bandar Putra KULAI...
tengok le rezeki anak-anak...

Bross - pun dah lama tak jumpa PUNK sorang ni..
hehehe.. tak ada jodoh je nak balik kampung sama..
ape-ape hal pun, family aku plan nak buat majlis
berbuka puasa RAMADHAN ni.. jom balik KOTA..

Lord - hahahaha.. jaga orang VVIP ke ?? aku selalu
gak nampak VVIP kat sini.. hehehe aku dah tukar
kerja kat
http://www.edengarden.com.my
baru setahun. pening gak kepala.. banyak hal...

Nani - dengar kata dah jadi pengurus kat melaka
ni yang dok lepak bukit beruang sekarang ni aku
rasa itu pun si salleh bagi tahu.. salleh kata dia dah
senang.. amiiinnnnnnnnnnn

Aku - hehehe.. masih kerja lagi.. masih cuba untuk
hidup lagi.. belum senang.. hutang keliling pinggang
lagi.. tak de usaha nak tinggalkan terus makan gaji
tengok le lagi 2 tahun... hmmm salleh tak
berani aku lagi la... hehehe

pokok sening ngan adela dah tebang
keledang dan tunggal belum dan bakal menyusul.. tapi
minyak ada le dapat RM1k lagi sebulan.. 100% tolak
kilang felda tu.. dan aku bangga (walau aku
tak tolong mak aku) ladang mak aku dah 2 tahun turun2 dapat
anugerah ladang paling bersih.. hehehehe..

okay itu je.. ape ape peratikan
blog aku kat
sini.

Friday, September 16, 2005

Segar, dingin dan nyaman

Air Hujan...Pagi ini terasa dingin. Agaknya pada jam 7 pagi tadi hujan mula turun. Atau, turun awal dari itu. Aku tak sedar. Semalam petang juga hujan. Musim hujan telah tiba agaknya. Musim basah atau musim tengkujuh. Atau, adakah ini fenomena semula jadi apa bila monsun bertukar. Monsun Barat Daya ke Monsun Timur Laut.

Malam tadi aku telah melakukan satu kesilapan besar. Bagaimana ia terjadi dan boleh terjadi, aku pun tak tahu. Entahlah, kita sebagai manusia, sememangnya amat mudah digoda oleh nafsu dan bisikan syaitan. Hujan yang kurang lebat..Dan hari ini aku bagai ingin bermain dengan permainan dunia seterusnya. Seolah-olah satu perjudian. Mempertaruhkan untung nasib dan jatuh bangun aku dalam kehidupan ini. Bagaimana pun, ianya tidak boleh diremehkan.

Baiklah.. aku kena pergi dahulu. Nanti aku sambung balik. Nak pergi meneruskan perjuangan ini. Doakan aku berjaya hendaknya...

Tuesday, September 06, 2005

Harga Minyak Nak Naik Lagi...

Logo PetronasAku dah dapat agak. Kes lama pun belum habis kena ngata, kes akan datang dah nampak bayang. Macam-macam pula rempah ratus yang digemburkan. Ada yang kata, bila minyak naik lagi, cukai jalan kenderaan akan dipotong.. Yang lain kata, tol pulak tak akan naik dalam jangka masa terdekat. Aku pulak nak kata ape?

Anggaran belanja petrol bagi aku kalau dihitung2 mengikut purata 2 tahun sudah, biasanya melebihi 10 ketul. Berkemungkinan, dalam masa 2 tahun akan datang, paling kurang 15 ketul. Isshhh... lebih lagi jalan, lebih ketul le terpaksa dikeluarkan. Kesimpulan, waktu SUSAH macam ni, kita kena kurangkanlah berjalan-jalan tu. Iye tak?

Jom isi minyak di sini...Ini ada beberapa cadangan terdengar dari orang-orang sekeliling aku :
1. Minyak Petrol ditetapkan harganya sebanyak RM2 perliter sepanjang 2 tahun.
2. Hanya menggunakan minyak berjenama Petronas sahaja.
3. Harga kereta, kadar faedah pinjaman kereta dan harga alat ganti kereta dikurangkan. Pembelian terus dari pengedar UTAMA digalakan.
4. Mencipta kereta berenjin disel kelapa sawit, sebelum minyak itu dipasarkan secara meluas. Jika tidak, syarikat kereta asing yang untung.

Cuma, kekadang tu aku ada terfikir, bila telaga minyak tetiba kering, Petronas nak jual ape?

Monday, September 05, 2005

Hentian ini

Lihat hentian bas ini. Kosong.. Lenggang.. Kenapa? Perkhidmatan Bas diberhentikan ke hari ini? Syarikat-syarikat Bas telah gulong tikar ke? Atau, semua orang dah tak mahu naik Bas. Tambang Mahal. Atau semua sudah ada kereta sendiri? Kereta dah murah.. cuma minyak je mahal... keh keh keh..

Hidup ini merupakan suatu persinggahan. Kita akan ke destinasi seterusnya. Adakah kita tahu akan destinasi seterusnya itu? Dan di mana perhentian kita nanti? Bolehkah kita pilih ke mana-mana destinasi yang kita suka? Dan... adakah kita sudah bersedia??

Hari ini aku nak minta maaf kepada semua sahabat-sahabatku. Ruangan komentar (Comments) telah mengalami sedikit perubahan. Bila korang hendak menghantar sebarang komen, korang pasti akan terjumpa dengan benda ini :
Jangan terhenti pulak langkah korang nak meluahkan komen korang tu. Aku terpaksa mengadakan 'Word Verification' (Pengecaman Perkataan) ini kerana ada beberapa manusia berbahasa Inggeris telah memberikan komentar-komentar yang aku sendiri tidak memahaminya. Ini merupakan tindakan sementara aku dan juga sebagai suatu langkah berjaga-jaga. Aku takot ada wabak-wabak tidak baik singgah ke sini. Jika keadaan kembali reda, aku akan menghilangkannya.

Keadaan kerja aku sekarang, amat mengila. Susah nak dikawal. Sini tumpah. Sana pecah. Situ limpah. Sinun berderai. Nak kata si Katrina lalu kat sini, tak nampak pulak. Angin pun tak boleh lalu.. Iyelah.. Dalam bangunan katakan... Tapi kat sini hebat. Dalam bangunan pun kadang-kadang boleh banjir. Kadang-kadang boleh runtuh. Kadang-kadang leh terbakar. He he he.. Dan agak hebat lagi, tempat aku duduk pun kadang-kadang anak lipas tumpang lalu.. Nahas le.. penyek lepas tu aku kerjakan.

Bulan ni cam tak de cuti panjang. Sesiapa yang lom ganti puasa, elok le ganti lelekas. :D Dan kepada adik-adik yang sedang menduduki peperiksaan UPSR.. selamat menjawab kertas soalan. Hmmm adik aku ada sorang dok ambik peperiksaan ni. Ok kot dia ni. Boleh jadi harapan keluarga. Aku doakan moga dia berjaya dengan cemerlang. Tapi.. aku rasa, aku tak banyak bantu dia....

Dinginnya pagi ni...

Suasana kampung di waktu pagi yang dingin...Hari ni pepagi dah kena bangun. Si Irah dok mintak susu. Sejuk je rasa pepagi ni. Walau kipas tidak dipasang semalaman, tapi sejuknya bukan main. Semalam hujan turun agak lebat. Dari tengahari jejak ke awal petang. Syukur kepada DIA. Ini merupakan sebahagian juga RahmatNYA kepada sekalian alam, bukan hanya untuk manusia.

Berita menarik 2 3 hari ni, kalau korang belum tahu lagi la.. MDC dah kembali. Seperti rumah yang dah lama kena tinggal. Tak pun, seperti rumah yang tetiba kena padam (delete), alih-alih timbul (undo) kembali. Pelik tak? Bila mana dia menghilang, macam2 perasaan timbul. Rindu.. Sedih.. Sebak.. dan kadang-kadang cam gila bayang pun ada. Rasa macam orang bercinta pulak.

Hari ini dah 1 Syaaban 1426, sebulan lagi kita berpuasa. Syukur ALHAMDULILLAH, masih ada lagi hayat kita untuk bersua kembali dengan Ramadhan. Apa keazaman Ramadhan anda pada tahun ni? Moga ianya akan menjadi kita lebih baik dari Ramadhan yang lepas. Tahun 2005 pula sudah tinggal 3 4 bulan sahaja lagi. Cepatnya masa berlalu. Dapatkah dikutip segalanya untuk dibawa ke tahun-tahun seterusnya? Mudah-mudahan...

Jumpa lagi..

Saturday, September 03, 2005

Projek Awal Pagi

Bangun je pagi, susu dipinta.
Kemudian, memulakan aktiviti biasa. Mendengki adiknya
si Mamat atau bermain dengan permainan-permainannya.

Buat ape le tu...
Sedang asyik-asyik bermain, tiba-tiba...
seperti ada yang tidak kena.. jeng.. jenngg.. jennggg..

Ooo main dengan tulang ikan..
Tak tentu arah dibuatnya
kenapa masa ini pulak ia datang.. issshhhh

Alamak.. alamakk...
Usaha adalah tangga kejayaan
semua kerja mesti diteruskan...

Errrrrrkkkkkkkkkkkkkk...
di situ aje dilepaskan...
teran.. jangan tak teran...

Aaaaaaahhhh...
Fuuu.. legaaa..



T A M A T

jumpa lagi......