Saturday, October 29, 2005

Si Cencurut Pun Nak Raya

Jam dah dekat kul 5 pagi. Dengan terpaksa, terus bangun. Siap2 le apa patot. Sedang dok terkulat-kulat nak cari apa yang patot, tetiba aku terpandang sesuatu.Klik untuk lebih jelas..Apa yang orang umah aku goreng ni? Apasal tak diangkat dan terbiar berendam dalam minyak ni. Eh.. lain macam je nghupenya. Alamak, bergerak pulak.
"Aik, ko pun nak mandi minyak cencurut..."
"Dah mandi, pi le balik... yang ko duduk lagi berendam dalam tu buat apa?"
Klik untuk lebih jelas..Agaknya dia nak sambut depavalli kot. Tu pasal beriye mandi minyak. Tapi jangan le ko mandi dalam kuali. Buruk ghupenya. Dah tu, yang ko pakai minyak yang sudah digunakan untuk mengoreng tu buat ape? Kan ke berbau satu badan...
"Isshhhh..... Tak guna satu sen tul la..."

Sunday, October 23, 2005

AWAS Ops Sikap Bermula

Klik untuk paparan ke tetingkap lain..


Pagi tadi aku pergi ke pasar. Membeli keperluan dapur.
Aku beli daging 17 ringgit sekilo. Pada aku agak mahal.
Semalam ada terdengar kerajaan ada nak buat satu ladang
lembu terbesar di Jelai - Gemas. Mudah-mudahan 5 ke 10
tahun lagi daging akan serendah 10 ringgit sekilo.
Pihak polis telah memulakan Ops Sikap ke-9
dan akan berjalan selama 15 hari. Diharapkan dengan
Ops ini, para pemandu kenderaan akan lebih berhati-hati
dan bertanggung-jawab semasa memandu.


oleh : gojira muda
23/10/05

Saturday, October 22, 2005

Ramadhan - Hari ke 18

Lega.. lega.. lega..

Aku dah bayar Zakat Fitrah.. He he he.. takot le nak tunggu gaji. Aku korek duit tabung. Korek tabung sana. Korek tabung sini. Ada. Terus pi bayar. Huuuu... 3 tahun lepas, aku bayar untuk diri aku sahaja. Kemudian, aku bayar untuk diri aku dan diri isteri tercinta. Tahun sudah, campur lagi satu. Tahun ni, dah jadi empat.. Tahun depan? Empat le lagi agaknya.. he he he... (pandang kiri kanan, karang ada orang kejar aku ngan batang penyapu..)

Hari ini juga catatan paling hebat bagi keluarga aku. Baru kali kedua berbuka tanpa dapur berasap. He he he he.. hikmat tabung sakti tu.. har har har.. Pertama kali ari tu, berbuka kat rumah sahabat. Kira cam kawan, sahabat dan saudara lah.. Berjumpa le Irah ngan kawan dan adik kawannya.
Gambar-gambar Irah, Mamat dan rakan-rakanHari ini, pekena menu Moghul. Roti Nan. Power tak power, nampak cam kecik. Nak bantai 2 keping sorang. Tapi bila dah telan, huuu.. sekeping pun dah kenyang. He he he itu le namanya nafsu. Hmmmm.....Pastu, air istimewa hari ini, Rootbeer A&W. Kita orang beli 2 botol dengan rega tak sampai seketul pun. Nak bagi lagi mengancam, kitorang beli aiskrim Walls perisa Vanila. Uwwaaa laaaaahhh... (maap kak engku)

Hidup Biar Sedap..Bak kata Wall's pula, "Hidup Biar Sedap". Hmmm memang sedap. Tapi rasanya mungkin tak macam yang tulen kat A&W, kitaorang main belasah aje. Minum.. minum.. dan minum. Hasilnya, ada orang pengsan kepeningan selama sejam lebih. Nak buat cam ne, pukulan angin menolak dari dalam perut agaknya. Mungkin disebabkan eskrem yang dah agak cair tu. Kira kurang kat sejuk dia kot.

Korang berbuka ape?

Irah..Mamat..
Beberapa keping gambar aksi terkini Irah dan Mamat terdapat dalam Yahoo!Photo aku yang bertajuk, Irah dan Mamat.

Bagi peminat Setem pula, aku memiliki sedikit koleksi setem Malaysia terbaru untuk dikongsi bersama. Klik sini... Buku Setem GoJiRa.

Wednesday, October 19, 2005

Belajar Jawi...

Mungkin korang pernah terbaca catatan Belajar Menggunakan Aplikasi Menulis Jawi Di Komputer di sini. Kalau korang dah berjaya memasukkan aplikasi tersebut, dan sudah dapat menggunakannya, aku rasa korang mesti pening sedikit semasa hendak menulis jawi. Jika anda berkeadaan demikian, aku ada sikit buah tangan. Korang klik kat Peta Huruf Jawi ini :
Peta Kekunci Huruf Jawi..Aku rasa, selepas korang melihat peta dan dapat menghafalnya, penulisan korang pasti akan lancar dan mudah.

Kemudian, sekiranya korang ingin maklum balas dan ingin berbincang berkaitan Aplikasi menulis Jawi ini, korang bolehlah ke ruangan Sembang2 MDC. Di dalam topik Jawi : Gojira cuba menulis Jawi.

Selamat mencuba...

Tuesday, October 04, 2005

Bunga-bungaan

Koleksi Bunga-bungaan Bonda..Dah dekat-dekat awal Ramadhan ni, sama-sama le kite bersyukur dengan apa yang ada. Disamping itu, selalulah memerhati akan keindahan yang telah diciptakan oleh NYA. Buat masa ni, aku nak le kongsi sikit-sikit koleksi bunga-bungaan yang ada di halaman rumah bonda. Namun, nak gak korang kongsi-kongsi sikit ilmu korang. Korang tau ke nama-nama bunga tu? Kalau tau, bagi le aku tahu.. Aku ni lemah sikit bab pokok bunga ni. Bab ikan pun gagal. Makan je tau, nama ikan jangan cite le.. Yang ingat cuma Kembong, Bawal ngan Selar Kuning je.. He he he..

Jom tengok bunga-bunga kat Fotopages.com aku....

Monday, October 03, 2005

Kancil aku...


Inilah dia kancil belaan kesayanganku. Bila agaknya hendak dihantar selenggara. Masa dan jarak yang sepatotnya, sudah lama terlebih. Dalam masa sebulan akan datang ni, larat ke aku nak hantar? Hmm... bila tu ek?