Polis Trafik mencari mangsa
Salah satu cara paling senang untuk mereka mendapatkan pendapatan dari saman ini adalah, menyaman kesalahan lampu isyarat. Sekarang ia adalah kesalahan madatori. RM300 kompaun maksimum tanpa bicara. Bawak ke mahkamah pun kalah, bagi sesiapa yang telah melanggar lampu merah ini. Kecuali bagi mereka-mereka yang berani langgar terus tiang lampu isyarat, aku rasa boleh dipertimbangkan lagi.
Usaha ini adalah sungguh murni dan dapat mengekang dan mengurangkan bilangan pemandu-pemandu yang ganas dan bagi mereka berani melanggar kesalahan undang-undang jalan raya. Kat sini aku nak nyatakan 2 kawasan yang menjadi medan operasi Pihak Polis Trafik semalam. Diharapkan ianya diteruskan dari semasa ke semasa hingga tiada lagi pemandu-pemandu degil dan ganas ini.
Kawasan pertama, Lampu Isyarat Simpang 3 Stulang Laut (Berhampiran Hotel Eden)

Kedudukan anggota yang menjadi pengintip. Kadang-kadang berpakaian biasa dan duduk betul-betul di hadapan simpang 3 tersebut.
Kedudukan sepasukan anggota polis trafik membuat sekatan jalan raya bagi laluan dari arah Stulang Laut ke Permas Jaya/Taman Sentosa sahaja.Kawasan kedua, Lampu Isyarat Simpang 3 Taman Iskandar (Berhampiran Kompleks Sukan Tiara)

Kedudukan anggota yang menjadi pengintip. Biasanya bersembunyi di dalam Kawasan Tempat Letak Kereta Kompleks Sukan Tiara.
Kedudukan sepasukan anggota polis trafik membuat sekatan jalan raya bagi laluan dari arah Taman Iskandar/Taman Sentosa ke Stulang Laut sahaja."MESRA, CEPAT & BETUL"













Jangan terhenti pulak langkah korang nak meluahkan komen korang tu. Aku terpaksa mengadakan 'Word Verification' (Pengecaman Perkataan) ini kerana ada beberapa manusia berbahasa Inggeris telah memberikan komentar-komentar yang aku sendiri tidak memahaminya. Ini merupakan tindakan sementara aku dan juga sebagai suatu langkah berjaga-jaga. Aku takot ada wabak-wabak tidak baik singgah ke sini. Jika keadaan kembali reda, aku akan menghilangkannya.
Keadaan kerja aku sekarang, amat mengila. Susah nak dikawal. Sini tumpah. Sana pecah. Situ limpah. Sinun berderai. Nak kata si 















