48 Tahun Malaysia Merdeka
![Berkibarlah Jalur Gemilang dengan Megah..](http://photos1.blogger.com/blogger/7357/70/400/berkibar.gif)
Sekian, jumpa lagi...
.. suatu kehidupan tukang sapu sampah
Sabtu 27 Ogos 2005 bersamaan 22 Rejab 1426 nih, Planet Marikh akan berada dekat dengan Bumi.. Be sure tengok langit pada jam 0030 am pada 27 Ogos !! Nampak Bumi macam ada dua bulan..!! Fenomena ni akan jadi sekali lagi pada tahun 2287... Share this with your friends as no one alive today will ever see it again !! Kalau bernasib baik nampak laaAda sesiapa yang berjaya nampak benda ni? Atau ramai yang dok lena bersama-sama mimpi-mimpi yang indah? Kalau ada sesiapa yang berjaya, boleh le kongsi dengan aku. Hantar le cerita tu kat aku. Pakai surel ke? Pakai SMS ke? Jangan pakai kod morse dah le.. hehehehe
Surel dari : Cik Lela, Seorang Pegawai di Pusat Perniagaan Syarikat
Perkara : Sayang
Tarikh : 23 Ogos 2005, 13:07Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar, di atas katil...... sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur. Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan ghairah pada malam itu....
Si isteri bersuara, "Dulu-dulu tu.... abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido." Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, pas tu mula mengantuk semula.
Beberapa ketika pas tu, si isteri bersuara lagi, "Kemudian tu....abang selalu cium saya." Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri. Pas tu sambung tido balik.
Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi, "Kemudian tu.... abang selalu gigit-gigit leher saya......." Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil tu.
Si isteri bertanya, "Abang nak gi maner tu?" Dengan marah suaminya menjawab, "Nak gi amik gigi lah ..."